Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 22 Disember 2013

Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum semua...

Entri kali ini berkenaan Bukit  Bendera di Pulau Pinang. Tempat menarik yang perlu  dilawati  bagi sesiapa sahaja yang datang bercuti ke Pulau Pinang. Saya syorkan datang awal pagi supaya mudah dapat parking kereta terutama musim cuti sekolah. Dan anda tak perlu berbaris panjang untuk ambil tiket.

Untuk mngetahui apa yang menarik di Bukit Bendera!! 
Jom layan gambar di bawah

Parking khusus tidak disediakan dan kita boleh parking di bahu jalan . Bagi yang datang lewat... pastinya dapat parking yang sangat jauh


Ambil tiket dahulu .... baru boleh masuk tau
Penting bawa ic dan surat beranak/my kid supaya dapat harga tiket murah bagi warganegara

Dah dapat tiket... jom kita naik keretapi


Bukit Bendera atau dulu dikenali Penang Hill mempunyai ketinggian lebih kurang 830 meter dari aras laut. Menaiki keretapi .... kita akan sampai  ke atas dengan cepat . Pengunjung juga boleh berjalan kaki untuk sampai ke atas menggunakan laluan yang disediakan.

Laluan keretapi



Ramai sungguh pelawat musim cuti sekolah ini


Pemandangan dari atas Bukit Bendera yang menakjubkan

Boleh lihat pemandangan pulau menggunakan teropong ini


Pemandangan yang cukup mengasyikkan

Apabila anda sampai ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk naik ke Bukit Bendera

Pengunjung boleh bergambar dengan burung


Sebelum atau selepas pertunjukkan ular , pengunjung yang berani boleh bergambar bersama ular dengan bayaran RM10 sahaja.


Pejabat Pos Malaysia di atas Bukit Bendera

Kami menaiki buggy bersama uncle Ong dengan bayaran RM30 untuk melihat kawasan di atas Bukit Bendera. 

Bergambar dengan peti surat yang sudah berusia 195 tahun... Ia dibina sejak zaman penjajah Inggeris dahulu
Di atas Bukit Bendera ini terdapat 45 buah banglow yang dimiliki oleh hartawan Malaysia . Ia telah di bina oleh pihak Inggeris


Bergambar untuk kenangan


Masjid di atas Bukit Bendera

Pemandangan di atas Bukit Bendera 



Pengunjung boleh melawat muzium burung hantu

Bagi yang berminat ... boleh minta gambar anda dilukis

Gambar dilukis dengan bayaran serendah RM20 dan RM30

Cantikk sekali ... pelukis yang sungguh berbakat

Ada dinasour  masa cuti sekolah kali ini .... boleh melawat dan menonton

Jam 10.30 pagi pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukkan  ular . Emm ramaikan penontonnya..  Dan dalam entri seterusnya saya akan bercerita mengenai pertunjukkan ular di Bukit Bendera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...