Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 1 Disember 2013

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah

Harian Brunei

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
2013. #sila share.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki yg
memakai pakaian perempuan dan berlagak
menyerupai perempuan atau mana2 perempuan
yg memakai pakaian lelaki dan berlagak
menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa
alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000,
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2)
mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan
berlagak menyerupai perempuan atau mana2
perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam
untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236(1)
mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan
sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau
fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau
selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi
penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk
membayar zakat atau fitrah tersebut adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya
sekali.

KHALWAT 196. (1) Mana-mana orang Islam yg
melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana
orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu
denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali. (3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna (a) bersekediaman,
bersekedudukan, berkurung; atau (b)
Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg
mendatangkan syak bahawa mereka sedang
melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan
sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur
syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan
suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan
kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau
meminum atau menghisap apa jua tembakau
ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam
bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000,
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2)
Mana-mana orang yg menjual atau menghidang
ada jua makanan atau tembakau untuk
dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta
di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya sekali. (3) Ceraian (2) hendaklah tidak
dikenakan kepada mana-mana pengamal
perubatan atau mana-mana orang lain yang
menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat
kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya
pesakit itu terjejas. (4) Jika mana-mana orang yg
gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya
sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan
kesalahan tersebut dan telah menyebabkan
kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu
melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa
kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya
dan dia telah mengambil langkah-langkah yang
munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69. (1) Mana-mana orang Islam
yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan hukuman hadd seperti berikut - (a) jika
dia muhshan, direjam sehingga mati dengan
disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b)
jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan
dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam
dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina
dan dibuktikan dengan keterangan selain yang
diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan - (a) jika dia muhshan, disebat
tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi
15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 3 tahun. (3) Mana-mana
orang bukan Islam yang melakukan zina dengan
seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan
ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-
kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah
berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-
kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama
sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian
(1). (4) Mana-mana orang bukan Islam yang
melakukan zina dengan seseorang Islam dan
dibuktikan dengan keterangan selain daripada
yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang
sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah
ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN
MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan
mukallaf atau belum mencapai umur baligh
melakukan zina dan- (a) dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan
ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang
difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu
tempoh tidak melebihi 3tahun; atau (b) dibuktikan
dengan keterangan selain daripada yg
diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15
sebatan dan ditahan di mana-mana pusat
pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Perkongsian dari blogger Suhaili Sahari

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Perintah Kanun Jenayah Syariah (pdf file) bolehlah download secara online. Dikongsikan linknya

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013
http://www.agc.gov.bn/agc1/images/LA...13/BM/B069.pdf

Syariah Penal Code Order 2013
http://www.agc.gov.bn/agc1/images/LA...13/EN/S069.pdf

Bilakah Malaysia akan melaksanakan hukuman Hudud ????. 
Pelaksanaan hudud dapat membenteras jenayah yang semakin berleluasa.
Tahniah dan syabas ..... Kerajaan Berunai. Semoga Allah memberkati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...