Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Selasa, 24 Disember 2013

Taman Botani, Pulau Pinang

Perjalanan petang ini ke Taman Botanikal, Pulau Pinang. Taman Botani Pulau Pinang atau Taman Kebun Bunga Pulau Pinang terletak berhampiran dengan Georgetown, Pulau Pinang. Taman ini menjadi sebuah taman riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.

Taman yang luas dan cantik tapi kurang pengunjung untuk datang berkunjung ke sini.  Pendapat saya ..... Pihak pengurusan perlu menambah baik taman ini seperti ... mewujudkan semula mini zoo dan  membina kolam ikan sebagai daya tarikan pelancung ke Taman Botani, Pulau Pinang.

Sewaktu saya masih di sekolah rendah, saya pernah melawat ke taman ini. Ketika itu terdapat banyak monyet yang suka mengambil barang2 kepunyaan pengunjung. Sekarang monyet ada tapi tak banyak dan tidak mengganggu pelawat. 

Dulu  terdapat mini zoo di sini.... Sekarang diganti dengan pokok2 bunga. Jika ditambah lebih banyak pokok2 bunga yang pelbagai jenis dan warna .... tentu ia menjadi taman bunga yang cukup cantik.

Inilah Taman Botani Pulau Pinang ...


Pokok payung ...


Ada kedai cenderahati ...


Boleh menaiki tram dengan bayaran yang murah je... siap dapat harga pakej keluarga tau ... RM10 untuk 7 orang


Sporting uncle yang memandu tram ... tolong snap gambar untuk kami

Gambar di atas adalah
Pokok Buah Meriam ( Cannon Ball Tree ) merupakan spesis pokok yang menghasilkan buah yang mempunyai kekerasan seperti peluru meriam.


Pokok kaktus menggantikan mini zoo 


Taman bunga


Pelbagai jenis spises pokok ada di sini



Kesian pak arab nie .... berpeluh2 jalan kaki.. lain kali naik la tram.



Tentu anda hairan .... kenapa pokok di tanam dalam sangkar.
sebenarnya dulu ia mini zoo.

Selesai di Taman Botani... kami ke Padang Kota Lama. 
Oleh kerana jalan jem teruk maka kami hanya menyusur pantai sahaja  .


Nak parking pun tak de tempat kosong .... pusing ajelah dengan kelajuan 10/km sejam.
Buat anak2 umi ..... inilah kenangan percutian kita di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...