Minggu lalu salji turun di Kaherah, Mesir selepas 112 tahun. Sesuatu yang menajubkan. Dan pad 15 Disember 2013 ... salji turun di utara Vietnam iaitu disekitar pergunungan Sapa .
Salji yang turun menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 5 km kerana orang ramai datang ke pergunungan Lao Cai dan Ha Giang untuk melihat salji.
Menurut akhbar tempatan, salji mulai turun pada pukul 9.30 pagi pada 15 Disember di kawasan gunung Xe pada ketinggian 2,200m
Menurut penduduk tempatan biasanya Salji turun pada bulan Disember dan Januari. Pada tahun 2011 salji turun pada bulan Mac dan ia dianggap luar biasa kerana pada bulan Mac sepatutnya adalah musim bunga.
Jalanraya dan pokok diselaputi 5 ke 10 sentimeter salji
Buat teman-teman yang suka melancung ke luar negara.... boleh la ke Vietnam pula. Eh eh .... macam ajen pelancung pulak... Buat promosi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan