Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 28 Oktober 2016

Percutian Family Ke Medan

Percutian  ke Medan 4H3M ( 27 - 30 Okt 2016 )  ... kami merancang perjalanan bila airasia menawarkan tambang murah ke Medan . Flight cuma 1 jam sahaja... belum pun siap makan dah  nak mendarat .. cepat2 anakku habiskan makanan yang siap2 dibeli sebelum flight . Kami oder Nasi Padang , Nasi Minyak Palembang , Spaghetti  dan Nasi Lemak Pak Nasir . Lain kali .. tak perlu oder makanan jika ke Medan . Sekejap je dah sampai .
Sampai di airport  Kuala Namu ... tour guide  dah sedia menunggu . Pak Jonny  menunggu lama krn flight  delays  1 jam . Kemudian kami dibawa makan malam Nasi Ayam Penyet Cindelaras ... memang umph . Ayamnya lembut dan terasa rempahnya ... dihidangkan pula bersama sambal yang sedap ... puas hati . Selesai mkn malam ... kami terus ke Garuda Plaza Hotel . ..puas hati kerana banyak pilihan utk breakfast .  Jualan tiket airasia pun ada di hotel  ini.
Setelah breakfast . .. kami check  out  dan meneruskan perjalanan menuju Lake Toba . Singgah dahulu ke Istana Maimun . Istana Maimun adalah istana kesultanan  Deli .  Istana Maimun dibina pada tahun 1888 dan selesai dibina tahun 1891 oleh Sultan Mahmud Al Rasyid . Ia menjadi tempat lawatan kerana sejarah kesultanan serta keindahan senibina walau sudah beratus tahun lamanya .  Sebahagian Istana  masih di diami oleh warisnya . 
Melawat Masjid Raya Al Mashun @ dikenali sebagai Masjid Raya Medan yang terletak di Medan , Sumatra  Utara , Indonesia . Masjid ini mula dibina tahun 1906 dan siap sepenuhnya tahun 1909 oleh Kesultanan Deli .
Kemudian  kami ke Lake Toba .... 5 jam perjalanan  dari Medan . Dalam perjalanan ...
 menikmati makan tengahari masakan Minang  di Restaurant Panorama , Pematangsiantar . Perjalanan  yang memenatkan .. Dari bandar Medan yang sibuk ke pekan2 kecil ..melalui kawasan sawah padi .. ladang2 kelapa sawit dan ladang getah .. barulah sampai ke lake Toba . Merehatkan diri di Danau Toba Cottage, Parapat  . .. bangunan yg unik dan klasik . 
Restaurant Panorama , Pematangsiantar
Bermalam di sini ..
Indah dan mengasyikkan ... Pemandangan dari Danau Toba Cottage, Parapat
Indah sungguh ciptaan Allah SWT
Unik dan klasik bangunan hotelnya
Bilik yang cukup luas ... 
Selepas breakfast . .. kami terus chek out dan menaiki feri dalam kawasan hotel untuk ke Pulau Samosir sambil menikmati keindahan Danau Toba .  Danau Toba adalah sebuah danau yang berukuran panjang 100km dan lebar 30km  di Sumetera Utara , Indonesia . Ia merupakan danau terbesar di Indonesia juga di Asia Tenggara . Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau Vulkanik  iaitu Pulau Somasir .  2 jam masa diberi untuk melawat dan shopping di pulau ini . Tempat yang dilawati adalah perkampungan kaum Batak dan ada yg memberi penerangan tentang raja2  Kaum Batak . Tak pergi pulau pun tak pe ... sebab tak ada yg menarik di sana . Gerai jualan memang banyak di sini ... berlaku adegan tarik tangan antara penjual dan pembeli .. Taktik menarik perhatian pelanggan spy membeli barangan mereka . Tapi kita yg rimas ..
Menaiki feri ... masih dalam kawasan Danau Toba Cottage, Parapat.
Menaiki feri sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi..  
 
 Perkampungan kaum Batak
 Tempat mesyuarat mereka 
 Selesai lawatan dan sedikit shopping di gerai jualan .. kami menaiki bot yang sama untuk balik semula ke kawasan hotel . Sewaktu dalam perjalanan balik ... ada persembahan nyanyian anak2 kecil ini... beginilah cara mereka menambah rezeki sambil menghiburkan pelancung2.
Selesai jelajah di Pulau Samosir ... destinasi seterusnya ke Berastagi.
Sebelum  meneruskan perjalanan  yang panjang   .. kami lunch dulu di Restaurant  Istana Minang . Melalui jalan berbukit dan bengkang  bengkok ... memeningkan kepala . Dalam perjalanan ke Berastagi  . ..kita akan menyusuri  Danau Toba , kebun2 sayur dan buah-buahan . .. ku lihat bangunan gareja sgt banyak di kiri kanan jalan . Ini mengambarkan bahawa masyarakat yang beragama kristian lebih ramai dari muslim . Seterusnya kami dibawa melihat air terjun Sipiso piso
 Makan tenghari sebelum jalan jauh menuju Berastagi .
 Air terjun Sipiso piso .. 
Berhenti  di sini untuk ke tandas , rehat seketika dan possing tanda kenangan.
 Sebelum chek in hotel .. kami singgah sebentar di pekan Berastagi . Beli buah , sedikit cenderamata dan beberapa helai pakaian . Harga barang .. memuaskan hati . Berastagi adalah sebuah kota di Kabupaten Karo . Kota yang mempunyai suhu antara 17 hingga 19 darjah celcius . tempat yang sejuk seperti kat Cameron Highland . Memiliki tanah yang subur dan menghasilkan pelbagai tanaman sayuran, buah-buahan serta bunga2 yang cantik .
Buah pisang kaki ... cukup manis . warnanya jadi macam tu sebab disaluti dgn kapur masak agar tahan lama . Siap bawa balik Malaysia tau.
 Green Garden Hotel di Berastagi
 Hotel yang sangat cantik , bersih dan selesa . Tapi wifi hanya di lobi hotel sahaja.
 Semasa di sini terdapat sedikit gangguan di salah sebuah bilik hotel yang menyebabkan tidur tak lena . Rombongan kami seramai 10 orang dan kami diberikan 5 buah bilik . Masa tu waktu maghrib ..  pintu bilik yang menghadap kolam renang segera ditutup oleh kakak kerana mereka ingin menunaikan solat . Pintu yg telah ditutup ..terbuka sendiri , tutup semula .. ia kembali terbuka. Selesai makan malam , pintu yang ditutup ... terbuka semula. Beberapa kali jadi mcm tu ... Kakak ambil kerusi dan letak di belakang pintu .. Ingat masalah dah selesai tapi perkara lain pula yg berlaku . Bunyi benda pelik pulak .. menyebabkan mereka tak tidur lena sepanjng malam . 
Bilik lain ... kami tidur lena sampai pagi . Kami semua dapat  tahu cerita masa dalam perjalanan balik ke Malaysia .. hi hi kenangan mengusik jiwa.
Menikmati makan tengahari sebelum pulang ke Malaysia .
Alhamdulillah syukur ya Allah di atas rezeki yang diberikan buat kami sekeluarga . 
Medan ... tempat yang cantik , pemandangan yang indah dan  makanan yang sedap . 
Tahun 2017 ke destinasi seterusnya ... 
rabbi yasir wala tu'asir rabbi tammim bil khair

Sabtu, 22 Oktober 2016

Percutian ke Bandung , Indonesia

Dah lama percutian nie .. tapi tak sempat nak tulis pengalaman semasa di sana sebab sibuk dengan tugasan rasmi . Dah hujung tahun baru sempat nak bercerita . Kami pergi  ke Bandung 4H3M masa cuti raya cina  ( Februari 2016 ) . Rezeki dapat tambang murah sikit dengan flight MAS. Sebelum pergi musafir , saya akan cari maklumat2 tempat yang ingin dilawati serta cek tiket flight ... cari flight yang murah . Flight kami waktu malam dan turun di Jakarta ... selesai ambil bagasi , teruskan perjalanan ke Bandung . Walaupun malam , jalan tetap macet (jem) ... ambil masa 3 jam lebih untuk sampai di Bandung . Esok pagi ... baru kami memulakan lawatan . Tempat pertama yang dicari adalah tempat shopping di Pasar Baru Bandung . Macam2 boleh borong kat sini ... ibu2 bawa aja ongkosnya  . 
Ni rombongan kami ... 17 orang semuanya
Image result for pasar baru trade center di bandung
gambar ihsan google
 Rambang mata bila shopping kat sini ... beg , kasut, kain batik, telekung, kain pasang .. cantik2 .. murah pulak tu . 
Di bahagian atas pasar Baru terdapat banyak gerai makan .
.. dah letih shopping ,.. boleh mkn kat sini,  kami beli jus sirsak dan jus buah naga je.
Lukisan yang dijual di tepi jalan .. cantikk.

Selesai shopping kami ke Warong Nasi Ampera yang terkenal dengan masakan khas Sunda . 

 Perut pun dah lapar ... Kami oder paket komplit ikan dan paket komplit ayam . 
Waktu petang .. jalan2 ke Paris Van Java Shopping Mall 

Sabtu, 15 Oktober 2016

SAMBAL HITAM PAHANG NOXXA


Sambal hitam Pahang ada ceritanya sendiri ... 
sebelum ni tak pernah makan pun. Suatu hari seorang rakan jual sambal hitam ni ... saya pun try makan ... eh eh sedap la . Oooo baru tau .. rupanya ia dari belimbing buluh . Saya gunakan belimbing buluh ni untuk masak lemak cili atau tumisan cili je .   Lepas tu .. bila kawan jual pasti beli .Sambal hitam ni , makan dengan bubur .. sedap sangat2 , makan dengan nasi panas2 saja pun sedap . Bulan Ramadan , sambal ni  sangat laku kerana  kami makan dengan bubur lambuk . Maklum la ...  dapat bubur  free hampir setiap petang dalam bulan Ramadan .  Bekalan sambal hitam kat tempat saya ni sukar nak dapat ... disebabkan ... yang jual pun dah pindah sekolah .

Lama juga tunggu ... sambal hitam tak kunjung tiba . Anak2  suka tapi bekalan tak ada . Akhirnya .. kawan ajar saya bagaimana cara nak masak sambal nie .Saya pun google ...  cara2 memasak sambal hitam  .  Mak aii ... lamanya masa yang digunakan untuk masak sambal hitam  . Ada yang ambil masa hingga 3 jam untuk mengeringkan belimbing buluh ....tu belum lagi masa untuk menumis dan mengeringkannya .
Saya cari idea ... supaya sambal hitam saya cepat siap !! 
Alhamdulillah  ...akhirnya dapat idea ... masak sambal hitam guna NOXXA .
Jom saya ajar ... cara yang saya gunakan .


Belimbing siap dibersihkan

Bahan2nya :

500gm belimbing buluh
8 biji bawang merah - tumbuk
1 mangkuk cili api - nak pedas tambah lagi cili
1 mangkuk  ikan bilis - tumbuk kasar
kicap lemak manis
garam dan gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya  :


Cili dan ikan bilis tu ... saya tambahkan lagi , biar penuh mangkuk .

Gunakan noxxa .... Steam belimbing buluh yang dicampur sedikit garam selama 2 minit . Bila cukup 2 minit ... tekan OFF . Buka tutup periuk dan kacau supaya belimbing tak hangit . Steam lagi 2 minit .. buka tutup periuk dan kacau lagi . Untuk kali ke 3 ...  Steam lagi selama 2 minit  . Buka tutup periuk , Kita kacau2 belimbing hingga ia jadi hancur  dan STIR-FRY selama 30 minit untuk mengeringkan airnya. Sentiasa kacau belimbing agar tidak hanggit . Belimbing akan bertukar warna menjadi coklat kehitaman .  Ok ... dah siap proses pertama .... senangkan sebab tak ambil masa yang lama . Periuk pun .. mudah saja dicuci.


Masukkan belimbing dalam periuk Noxxa dan steam 2 minit


2 minit je tau ...


ni rupa belimbing setelah steam 2 minit .

Panaskan minyak ... tumis bawang hingga wangi . Masukkan cili api ( saya blend je ) , masukkan ikan bilis ( yang ni pun saya blend kasar ) . Gaul hingga sebati ... tumis lagi . Kemudian ... masukkan pula belimbing tadi , masukkan kicap manis , garam , gula dan perasa hilal . Tumis hingga airnya kering . Ok ... dah siap Sambal Hitam Pahang Noxxa .

Hancurkan belimbing  dan keringkan airnya.

 .Tumis hingga kering dan masak secukup rasa .
Sambal Hitam Pahang Noxxa

Selamat Mencuba ... Anda pasti gembira

Jus Kedondong Asam Boi

Baru2 ni kawan bawa banyak buah kedondong  ke tempat kerja. Saya ambil sedikit untuk  dibuat jus Kedondong .  Khasiat kedondong ... ia mengandungi vtamin A, B1, C  . .. selain sedap , ia juga dapat melancarkan pencernaan dan sebagai antioksidan (sumber Google  ) . Macammana nak buat jus ni ..

Bahannya :
6 biji buah kedondong 
3 biji asam boi putih
2 biji limau kasturi
1 liter air
Gula secukup rasa

Caranya :
Asam boi rendam dengan 1 cawan air panas . Bila dah sejuk .. kikis asam boi dari bijinya .
Bersihkan kulit buah kedondong, boleh gunakan span hijau yang kasar tu  . Dah bersih.. potong kecil .. buang bijinya . Blend  kedondong bersama kulitnya ,   Masukkan air , campurkan sekali air asam boi tadi bersama gula secukupnya. Blend hingga halus .
Masukkan dalam jug dan perahkan air limau kasturi.
Boleh tapis atau terus minum . Bagi yang suka sejuk ... tambahkan ais kiub .
Selamat Mencuba.
Rezeki .. dapat buah kedondong . Masa dapat buah ni , pokok kedondong sendiri tak berbuah lagi .
Buah kedondong yang telah dicuci bersih dan dipotong kecil . buang bijinya 
 Minum Jus kedondong tanpa ais ketul pun sedap . Nak jaga kesihatan la ... tu sebab tak masuk ais .
Bagi yang suka sejuk ... sila tambah ais ketul .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...