Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 5 Disember 2013

Banjir Teruk Di Kuantan

Assalamualaikum wbt.....

Musim hujan sekarang ni ..... jemur pakaian pun lambat kering. Wp lambat kering, tetap syukur kerana saudara2 kita di kawasan banjir seperti di Kuantan, Pahang, Johor, Terangganu .... pakaian mereka tak kering sbb berendam dalam air banjir. Rumah mrk ditengelami air ... bukan setakat pakaian ... malah perabut, barangan elektrik, buku2 sekolah, peralatan rumah serta kenderaan mereka terendam dalam air.

Cuba bayangkan .... betapa sukarnya kehidupan mereka semasa banjir dan selepas banjir. Berapa banyak kerugiaan yang dialami kerana kerosakan harta benda. Mereka terpaksa meninggalkan rumah demi menyelamatkan diri dan keluarga. Lebih menyayat hati bila kita mendengar berita mangsa banjir mati lemas ketika proses pemindahan barang. Sekarang ini di beberapa tempat .... mangsa banjir tiada air paip, tiada letrik dan ada jua yang tiada bekalan makanan kerana kawasan terkepung banjir .

Kita doakan agar mereka yang terlibat dengan banjir terus sabar menghadapi bencana ini. Terus diberi ketabahan dan ketenangan menghadapi ujian dari Allah SWT. Sebagai saudara muslim ..... kita bantulah mereka sedaya mampu bagi meringankan beban insan2 yang terlibat dengan banjir.

Gambar2 yang dihantar melalui wassap oleh keluargaku di Kuantan



Masjid di Batu 3 Jalan Gambang ..... air jernih memasuki masjid wp keruh diluar


Kpg Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami banjir hingga ke bumbung





Air hingga ke paras bumbung rumah


Terminal bas Kuantan dan kereta yang ditenggelami air

Bandar Kuantan

Mangsa banjir di Pahang  sehingga 8.00 pagi 5 Disember 2013 seramai 30,307 orang dan Kuantan mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 22,291

Sangat bagus jika penempatan mangsa banjir seperti di Jepun..... Mudahan ada penambahbaikan masa akan datang. In shaa Allah

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...