Petang semalam saya dan keluarga pergi makan2 di Sekin Restoran, Sekinchan. Agak istimewa tempat nie... nak tau ??. Sekin Hotel & Resort telah dibuka pada Ogos 2012 oleh usahawan melayu tempatan iaitu keluarga Dato Jamal Md Yunus.
Bagi pengunjung yang datang bercuti ke Sekinchan boleh menginap di sini dengan bayaran yang murah dan bilik yang selesa.
Satu tarikan resort ini ialah menara Tinjau setinggi 24 meter . Di atas menara di sediakan meja dan kerusi untuk pengunjung yang kepenatan menaiki 100 anak tangga.
Dari atas menara kita dapat saksikan pemandangan sawah padi, jeti nelayan, pekan Sekinchan dan lautan yang luas mata memandang.
Boleh jalan2 di tepi pantai sementara menunggu hidangan siap.
Pemandangan Perkampungan nelayan dan kolam ikan dari atas menara. |
Kat kolam ini terdapat lebih 50,000 ekor ikan patin, talapia dan ikan jelawat. Bagi yang suka memancing, boleh datang memancing di kolam resort nie dengan bayaran RM15 untuk dua ekor ikan dan ia termasuk upah masak tau. Boleh suruh ceff masak menu yang disukai. Bagi yang tak pandai memancing tu, kat sini gerenti boleh dapat ikan sbb ikan terlalu banyak. Bestt kan , murah pulak tu.
Jika tak nak memancing... boleh beli makanan ikan dengan harga RM2 dan beri ikan2 itu makan. Pasti anda akan teruja melihat ikan yang berebut2 mendapatkan makanan.
Macam2 menu ada di sini, masakan pun ok
Ada beberapa aktiviti di resort ni selain memancing, pengunjung boleh merasai pengalaman menangkap ayam yang dilakukan waktu senja sebab ayam rabun pada waktu itu. Aktiviti lain ialah menangkap ikan di bendang ( sawah ), jangan terkejut tau... tangkap ikan tanpa sebarang alatan seperti tangguk , hanya menggunakan tangan sahaja. Teringat pulak zaman budak2 dulu... tangkap ikan kat bendang.
Bagi yang nak datang untuk menginap atau makan2 boleh call no nie untuk tempahan.
0332418499/ 0332418497
Bagi yang nak datang untuk menginap atau makan2 boleh call no nie untuk tempahan.
0332418499/ 0332418497
Macam Sesuai je utk jamuan panitia PAI tu..ehem
BalasPadamOK kan ..... Kita datang sini ye
BalasPadam