Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 26 Disember 2013

Shopping Di Cameron Highland


Assalamualaikum semua .... 

Entri kali ini berkenaan persinggahan kami di Cameron Highland. Sarapan pagi di Pulau Pinang singgah sebentar di Cameron Highland untuk membeli buah tangan serta lunch kemudian meneruskan perjalanan ..... Dinner sudah berada di rumah sendiri. Alhamdulillah. .. syukur selamat perjalanan kami tanpa sebarang musibah.

Antara yang menarik di Cameron Highland ini adalah sayur-sayuran , bunga dan buah-buahan . Inilah yang akan di jadikan buah tangan apabila datang berkunjung ke sini.

Nak dapat parking pun susah ... terpaksa parking jauh.
 Orang sentiasa ramai bila musim cuti sekolah. Ada parking yang sangat curam .... kecut perut dibuatnya. Cari dulu  parking yang selamat ... baru lega.  Baru la boleh shopping buah-buahan dan sayur mayur.

Buah limau , jagung susu dan keledek madu .... pilihan utama.
Jagung RM10 selonggok ... ada yang 7 dan ada yang 8 biji selonggok. Pilih la nak yang sikit atau yang banyak. Keledek dan limau RM7 sekilo.

Keledek madu  ada dua .... ungu dan kuning. Kukus 15 minit dah boleh makan.

Cendawan dan brokoli goreng , Keledek kukus banyak dijual disini... RM2 satu bekas.

Inilah yang popular disini ..... strawbery coklat RM5 1 cup. Anak2 yang suka

Datang Cameron Highland .... tak sah jika tak bawa balik strawbery. Mesti nak beli... betulkan !!

Manis ... tak caya, penjual tu siap bagi rasa dulu. Dah confirm manis baru beli.

Banyak pilihan sayur mayur. Macam nak beli banyak .... jangan tamak. Beli sikit je dan belikan sekali keluarga yang tinggal dekat ... ia sebagai buah tangan dan sedekah. Boleh mengukuhkan hubungan silaturrahim.  

Sayur ada yang dijual selonggok RM10 , ada 4 peket,  8 peket  @ 12 peket untuk RM10. Pandai2 la pilih. 
Kali nie tak dapat beli pokok bunga kerana kereta dah penuhdengan beg2, sayur dan buah-buahan .. Tak pe, akan datang ... boleh beli.


Barangan lain yang boleh dijadikan cenderahati apabila datang ke sini.
Kali nie, Hakim beli baju dan 3 orang lagi beli kasut. 

Antara tempat2 yang boleh dilawati ...

Jalan yang sesak adalah perkara biasa di sini. Masa kami sampai , ada polis membantu melancarkan lalu lintas. Tak boleh parking sesuka hati tau .... nanti dapat surat saman ... baru tau. 


Nak datang sini ... pastikan kereta dah servis dulu dan kenderaan kita dalam keadaan yang baik . Bukannya apa... utamakan keselamatan diri dan ahli keluarga.
Ada kereta yang berbau hangit tau bila panjat tempat tinggi nie. 

Dah selesai shopping dan selesai lunch ... kenderaan kami bergerak untuk pulang ke rumah . Cuaca pun dah mendung....  kali ini kami melalui jalan Tapah . Jalan yang penuh berliku, selekoh yang tajam di tambah dengan hujan lebat. 

Tiba2 .... uekkkk ... Adilah yang sedang tidur muntahh. Memang tak sempat cari plastik. penuh pakaiannya dengan muntah.... Kesiann.  Dalam kecoh2 tu , uekkk ... Aina pulak muntah. .. ok lagi sebab ada plastik . Uekkk ..... Atirah pula muntah, mujur ada plastik. Aiii ... kena berhenti nie dan cari tempat yang sesuai untuk bersihkan badan Adilah dan buang semua kotoran tu . Sempat bersihkan sekejap je sebab hujan sudah semakin lebat .

Akhirnya kami berhenti di masjid .... bersihkan kenderaan dan anak2 tukar pakaian yang sudah kotor dengan pakaian yang bersih. Solat jamak takhir dan perjalanan diteruskan , alhamdulillah ... selamat sampai di rumah jam 7.00 pm.

" Nak ikut lagi  bila umi gi Cameron "  tanyaku pada mereka ....
" taubat , tak nak dah gi Cameron "  jawab Adilah dan Athirah. Hi hi hi... ye la tu. Dulu pun cakap macam tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...