Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 11 Disember 2013

Wadai Kiping @ Gayam Yang Best

Assalamualaikum wbt....




Beberapa minggu yang lalu .... wadai kiping saya siapkan atas permintaan suami yang teringin nak makan . Wadai kiping atau Gayam sebenarnya adalah makanan tradisional orang banjar... Ia seperti bubur. Bila suami dapat makan wadai kiping ni..... sedappnya ai.... itulah ayat2 keramat yang akan mendorong si isteri terlebih rajin lg nak masak. 

Orang yang suka wadai kiping ni... tentu ia akan kata sedap. Bagi orang yang tak minat .... biasa je.Terpulang pada citarasa masing2. Apabila buat dengan cara yang betul , pekat, manis serta ditambah durian ...... ia cukup sedapp...muahh

Sebenarnya masak wadai kiping ni tak ada sukatan  yang tepat ... ikut suka hati kita je . Jika nak pekat kuahnya .... santan kena la pekat. Adjust sendiri je. Bila kita masak... masaklah dengan kasih sayang, masak dengan zikir dan doa...in shaa Allah , ia pasti sedap.


Bahan A

Sepeket tepung pulut
Garam
sedikit air kapur
Air suam

Bahan B

Santan
Gula Merah ( campur dengan sedikit santan dan perlu ditapis )
Gula pasir
Gula melaka
Daun pandan
Garam
Durian ( Masukkan jika suka ... tak de pun tak pe )

Bahan C ( Ibu Wadai Kiping )

Sesenduk Adunan Bahan A
Kelapa parut
Garam
Secawan Beras pulut ( direndam terlebih dahulu, tapis dan blend kering )
* Jika tak nak buat Bahan C pun tak pe.
Cara-caranya :
  1. Satukan tepung beras, garam, sedikit air kapur dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga ia boleh digentel. Gentelkan bulat2 dan tekan agar ia menjadi leper. Tinggalkan sesenduk adunan untuk ibu wadai kiping.
  2. Ambil sesenduk adunan tadi campurkan dengan kelapa parut, garam dan beras pulut yang telah diblend kasar, gaul rata serta tambahkan sedikit air . Kemudian gentel bulat dan tekan leper dengan saiz yang lebih besar sebesar duit 50 sen.
  3. Masak santan, masukkan gula pasir, gula melaka, gula merah (untuk warnanya lebih cantik ), sedikit garam dan daun pandan .
  4. Apabila santan sudah mendidih , masukkan kedua-dua adunan yang digentel tadi.
  5. Masukkan durian dan bila adunan yang digentel telah timbul ia menandakan wadai kiping sudah masak.
Selamat mencuba ... masakan banjar yang istimewa.


Adunan tepung 

Ini adunan tepung yang sudah siap digentel


Apabila wadai kiping timbul.... ia sudah masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...