Apabila tiba cuti persekolahan, banyak majlis walimatul urus diadakan. Kadang- kadang kami menerima 5 jemputan majlis perkahwinan dalam satu hari. Jika tiada halangan , in sha Allah kami akan menghadiri jemputan tersebut.
Cuti nie .... 2 orang anak saudara dan seorang cucu telah melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan diucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka. Didoakan semoga pernikahan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga.
Cuti nie .... 2 orang anak saudara dan seorang cucu telah melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan diucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka. Didoakan semoga pernikahan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga.
Firman Allah SWT ayat : 21
Mafhumnya :
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ".
Suhaimi Bin Samad bersama Siti Nor Khadijah Binti Jinal Abidin
Bersama kita melihat peringatan Allah melalui ayat al-Quran di bawah :
Maksud Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab : 59
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ".
Cucu ... Yazid Bin Ahmad dan pasangannya Siti Fatiah Binti Sulaiman
( 1 Jun 2014 )
Maksud Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' : 34
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar ".
Semoga sentiasa dalam Rahmat Ialhi
Anak buah ... Abdul Rahim Bin Ahamad dan Rahimatun Binti Sulaiman
8 Jun 2014 di Jengka 4, Maran Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan