Assalamualaikum. .....
Sesiapa yang gemar masakan asam pedas bolehlah mencuba keenakan makanan tersebut di kedai Asam Pedas Sg Sembilang yang terletak di Kampung Sg Sembilang Jeram, kuala Selangor.
Sesiapa yang gemar masakan asam pedas bolehlah mencuba keenakan makanan tersebut di kedai Asam Pedas Sg Sembilang yang terletak di Kampung Sg Sembilang Jeram, kuala Selangor.
Ketika kami datang untuk kali ketiga.... gerainya semakin besar kerana ia mendapat sambutan dari orang ramai. Ketika itu ramai pelanggan di dalam dan di luar gerai. Kami menunggu dengan penuh sabar walaupun cuaca ketika itu sangat panas. Oleh kerana bahagian dalam kedai sudah penuh ... jadi , kami pilih tempat duduk di bawah pokok kelapa.
Menikmati hidangan tengahari yang dihidangkan panas-panas . Berpeluh-peluh kami makan kerana kepedasan, kepanasan hidangan ditambah dengan cuaca yang panas . Bagi yang tak suka asam pedas mereka boleh oder makanan lain.
Gerai asam pedas Sg Sembilang
Meja tengah tu kosong sebab cuaca panass
Boleh rujuk menu dan harga sebelum oder. Masa kami datang ... asam pedas ikan Sembilang tak ada sebab tiada bekalan ikan.
Asam pedas ikan pari ... anda mesti cuba .
Mee kari ... sedapp
Dihidangkan panas2
Sabar menunggu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan