Bertahun umat Islam memakannya , bertahun sudah ia dalam pasaran dan baru sekarang coklat Cadbury dikesan ada DNA babi. Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).
Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1 yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.Satu lagi sampel coklat susu Cadbury (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan DNA babi.
Ya Allah .... ampuni dosa kami kerana kami tidak mengetahui. Kita bacalah doa seperti doa Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra...
" Ya Allah! Ya Tuhanku ..aku memohon keampunan terhadap terhadap apa-apa yang telah mengalir dalam urat2 dan apa-apa yang telah bercampur aduk dalam tali perut " . Mudahan dosa kita diampunkan... in sha Allah.
Oleh itu kita perlu berhati2 dan beringat ketika membeli barang makanan . Pastikan ianya halal dan sama-samalah kita jauhi yang haram.
Sebagai umat Islam kita wajib memastikan makanan yang diambil oleh ahli keluarga adalah makanan halal lagi baik. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini. Maksud Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah : 88 ......
"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. "
Maksud firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah : 168 ...
" Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu ".
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 172 ... Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya ".
Pentingnya penjagaan pemakanan halal :
- Makanan dan minuman yang halal lagi baik penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan .
- Makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi ( akhlak ) seseorang . Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)
- Makanan yang halal sangat penting agar doa kita diterima dan dimakbulkan Allah SWT.
- Ia penting agar amal ibadat kita diterima Allah SWT.
Seorang petugas sebuah pasar raya menarik semula penjualan coklat Cadbury yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama
Untuk mengetahui lebih lanjut , Sila rujuk ....
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_07/Coklat-Cadbury-dikesan-DNA-babi#ixzz32irhfqvy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan