Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 1 Mei 2014

NKI SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Alhamdulillah , Nur Qaseh diberi kesempatan untuk mengiringi kontijen negeri Selangor ke Nadwah Kepemimpinan Islam ( NKI ) SMKA peringkat kebangsaan di Arau, Perlis.  Jauhnye Perlis ....8 jam perjalanan dari JPN Shah Alam. Satu pengalaman indah lagi manis buat murid2 yang terpilih juga guru2 pengiring dari seluruh Malaysia..... Tahniah buat JPN Perlis .
Turun saja dari bas... seronoknya.... sebab jumpa kawan lama masa di UKM
Pendaftaran penginapan selepas pendaftaran kehadiran di dewan utama
Slot malam pertama .... Tamrin Qiyadi : "Akidah Kukuh Kepimpinan Teguh" 
Perjumpaan bersama ketua kontijen, guru pengiring dan fasilitator
Persiapan untuk majlis Ucap Utama bersama Tuan Hj Abdullah Bin Md Din ( Pengarah BPI, KPM )
Peserta sebok menyiapkan buku log 
Antara peserta Selangor
Kehadiran Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM
Alhamdulillah... setelah 20 tahun terpisah akhirnya bertemua dua lagi sahabat semasa di UKM dulu. Kehadiranku di Perlis memang indah kerana dikesempatan ini dapat berjumapa kembali dengan 7 orang rakan semasa belajar di UKM ( 1989-1993 ). Semoga ukhuwah ini terus terjalin.
Persediaan untuk Rehlah Berfokus ( 2.00 - 4.30 petang ) Ada 3 lokasi untuk Rehlah Berfokus.
Kumpulan A ke Rumah perlindungan Kanak2 , Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jejawi
Kumpulan B ke Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jejawi
Kumpulan C ke pusat Latihan koreksional, Jabatan Penjara Malaysia 
Sesi soal jawab bersama wakil dari Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah ( Rumah penjagaan orang tua2 )
Banyak pertanyaan ..... banyak yang ingin mereka tahu ....
Guru pengiring bersama fasilitator
Jamuan disediakan selepas sesi soal jawab ... sedap2 kuihnya
Sesi temuramah ...
Meluangkan masa bersama penghuni di sini
Mereka gembira menyambut kehadiran anak2 ini
Sporting pak cik  ni 
Anak2 ini belajar memahami perasaan warga emas
Destinasi seterusnya ialah Arked Niaga Padang Besar ... 3 kumpulan bergabung di sini
Suasana di Padang Besar 
Jam 5.30 pm bertolak balik ke SMKA Arau
Persiapan pembentangan Rehlah Berfokus
 20 kumpulan  membuat perbincangan dan persediaan untuk pembentangan 
Kumpulan di luar dewan pun ada ...
Mereka dibantu oleh fasilitator yang terdiri dari guru2 Pendidikan Islam seluruh Perlis.
Selesai aktiviti untuk hari pertama dan kedua. Aktiviti yang lain ialah qiammullail , kuliah subuh dan kuliah maghrib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...