Hari ketiga .... Aktiviti khas disediakan buat guru pengiring, ketua kontijen, pemandu dan ajk berkaitan.
Kuliah Duha ... program khas untuk guru pengiring, ketua kontijen dan ajk berkaitan pada hari kedua di Perlis.
Kuliah subuh pada hari ketiga ..."Kepimpinan Tokoh Islam Terbilang"
Kami dibawa ke beberapa lokasi. Lokasi pertama ialah Pasar Wang Kelian. Setiap hari ahad .... orang Malaysia boleh memasuki sempadan Thailand meskipun tiada pasport, begitu juga orang Thailand ...boleh memasuki Malaysia.
Pos Imigresen Thailand ....Sempadan untuk memasuki pasar Wang Prachan di Thailand
Sudah di bumi Thailand ... Pasar Wang Prachan
Pelbagai barang seperti pinggan mangkuk, barang kraf tangan, makanan, barang perhiasan , pakaian dijual dengan harga yang murah di Pasar Wang Kelian dan Pasar Wang Prachan Thailand.
Suasana di Pasar Wang Prachan
Kemudian kami dibawa ke Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang
Kami memenuhi ruang di dalam dan luar kedai ni
Menikmati Pulut Mempelam Harumanis ... memang bestt
Seterusnya ke Hutan Lipur Bukit Ayer
Menikmati hidangan tengahari secara santai ...
Satu keistimewaan di sini ... peringatan buat pengunjung agar mereka tidak berbuat maksiat.
Boleh dicontohi oleh taman rekreasi yang lain.
Taman Anggur Perlis.... RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak2.
Kami masuk percuma @ telah dibayar oleh penganjur.
Teruja tengok ladang dan buah anggur ...emmm geramnya.
Jenis anggur yang ditanam ialah Black Opal, Pok Dam dan White Malaga .
Masa kami datang ni, buah anggur masih muda .
Taman Anggur Perlis boleh dijadikan destinasi yang mesti dikunjungi bersama keluarga. Ia terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang II , 10 km dari bandar Kangar . Ia juga berdekatan dengan Taman Ular, Taman Herba dan Hutan Lipur Bukit Ayer.
Kita juga boleh dapatkan potongan harga tiket dengan menulis surat ke Jabatan Pertanian Negeri Perlis ( jika bawa pelajar sekolah )
atau boleh menghubungi talian 04-9770433. Ini maklumat yang diterima.
Selesai aktiviti di luar .. kami kembali ke sekolah dan mengikuti program Kotak Bertuah ( Tazkirah Sepontan ).
10 pentazkirah terbaik kumpulan lelaki dipertandingkan semula untuk mencari 5 terbaik.
5 orang yang terbaik akan menyampaikan tazkirah di 5 buah masjid yang berlainan. Masjid yang terlibat ialah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Masjid Al-Sobirin, Gial,Masjid Al-Mursyid, Guring, Masjid As-Sharani, Kayang dan Masjid Darul Ibadah, Padang Behor.
Tazkirah Imam Muda di masjid... Nur Qaseh bersama di Masjid As-Sharani, Kayang
Tazkirah Imam Muda oleh peserta dari Negeri Sembilan ... penyampaian yang bersahaja tapi cukup hebat .
Dan akhirnya beliau dinobatkan sebagai Pentazkirah Terbaik.
Imam, Bilal dan Tazkirah Imam Muda... semuanya dipimpin oleh peserta NKI SMKA.
Selesai Tazkirah, semua peserta kembali ke SMKA Arau untuk Forum Remaja .
Aktiviti guru pengiring..
Hari keempat.... kami dibawa ke Masjid Hussain Kuala Perlis.
Murid terlibat dalam perbincangan kumpulan ..pelan tindakan BADAR
Menikmati keenakan Laksa Perlis . Kedai terletak tidak jauh dari jeti kuala Perlis
Minta separuh je ... Rm2 ...Laksa yang sedap, murah pulak tu. Jika ke Perlis ....mesti cari tau .
Kami segera kembali ke sekolah untuk Majlis penutup
Majlis Perasmian Penutup .... dapat dilihat keakraban dan kegembiraan mereka
Tazkirah terbaik.... peserta dari Negeri Sembilan
Kenangan di Perlis
Jika ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
In sha Allah kita jumpa lagi
Buah tangan dari Perlis ... Terima kasih semua.
Memang puas hati .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan