Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 24 Januari 2014

Lempeng

Bahan-bahannya :

4 cawan tepung gandum
6 cawan air ( Boleh ditambah sedikit demi sedikit sesuai kepekatannya & jangan terlalu cair )
sedikit garam
sedikit minyak masak

Cara-caranya :

  • Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati menggunakan whisker. Sebaiknya tapiskan adunan tepung agar adunan tidak bergentel. Jika nak senang blend semua bahan hingga sebati.
  • Panaskan kuali lagi elok jika guna non stick pan. Sapukan sedikit minyak pada kuali dan ambil sesenduk adunan dan ratakan.
  • Bila bahagian bawah sudah masak , balikkan bahagian yang sebelah lagi.
  • Bila kedua-dua bahagian sudah masak, angkat dan boleh dihidang dengan sambal ikan bilis atau sambal telur atau kari. 
keluarga saya suka makan lempeng bersama sambal bilis dengan telur. Saya kongsikan cara menyediakan sambal bilis dengan telur... menu yang sangat mereka sukai. Mungkin ia kena dengan tekak kami yang sukakan pedas,  maka ia digemarii.... 
Sambal Bilis Dan Telur

30 biji cili api ( nak kurang pedas ... kurangkan cilinya )
segenggam ikan bilis
3 biji telur ayam
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
5 ulas bawang merah ( tumbuk )
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-caranya :

  • Cili dan ikan bilis diblend atau ditumbuk .
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
  • Apabila bawang sudah wangi , masukkan bahan yang sudah diblend tadi dan tumis hingga cili betul-betul masak.
  • Kemudian masukkan air asam, garam seterusnya pecahkan telur dan gaul rata.
  • Apabila telur sudah masak , tutup api dan angkat.
Selamat menjamu selera 

Sambal Bilis 
Jika tak suka pedas boleh makan lempeng dengan kari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...