Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 6 November 2013

Calon SPM 2013 Rebah Dan Meninggal Dunia


Calon SPM rebah, meninggal dunia selepas 30 minit jawab soalan
SEBAHAGIAN daripada 198 pelajar memasuki dewan yang menempatkan seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Syazwani Ariffin, 17, (gambar kecil) yang meninggal dunia ketika sedang menduduki peperiksaan Kertas 1 Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Saniah, Pasir Puteh, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa


KOTA BAHRU: Seorang calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi ini. ( 6 November 2013 )

Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini. 
Pelajar perempuan berkenaan, NurSyazwani Arifin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan pemeriksaan sekolah itu. 

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini. 

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. 
"Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.

Kita sedeqahkan al-Fatihah buat arwah ....semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2  yang beriman . Kita doakan jua agar keluarga arwah diberi kekuatan dan kesabaran  menerima ketentuan ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...