Selepas sarapan pagi ( Makan minum termasuk dalam pakej penginapan ) masakan yang enak ..... kita berkemas untuk cek out dari homestay. Perjalanan percutian diteruskan ke Poring Hot Spring . Poring bagi Kadazan Dusun merupakan sejenis speises pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panasdan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang mendaki gunung kinabalu. ( sumber dari web Jabatan Perhubungan Negeri Sabah ).
|
Poring Hot Spring |
|
Bayaran masuk RM 3 |
|
Laluan masuk ke kolam air panas... |
|
Ada kolam renang |
|
Boleh rendam kaki di sini.... panas airnya |
|
Aina dan Adillah... berendam |
|
naik jambatan gantung.... |
Jambatan gantung sepanjang 157.5M dengan ketinggian 41M di atas pokok. Sesiapa yang tak ada rasa gayat dengan ketinggian..... boleh naik jambatan gantung ini. Bayaran masuk ke jambatan gantung adalah RM 3 sahaja. Ada bayaran tambahan ..... RM 5 dikenakan bagi setiap kamera yang di bawa dan RM 10 untuk vedio . Pegunjung juga boleh melawat taman kupu-kupu dan pusat pemuliharaan orkid di sini .
|
Hakim pun ikut naik ke jambatan gantung....
|
Selepas keluar dari Hot Spring...... kita meneruskan perjalanan ke Sabah Tea Garden . Ladang Teh Sabah terletak di kampung Nalapak daerah Ranau iaitu kira2 120 km dari bandaraya Kota Kinabalu. Ladang Teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki dari aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar dan ia merupakan ladang Teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan dunia.
|
Laluan ke Sabah Tea Garden |
|
sudah sampai..... jom masuk ke dalam |
|
Ateh dan Pak Teh posing.. |
|
Ladang Teh...... hijau mata memandang |
|
Keadaan di dalam ....
Kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park.....
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan