Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 8 November 2013

Bread Butter Pudding



makan dengan aiskrim.... sedapp
Bahan - bahannya ;

8 keping roti
3 biji telur
3 sudu gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu butter
500 ml susu Dutch Lady Full Cream
sedikit  choklat cip 

Cara - caranya;

1) Potong roti kepada 4 bahagian, Nak letak roti lebih pun tak pe... kita yang buat dia

2) Pukul telur bersama gula. Bila gula dah hancur masukkan susu dan esen vanila ... kacau rata.

3) Masukkan roti dan biarkan adunan tadi menyerap ke dalam roti... masukkan adunan ke dalam loyang dan tekan-tekan sedikit agar rata. Taburkan sedikit butter dan choklat cip di atas adunan.

4)  Dah puas hati dengan hiasan coklat cip...Bakar  dalam oven selama 30 - 35 minit dengan suhu 180c.

5) Bila dah masak..... Sejukkan dahulu dan siap untuk dinikmati...
Nak lagi sedap....masukkan sekejap loyang tadi dalam peti sejuk 

p/s : sedap dimakan bersama aiskrim pudina
adunan sebelum dibakar

roti dipotong empat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...