Hari ke 2 .... lawatan diteruskan ke banyak tempat , keluar waktu pagi dan balik lewat petang .
Keluargaku sedang sarapan |
Selepas sarapan pagi, kami dibawa ke Pasar Atas dan Jam Gadang untuk membeli belah. Dari hotel jalan kaki 10 minit sahaja ke Pasar Atas.... sangat dekat.
Pakaian Sulam, telekung , kain batik dan kain palekat sangat murah di sini |
Boleh borong untuk berniaga bagi yang berminat |
Kami dibawa melawat ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma di Desa Baso |
Gambar yang diambil ketika lawatan tahun 2008
Tekun gadis tempatan ini mempelajari sulaman. |
Berhenti sebentar di Tabek Patah untuk melihat proses pembuatan kerepek pisang dan kopi.
Kami diberi minum kopi dan kerepek pisang ....... percuma |
Gunung dibelakang Tabek Patah |
Kami berhenti makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora
Ruang makan yang terletak diatas kolam ikan dan dikelilingi sawah padi |
Masakan padang .... satu tarikan kepada pelancung |
Cukup banyak ikan di dalam kolam ini ... |
Bergambar sebagai kenangan |
Kami meneruskan perjalanan ke Istano Basa Pagaruyung
Di hadapan pintu masuk ke Istano Basa Pagaruyung |
Masa kami datang ia tidak dibuka kepada pelancung kerana ada penambahbaikan. Seterusnya kami pergi pula ke Lobang Jepang |
Dibina oleh tentera Jepun dari tahun 1942-1945 oleh penduduk sekitar secara paksa. |
Di dalam Lobang Jepang ( Lubang Jepun ) |
Di dalam terowong ini ada 21 lorong kecil yang digunakan tentera Jepun sbg ruang makan, dapur, penjara, bilik senjata dan bekalan ubatan. |
Ia adalah terowong tentera Jepun suatu masa dahulu yang digunakan sebagai pertahanan bawah tanah . |
Selesai sudah program lawatan pada hari kedua, Lawatan hari ketiga .... dalam entri seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan