Cuti sekolah sudah bermula.... Dan apabila cuti sekolah , pastinya destinasi percutian akan dicari. Inilah masa untuk berehat dari tugasan rasmi dan ia masa..... bersama keluarga tercinta. Umi masih ingat percutian kita di Sabah pada 22- 24 Jun 2012. Beberapa tempat telah kita kunjungi dan pastinya ia suatu kenangan indah buat kita sekeluarga .....
|
Aina dan kak long nak gi Sabah bahh |
|
wajah ceria anak2ku... |
Setibanya kita di kota Kinabalu..... Abi memandu kenderaan menuju Kundasang .... agak jauh perjalanan kita ditambah jalan yang berliku. Sepanjang perjalanan kita melihat keindahan alam ciptaan Allah......subhanallah sungguh indah. Terima kasih ya Allah kerana memberikan kami rezeki dan mengizinkan kami sampai di sini.... Alhamdulillah.
Dalam perjalanan ... kita singgah di pekan Nabalu .... sempat lagi bergambar sebagai kenangan ..... maklum la bukan selalu datang ke sini kan ....
|
Gerai cenderahati di Pekan Nabalu |
|
Pemandangan Pekan Nabalu |
|
Pemandangan dari atas menara |
Meneruskan perjalanan ke Kundasang, terdapat banyak gereja .... tak nampak pun masjid. Ini menunjukkan penganut kristian lebih ramai berbanding Islam. Ada orang menjual makanan bakar di tepi jalan dengan tulisan " SINALAU BAKAS ". Anak buah yang selalu ke Sabah memaklumkan bahawa itu adalah daging babi bakar.
Di sini kami akan bermalam .... Kampung Mesilau, Kundasang. Cantik pemandangan di sini....
|
Bergambar jap di hadapan homestay |
|
Kelihatan puncak gunung Kinabalu dari hadapan homestay
|
Seterusnya kita ke Desa Cattle, Kundasang ....
Dikenali Projek Tenusu Desa , terletak kira2 8km dari pekan kundasang. Ladang yang memiliki 680 lembu Tenusu dan mempunyai 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput seperti kikuyu, Narok Setaria dan kekacang ( white clover ).
|
Proses pemerahan susu lembu |
|
memang cantik view di sini... kelihatan puncak Kinabalu |
|
Gambar lagi....
|
Dalam perjalanan pulang ke homestay .... kita singgah di pekan kundasang .....
|
segar dari ladang.. |
|
Pesanan untuk pembeli... |
|
seperti di Cameron Highland..... macam2 ada di sini |
|
Hanya jalan2 je di sini..... tak beli apa2 pun... |
Waktu malam di sini amat dingin sekali.... ya ampunnn..... Membuatkan umi menggigil kesejukan... adoii.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan