Siapakah Pegawai Yang Layak?
- Pegawai dibawah Sistem Saraan Malaysia(SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang sedang berkhidmat dibawah SSM pada atau selepas 1 November 2013 termasuk pegawai yang ditukar sementara atau dipinjam ke agensi Kerajaan, pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
- Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 November 2013.
Siapakah Pegawai Yang Tidak Layak?
- Pegawai di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB) yang masih berkhidmat.
- Pegawai yang berada dalam sistem saraan agensi diasingkan saraannya.
- Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 November 2013.
- Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 November 2013.
- Pegawai yang meninggal dunia sebelum 1 November 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan