Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 27 November 2013

Kinabalu Park Dan Jambatan Tamparuli

Dari Sabah Tea Garden ...... perjalanan kita teruskan ke Kinabalu Park..... 

Pintu masuk utama untuk mendaki gunung Kinabalu , Kak Jijah sudah 3 kali mendaki  gunung Kinabalu dan kali ini ..... dia bawa kita ke sini. 

Kat sini boleh nampak puncak Kinabalu jika tidak berkabus...... masa kita datang cuaca dingin dan berkabus ..... sadiss

Mereka sudah berjaya sampai ke puncak kinabalu

Rekod pendaki dari dalam dan luar negara serta kepantasan masa yang diambil oleh mereka . Sesiapa yang ingin mendaki hendaklah mendaftar diri di Kinabalu Park . Masa untuk mendaki dari bulan Mac hingga November.



Anak2 bergambar bersama porter ( porter mengambil upah membawa barang2 pendaki dari Timpohon Gate - Laban Rata - Timpohon Gate dengan bayaran RM 10 per trip )


Bergambar lagii 

Ini adalah peta laluan untuk ke gunung Kinabalu melalui Timpohon Gate. Laluan kedua adalah melalui Mesilau. Menurut kak Jijah, Peserta yang berjaya sampai ke puncak Kinabalu akan diberi sijil.

Kak Jijah yang sudah 3 kali mendaki gunung Kinabalu yang tingginya 4095 meter dari aras laut  ....... Tahniahhh

Abi dan Pak Teh ( ayah Jizah )



Laluan masuk ke  Kinabalu Park

Perjalanan diteruskan dan kita singgah pula di Jambatan Tamparuli.  Tamparuli merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Tuaran, Sabah. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Kadazandusun. Tamparuli terkenal dengan daya tarikannya iaitu jambatan gantung yang terpanjang.

 suka bergambar dan ambil gambar

Senyumm lagii..... cantik pemandangan di sini... 

Lafazkan Subhanallah apabila melihat keindahaan ciptaan Allah
Perjalanan di teruskan menuju Kota Kinabalu.... dan hari ketiga aktiviti di pulau .... alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...