Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 28 November 2013

Percutian Ke Kuching , Sarawak

Assalamualaikum anak-anak umi ......

Kali ini umi masukkan kenangan sewaktu kita ke Kuching, Sarawak . Walaupun sudah lama iaitu pada Mac 2010 .... tetap ia sesuatu kenangan yang indah buat kita sekeluarga. Inilah kali pertama anak2 umi menaiki kapal terbang .... sangat teruja hingga ada yang tak tidur malam tu... hi hi... lucu bila terkenang semula.  Kemungkinan waktu akan datang ..... anak2 umi berkesempatan  datang lagi ke Serawak ....... in shaa Allah .

Oleh kerana rumah kita jauh dari LCCT ........ Seawal 4 pagi kita sudah mula bergerak ke sana kerana flight adalah jam 8.00 pagi . Alhamdulillah ..... perjalanan kita dipermudahkan tanpa ada sebarang masalah. Apabila sampai ke Kuching Sarawak ..... terus di bawa melawat ke Muzium Sarawak. 

wajah ceria ....

Kenangan bersama embah


Seronoknye Aina .....

Terus melawat Muzium Sarawak ... 



Ahli keluarga ....

di dalam muzium ...


Melihat budaya dan cara hidup pribumi Sarawak



Perjalanan diteruskan ke Kampung Budaya Sarawak ... Bayaran masuk ke Kampung Budaya Sarawak adalah Rm 60 bagi dewasa dan Rm30 untuk kanak2 berumur 7- 12. 
6 tahun ke bawah tiada bayaran

Jambatan buluh menuju ke Rumah Panjang Bidayuh

Kampung Budaya Sarawak
. Digelar " Muzium Kehidupan " dan terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32 km dari bandar Kucing. Ia merupakan tempat untuk mengenali budaya dan cara hidup orang Sarawak.


Rumah yang menghasilkan kraftangan ... sangat halus buatannya







Setiap rumah .... mereka memakai pakaian tradisional 
dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk pelawat. 

Cantikkan hasil binaannya ...

Pelawat boleh mencuba untuk menyumpit ...

Pelawat boleh melihat replika bangunan yang mewakili  setiap kaum pribumi utama yang ada di Sarawak. Rumah Panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan orang Ulu. Rumah tinggi bagi orang Melanau dan rumah orang Cina.

Rumah yang menghasilkan makanan tradisional bagi masyarakat Melayu dan ada sebuah rumah yang menghasilkan sagu. 

Perkampungan ini ada pentas yang membolehkan pelawat menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum . Jika masuk ke dalam..... duduklah di bahagian tengah supaya anda tidak di tarik untuk menari bersama di atas pentas.
Pengunjung diminta menari di atas pentas ....
Sambung dalam entry akan datang ..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...