Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 21 November 2013

DOA SUPAYA KELUARGA SENTIASA BERSATU

Selamat pagi saudara-saudaraku...... 

Alhamdulillah, Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kita masih bernyawa hingga ke saat ini. Kita masih diberi peluang untuk bersama orang-orang yang kita kasihi. Kita masih punyai waktu untuk terus bekerja mencari rezeki, meneruskan tugas seharian, dan kita masih diberi waktu untuk beramal ibadat....alhamdulillah. 

Allah SWT telah berfirman , dalam surah Ghafir : ayat 60 

Mahfum ayat : " Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang bersikap sombong untuk beribadah dan berdoa kepada-Ku akan masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina".

Oleh itu.... jom kita banyakkan berdoa....

Hari ini ingin saya kongsikan satu doa ....doa yang boleh kita amalkan bersama, Doa supaya anak-anak dan keluarga menjadi anak-anak yang sentiasa bersatu hati dalam kebaikan , anak-anak yang mempunyai hubungan erat dengan  kedua ibubapanya seterusnya doa agar hubungan suami isteri berkekalan . 

Semasa memasak untuk keluarga...... bacalah ayat ini . Bacalah  ketika memasak nasi dan semasa memasak lauk pauk.... Baca doa.....doa dan doa. 

Surah Al-Imran : ayat 103 


 
Maksud :" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai." 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...