Ingin saya kongsikan ilmu yang saya perolehi semasa menghadiri kursus Pengurusan Cemerlang Pendidikan Islam. Semoga ianya bermanfaat buat kita yang bergelar guru... Sebelum ini saya telah memasukkan dapatan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti mengenai kelemahan2 pengajaran guru.
Kali ini saya kongsikan ciri2 guru yang gemilang ( sumber dari JNJK ). Walaupun kita bukan Guru Cemerlang ( GC ) ..... namun ...perwatakan, tindakan, kerja kita dan pengajaran kita perlu cemerlang. Eewahh... boleh ke?? Kita cuba buat yang terbaikk
Ciri2 Guru Yang Gemilang
- Berkebolehan mengajar mata pelajaran pengkhususan,
- Merancang pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran
- Menyampaikan isi pelajaran mengikut kebolehan murid
- Melaksanakan penilaian berterusan
- Menggunakan pelbagai kaedah
- Menggunakan pelbagai bahan sumber
- Menerapkan nilai murni
- Mengamalkan unsur-unsur kesepaduan
- Memotivasikan murid
- Merangsang murid untuk berfikir
- Mewujudkan suasana yang menyeronokkan ( ada unsur kecindan )
- Mengawal disiplin murid
- Dapat berkomunikasi dengan berkesan
Pendidikan tidak boleh berterusan dengan cara yang
lama, atau membuat lebih banyak perkara yang serupa,
kerana kesannya akan mebuahkan hasil
yang serupa atau lebih banyak hasil yang serupa. Oleh itu, kita perlu mencari cara yang baru atau ubahsuai yang lama, atau cipta yang baru, supaya kita dapat sesuatu yang baru, yang lama akan nampak baru dan akan lebih banyak benda yang baru.
Oleh Tan Sri Dato Wan Zahid Mohd Nordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan