Percutian ke Medan 4H3M ( 27 - 30 Okt 2016 ) ... kami merancang perjalanan bila airasia menawarkan tambang murah ke Medan . Flight cuma 1 jam sahaja... belum pun siap makan dah nak mendarat .. cepat2 anakku habiskan makanan yang siap2 dibeli sebelum flight . Kami oder Nasi Padang , Nasi Minyak Palembang , Spaghetti dan Nasi Lemak Pak Nasir . Lain kali .. tak perlu oder makanan jika ke Medan . Sekejap je dah sampai .
Sampai di airport Kuala Namu ... tour guide dah sedia menunggu . Pak Jonny menunggu lama krn flight delays 1 jam . Kemudian kami dibawa makan malam Nasi Ayam Penyet Cindelaras ... memang umph . Ayamnya lembut dan terasa rempahnya ... dihidangkan pula bersama sambal yang sedap ... puas hati . Selesai mkn malam ... kami terus ke Garuda Plaza Hotel . ..puas hati kerana banyak pilihan utk breakfast . Jualan tiket airasia pun ada di hotel ini.
Setelah breakfast . .. kami check out dan meneruskan perjalanan menuju Lake Toba . Singgah dahulu ke Istana Maimun . Istana Maimun adalah istana kesultanan Deli . Istana Maimun dibina pada tahun 1888 dan selesai dibina tahun 1891 oleh Sultan Mahmud Al Rasyid . Ia menjadi tempat lawatan kerana sejarah kesultanan serta keindahan senibina walau sudah beratus tahun lamanya . Sebahagian Istana masih di diami oleh warisnya .
Melawat Masjid Raya Al Mashun @ dikenali sebagai Masjid Raya Medan yang terletak di Medan , Sumatra Utara , Indonesia . Masjid ini mula dibina tahun 1906 dan siap sepenuhnya tahun 1909 oleh Kesultanan Deli .
Kemudian kami ke Lake Toba .... 5 jam perjalanan dari Medan . Dalam perjalanan ...
menikmati makan tengahari masakan Minang di Restaurant Panorama , Pematangsiantar . Perjalanan yang memenatkan .. Dari bandar Medan yang sibuk ke pekan2 kecil ..melalui kawasan sawah padi .. ladang2 kelapa sawit dan ladang getah .. barulah sampai ke lake Toba . Merehatkan diri di Danau Toba Cottage, Parapat . .. bangunan yg unik dan klasik .
Restaurant Panorama , Pematangsiantar
Bermalam di sini ..
Indah dan mengasyikkan ... Pemandangan dari Danau Toba Cottage, Parapat
Indah sungguh ciptaan Allah SWT
Unik dan klasik bangunan hotelnya
Bilik yang cukup luas ...
Selepas breakfast . .. kami terus chek out dan menaiki feri dalam kawasan hotel untuk ke Pulau Samosir sambil menikmati keindahan Danau Toba . Danau Toba adalah sebuah danau yang berukuran panjang 100km dan lebar 30km di Sumetera Utara , Indonesia . Ia merupakan danau terbesar di Indonesia juga di Asia Tenggara . Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau Vulkanik iaitu Pulau Somasir . 2 jam masa diberi untuk melawat dan shopping di pulau ini . Tempat yang dilawati adalah perkampungan kaum Batak dan ada yg memberi penerangan tentang raja2 Kaum Batak . Tak pergi pulau pun tak pe ... sebab tak ada yg menarik di sana . Gerai jualan memang banyak di sini ... berlaku adegan tarik tangan antara penjual dan pembeli .. Taktik menarik perhatian pelanggan spy membeli barangan mereka . Tapi kita yg rimas ..
Menaiki feri ... masih dalam kawasan Danau Toba Cottage, Parapat.
Menaiki feri sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi..
Perkampungan kaum Batak
Tempat mesyuarat mereka
Selesai lawatan dan sedikit shopping di gerai jualan .. kami menaiki bot yang sama untuk balik semula ke kawasan hotel . Sewaktu dalam perjalanan balik ... ada persembahan nyanyian anak2 kecil ini... beginilah cara mereka menambah rezeki sambil menghiburkan pelancung2.
Selesai jelajah di Pulau Samosir ... destinasi seterusnya ke Berastagi.
Sebelum meneruskan perjalanan yang panjang .. kami lunch dulu di Restaurant Istana Minang . Melalui jalan berbukit dan bengkang bengkok ... memeningkan kepala . Dalam perjalanan ke Berastagi . ..kita akan menyusuri Danau Toba , kebun2 sayur dan buah-buahan . .. ku lihat bangunan gareja sgt banyak di kiri kanan jalan . Ini mengambarkan bahawa masyarakat yang beragama kristian lebih ramai dari muslim . Seterusnya kami dibawa melihat air terjun Sipiso piso
Makan tenghari sebelum jalan jauh menuju Berastagi .
Air terjun Sipiso piso ..
Berhenti di sini untuk ke tandas , rehat seketika dan possing tanda kenangan.
Sebelum chek in hotel .. kami singgah sebentar di pekan Berastagi . Beli buah , sedikit cenderamata dan beberapa helai pakaian . Harga barang .. memuaskan hati . Berastagi adalah sebuah kota di Kabupaten Karo . Kota yang mempunyai suhu antara 17 hingga 19 darjah celcius . tempat yang sejuk seperti kat Cameron Highland . Memiliki tanah yang subur dan menghasilkan pelbagai tanaman sayuran, buah-buahan serta bunga2 yang cantik .
Buah pisang kaki ... cukup manis . warnanya jadi macam tu sebab disaluti dgn kapur masak agar tahan lama . Siap bawa balik Malaysia tau.
Green Garden Hotel di Berastagi
Hotel yang sangat cantik , bersih dan selesa . Tapi wifi hanya di lobi hotel sahaja.
Semasa di sini terdapat sedikit gangguan di salah sebuah bilik hotel yang menyebabkan tidur tak lena . Rombongan kami seramai 10 orang dan kami diberikan 5 buah bilik . Masa tu waktu maghrib .. pintu bilik yang menghadap kolam renang segera ditutup oleh kakak kerana mereka ingin menunaikan solat . Pintu yg telah ditutup ..terbuka sendiri , tutup semula .. ia kembali terbuka. Selesai makan malam , pintu yang ditutup ... terbuka semula. Beberapa kali jadi mcm tu ... Kakak ambil kerusi dan letak di belakang pintu .. Ingat masalah dah selesai tapi perkara lain pula yg berlaku . Bunyi benda pelik pulak .. menyebabkan mereka tak tidur lena sepanjng malam .
Bilik lain ... kami tidur lena sampai pagi . Kami semua dapat tahu cerita masa dalam perjalanan balik ke Malaysia .. hi hi kenangan mengusik jiwa.
Menikmati makan tengahari sebelum pulang ke Malaysia .
Alhamdulillah syukur ya Allah di atas rezeki yang diberikan buat kami sekeluarga .
Medan ... tempat yang cantik , pemandangan yang indah dan makanan yang sedap .
Tahun 2017 ke destinasi seterusnya ...
rabbi yasir wala tu'asir rabbi tammim bil khair