Pengalaman bercuti selama 4h3m di Lombok memang sesuatu yang menarik . Lombok memang terkenal dengan gili (pulau2) yang cantik seperti Gili Menu, Gili Air dan Gili Terawangan . Semasa disana kami dibawa melawat ke beberapa tempat seperti Desa Sukarara untuk melihat tenunan songket , pembuatan barang perhiasan dari tanah liat, kedai mutiara , kedai Cenderahati dan melihat kehidupan dan budaya di perkampungan Sasak . Kami juga dibawa melihat keindahan pantai di Lombok serta aktiviti snorkeling di ketiga2 gili.
Selesai snorkeling... Kami bermalam di Gili Terawangan untuk satu malam. Berjalan di persisiran pantai pada waktu petang, malam dan pagi. Menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi. Bersyukur kerana diberi kesihatan, rezeki dan juga masa untuk bersama dengan orang yang tersayang.
Apabila melihat pemandangan di Gili Terawangan... Saya memang tertarik dengan keindahan pantai dan lautnya. Malah tertarik juga dengan kerajinan tangan dan kreativiti mereka terutama yang melibatkan buluh.
Cantikk
Penggunaan buluh
Unikk
Buluh dimana mana ..