Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Isnin, 18 Mei 2015

Family Day Di Teluk Batik Perak

Pada 25 - 26 April  lepas .... warga SMKSB  mengadakan Family Day di sini . Kami menginap di chalet Pak Man dan Marina Island . Alhamdulillah ... ramai guru dan ahli keluarga  dapat turut serta dalam aktiviti ini . Kesibukan kerja menyebabkan lambat untuk publish cerita.
Bersukan  mengeratkan silaturrahim . 
Balinglah ikut gaya masing2 ... yang penting cuba . 
Majlis Tahlil 
Staf yang bersara dan berpindah turut diraikan di sini.
Jamuan Makan Malam ... menu nasi arab dan bbq .
Memang sedap menunya .. seperti tahun lepas , kami tempah dengan Shifa Catering 
Menu sarapan pagi
Acara kanak-kanak , ibubapa yang excited ... ia sbg tanda sokongan moral
cari kasut yang tersembunyi
Membina istana pasir 
Semangat kerja berpasukan atau teamwork yang diperlukan dalam melakukan sebarang aktiviti .
Seronoknya anak2 nie dapat hadiah

Rabu, 29 April 2015

Majlis Graduasi SAMPP

Alhamdulillah  syukur  atas segala  rezeki  yang diterima . Terima  kasih  buat  semua  guru  SAMPP   di atas didikan  yang telah diberi.  Anak umi ... ingatlah .... Jangan leka dengan pujian dan jangan  lemas dengan cacian .... jadikan anugerah  yang diterima  sebagai  pendorong/motivasi  untuk terus  membina kecemerlangan .
Jadilah hamba Allah  yang beriman dan bertaqwa serta  berakhlak mulia .
Majlis Graduasi Dan Hari Kecemerlangan  SAMPP
Moga menjadi  anak soleh

Khamis, 16 April 2015

MAJLIS PENUTUPAN NKI SMKA KEBANGSAAN 2015

NKI SMKA  KEBANGSAAN  di Pusat Ko Kurikulum  Kem Tekali  Selangor , berkumpul  di sini mulai  9-12 April  2015.
Di Majlis  Penutupan  NKI  SMKA  
Seragam .... kelihatan  indah
Perdana Menteri  sempena  NKI SMKA . .. juga peserta  terbaik (Mohd Zulkifli )
Barisan  JU  
Setia menunggu  Kehadiran VIP  
Ketua Sektor bersama  pegawai  JPN
Kehadiran  VIP  
Ucapan  YBHG En Wan Ramzan Bin Wan Mamat Pengarah BPI KPM
Di sini kita berkumpul  
Nadwah  Kepemimpinan  Islam  
Demi Agama  kita yang unggul
Memerintah seluruh  alam
Peserta NKI seramai  446
Deklarasi Tekali . ... cukup unik apabila  catatan  Deklarasi  di bawa oleh heli
Bendera NKI diturun serta diserah sbg simbolik Penutupan  NKI SMKA  Kebangsaan  
Jurulatih hebat dan bersemangat ... Tahniah  di atas kecemerlangan  pelaksanaan  NKI SMKA  Kebangsaan  
Pengarah  BPI  KPM  

Rabu, 15 April 2015

NKI SMK /SABK / SMKA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

NKI SMK  /  SABK  /  SMKA  peringkat  negeri  Selangor  telah diadakan  di  Kem  Tekali  pd  10-12 Mac 2015 yang lalu.
Wakil dari SMKSB  
Tazkirah  spontan  
Riadhah pagi
Majlis  Penutupan NKI
Barisan  JU

Ahad, 29 Mac 2015

Hadiah Dari Bandung Lagi !!

Hadiah dari Bandung  .... wahhh cantiknya . Alhamdulillah  syukur  ya Allah . ..
Terima  kasih  di atas rezeki  yang diberikan. Setiap kali acik ke luar negara .. . pasti ada ole-ole darinya.
Terima kasih acik . Semua baju yang diberi cantik2 . Tentu seronok anak2 buah acik bila mereka  dapat hadiah ini.
 Boleh tambah baju raya untuk tahun ini. Mesti hantar tempahan segera sebelum  ditutup.

Ahad, 15 Mac 2015

Tiga Fasa Dalam Kehidupan

Tiga fasa dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas. Kamu miliki harta + masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu maka akan diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita

Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kamu.

Nur Qaseh kongsikan  kata2 di atas yang cukup bermakna buat kita semua. ... moga ia sentiasa  menyedarkan dan mengingatkan kita tentang masa .... dan hubungan kita dgn Allah  SWT. Terima  kasih  kepada  orang yang mula2 menulisnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...