Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 22 Disember 2013

Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum semua...

Entri kali ini berkenaan Bukit  Bendera di Pulau Pinang. Tempat menarik yang perlu  dilawati  bagi sesiapa sahaja yang datang bercuti ke Pulau Pinang. Saya syorkan datang awal pagi supaya mudah dapat parking kereta terutama musim cuti sekolah. Dan anda tak perlu berbaris panjang untuk ambil tiket.

Untuk mngetahui apa yang menarik di Bukit Bendera!! 
Jom layan gambar di bawah

Parking khusus tidak disediakan dan kita boleh parking di bahu jalan . Bagi yang datang lewat... pastinya dapat parking yang sangat jauh


Ambil tiket dahulu .... baru boleh masuk tau
Penting bawa ic dan surat beranak/my kid supaya dapat harga tiket murah bagi warganegara

Dah dapat tiket... jom kita naik keretapi


Bukit Bendera atau dulu dikenali Penang Hill mempunyai ketinggian lebih kurang 830 meter dari aras laut. Menaiki keretapi .... kita akan sampai  ke atas dengan cepat . Pengunjung juga boleh berjalan kaki untuk sampai ke atas menggunakan laluan yang disediakan.

Laluan keretapi



Ramai sungguh pelawat musim cuti sekolah ini


Pemandangan dari atas Bukit Bendera yang menakjubkan

Boleh lihat pemandangan pulau menggunakan teropong ini


Pemandangan yang cukup mengasyikkan

Apabila anda sampai ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk naik ke Bukit Bendera

Pengunjung boleh bergambar dengan burung


Sebelum atau selepas pertunjukkan ular , pengunjung yang berani boleh bergambar bersama ular dengan bayaran RM10 sahaja.


Pejabat Pos Malaysia di atas Bukit Bendera

Kami menaiki buggy bersama uncle Ong dengan bayaran RM30 untuk melihat kawasan di atas Bukit Bendera. 

Bergambar dengan peti surat yang sudah berusia 195 tahun... Ia dibina sejak zaman penjajah Inggeris dahulu
Di atas Bukit Bendera ini terdapat 45 buah banglow yang dimiliki oleh hartawan Malaysia . Ia telah di bina oleh pihak Inggeris


Bergambar untuk kenangan


Masjid di atas Bukit Bendera

Pemandangan di atas Bukit Bendera 



Pengunjung boleh melawat muzium burung hantu

Bagi yang berminat ... boleh minta gambar anda dilukis

Gambar dilukis dengan bayaran serendah RM20 dan RM30

Cantikk sekali ... pelukis yang sungguh berbakat

Ada dinasour  masa cuti sekolah kali ini .... boleh melawat dan menonton

Jam 10.30 pagi pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukkan  ular . Emm ramaikan penontonnya..  Dan dalam entri seterusnya saya akan bercerita mengenai pertunjukkan ular di Bukit Bendera.

Jumaat, 20 Disember 2013

Belalai Air

Ia bukanlah puting beliung...  tapi ia adalah Belalai Air yang muncul di Selat Teberau pada 18  Disember 2013 baru2 ini. 

Fenomena  lain yang boleh berlaku ketika ribut petir ialah belalai  air. Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.

Jom Kita Tanam

Assalamualaikum .....

Jom kita tanam apa yang kita makan di sekeliling rumah terutamanya yang ada kawasan untuk bercucuk tanam. Jika tiada kawasan ... boleh tanam dalam pasu atau poly bag .Jika duduk kampung macam saya boleh tanam macam2 sebab kawasan agak luas. Itulah keistimewaan buat mereka yang tinggal di kampung. 

Banyak kelebihan bagi mereka yang suka bercucuk tanam ....

Bercucuk tanam dapat menjimatkan perbelanjaan dapur dan kita dapat menikmati hasil tanaman sendiri yang segar lagi berkhasiat . Hasil tanaman yang kita tanam bebas dari bahan kimia/ racun berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Dengan berkebun .... ia dapat mengeluarkan peluh seterusnya dapat menyihatkan tubuh badan kita. 

Tanaman yang subur menghijau menjadi lanskap yang cantik di rumah kita. Tapi jika tidak diurus dengan baik .... ia boleh menyemakkan mata.

 Aktiviti bercucuk tanam dapat mengisi masa lapang atau waktu terluang seterusnya menjadi hobi keluarga.  Apabila aktiviti ini dilakukan bersama keluarga  .... kita dapat meluangkan waktu kualiti bersama mereka seterusnya mengeratkan hubungan kekeluargan ...In sya Allah



Tanam kencur



Pokok limau kasturi


Pisang Berangan dan serai

Pokok bunga kantan


Pokok Salak


Pokok pandan yang mudah ditanam


Kecil2 cili api .... sangat pedas


Pokok kacang botol ... buahnya dah kena kutip buat ulam

Pokok cili besar / cili hijau


Pokok limau purut ... 


Daun Kari...

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah ya Allah ....

Segala pujian bagiMu ya Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan. Terlalu banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami ya Allah .... syukur ya Rahman ya Rahim...

Nikmat Islam dan iman, nikmat kesenangan, kesihatan, kebahagiaan dan nikmat2  lain yang tak terhingga .... sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim : 34

Maksudnya " dan jika kamu menghitung nikmat Allah SWT nescaya kamu tidak mampu menghitungnya...."

Ya Allah ....... " jadikan kami hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dikala senang ataupun dikala susah, jadikan kami hambaMu yang sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberianMu dan  jadikan kami ya Allah....  hambaMu yang sentiasa mentaati segala perintahMu ... Amin ya Rabb "

Ingatan buat diri ini dan buat anak2 umi..... jika kita bersyukur nescaya Allah SWT akan menambah nikmat kepada kita, dan jika kufur sesungguhny azab Allah amat pedih.

Terima kasih buat arwah ibu yang menggalakan kami supaya membeli tanah sawah ini. Inilah kenangan bersama ibu. Mudahan rezeki ini dapat kami manfaatkan untuk kebaikan dan diinfaqkan fi sabilillah. Syukur Alhamdulillah..


Zakat wajib dikeluarkan setiap kali menuai apabila cukup nisab


Fatwa di negeri Selangor telah menetapkan jumlah zakat padi wajib dikeluarkan sebanyak 5 % dari hasil pendapatan .

Firman Allah SWT ......
“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu….”

(Surah Al-Baqarah:267)

Rabu, 18 Disember 2013

Buah Kerdas



Kerdas atau nama saintifiknya Archidendron Bubalinum boleh dikategorikan sebagai ulaman. Buah kerdas yang matang /tua ia berwarna coklat kehitaman dan isinya berwarna krim susu.



Apabila dimakan ia akan menghasilkan bau yang cukup kuat sama seperti buah jering. Rasanya yang lemak manis sedap dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan atau sambal tempoyak.



Buah kerdas dan sambal tempoyak emmm pembuka selera

Khasiat buah kerdas ....

Ia mengandungi vitamin A, vitamin B dan vitamin C selain daripada kandungan protin, karbohidrat dan lemak. Kerdas juga dikatakan boleh melawaskan kencing, membantu meneuteralkan kandungan gula dalam darah dan membantu dalam mengawal darah tinggi. 

Selain dari itu .... jangan lupa ye... ia jadi pewangi tandas... kih kih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...