Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 21 September 2018

Jemaah Haji di Kompleks TH Sepang

Gambar2 ini adalah jemaah haji Malaysia yang telah pergi menunaikan haji tahun 2018 / 1439H. Catatan ini mungkin dapat memberi gambaran kepada bakal2 jemaah haji bgm proses atau urusan ketika di Kompleks TH Sepang dan balai berlepas KLIA. Perkhidmatan TH dalam menguruskan jemaah memang terbaik dan dpt pujian dari jemaah haji... Tahniah TH
Hotel Movenpick Sepang
Pemandangan pokok kurma waktu makam 
Kompleks TH Sepang 
Bagasi 500 jemaah haji ... tersusun dan teratur . Stiker berwarna dan bernombor dilekat pada bagasi dan lencana jemaah bagi memudahkan jemaah mencari bagasi masing2 untuk urusan Serahan Dan Timbang Bagasi . Bagasi juga telah dilekatkan dgn stiker perumahan .
Jemaah menunggu giliran untuk Serahan Dan Timbang Bagasi
Apabila jemaah dipanggil masuk ke dalam kompleks TH , jemaah perlu menunjukkan buku kesihatan kepada petugas TH, Seterusnya ambil passport dan bording pass di kaunter . Jemaah seterusnya cari bagasi sendiri dan bawa ke Kaunter Bagasi untuk Serahan Dan Timbang Bagasi

Jemaah haji mencari bagasi masing2 dibantu petugas2 TH 

Sebenarnya .... Bagasi akan diserahkan kepada petugas TH lebih awal ( sebelum jemaah dipanggil masuk ke dalam kompleks ) . Sebelum diserah kepada petugas ..... Bagasi perlu dilekatkan dengan stiker perumahan . Jemaah haji dinasihatkan datang lebih awal 3 jam sebelum melapor diri ( Rujuk Surat Penerbangan Jemaah ) Datang awal untuk ambil barang2 kelengkapan seperti lencana haji, gelang, stiker perumahan dan beg galas ( Semua urusan ini untuk jemaah haji muassasah )

Jemaah menunggu giliran untuk scan diri dan hand luggage

Kena buka tali pinggang, jam tangan  dan telefon . Cecair melebihi 100ml tidak dibenarkan (perlu dimasukkan ke dalam bagasi besar)  . Ubat gigi, gunting, pengetip kuku, extension wayar perlu masuk bagasi besar . Powerbank 20mAh ke bawah sahaja yang dibenarkan dan dimasukkan dalam beg galas . Maaf ...Botol air minuman tidak dibenarkan ye.

Seterusnya jemaah akan melalui imbasan 10 jari

Sabar menunggu
Di luar dewan ... ada cafe untuk menjamu selera . Jemaah yang daftar tengah malam .. cafe dah tutup tau .
Jemaah haji mendengar taklimat dari PEKTA / guru Agama dan taklimat dari pegawai TH
Jemaah ini  akan terus ke Madinah ... 8 hari di sana , mereka akan bergerak pula ke Mekah . Miqat umrah mereka adalah di Zulhulaifah .
Jemaah ini telah berpakaian ihram ... mereka akan terus ke Jeddah 
Kaunter Tabung haji ...memudahkan jemaah untuk menyimpan duit malaysia, membayar dam dan qurban . Satu lagi kaunter untuk pertukaran wang riyal . Tak perlu bawa duit Malaysia dengan banyak ..lebih mudah keluarkan duit dari kaunter TH ketika di Tanah Suci ..terus dapat riyal .
Mndengar taklimat
jemaah sudah berpakaian ihram ...
Jemaah lelaki ..pastikan pakai selipar atau kasut yang menampakkan kesemua jari kaki .
Tiada lagi memakai pakaian yang berjahit !! kena ingat tu .
selesai taklimat , Bacaan doa oleh jemaah/ guru agama . .. memohon keampunan , keselamatan dan Rahmat Allah . Kemudian laungan azan oleh jemaah  ... jemaah akan digerakkan mengikut barisan kerusi  menuju bas untuk dibawa ke KLIA
wajah2 gembira menuju Baitullah
sebelum menaiki bas , jemaah sekali lagi perlu menunjukan passport mereka kepada petugas TH
Petugas TH terus membantu jemaah bagi melancarkan urusan perjalanan . Bas akan diiring oleh polis trafik hingga ke KLIA. Semua kenderaan awam akan dihentikan bagi memberi laluan kepada  bas2 jemaah haji... terasa pulak macam VVIP kan .
Apabila sampai di KLIA ... jemaah terus dibawa ke balai berlepas untuk urusan Imigresen Saudi . Sekali lagi akan melalui Imbasan diri dan hand luggage ..
Jemaah dinasihatkan agar membawa sedikit makanan seperti roti dan biskut agar tidak kelaparan sewaktu urusan perjalanan . Ia jadi sangat perlu terutama jemaah yang akan makan ubat seperti ubat darah tinggi atau ubat2 yang lain . Memang kesian bila melihat ada jemaah yang kelaparan sementara menunggu flight . Kebanyakan jemaah haji pula terdiri dari mereka yang berumur 50an ke atas .
Jemaah sudah berpakaian ihram ... mereka terus ke Mekah . 
Jemaah yang melakukan Haji Tamattok akan berniat ihram Umrah di Qarnul Manazil . Jemaah yang menunaikan Haji Ifrad akan terus berniat haji ketika di miqat Qarnul Manazil . 
Haji Ifrad biasanya dilakukan oleh jemaah haji yang dapat penerbangan akhir . ( 10 hari sebelum wukuf ) 
Ruang menunggu di Balai Berlepas KLIA .. Jemaah akan turun di Jeddah terus ke Mekah
Pergiku sebagai dhyuffurrahman , kembaliku dengan kemabruran

Jumaat, 17 Ogos 2018

Kompleks TH Sepang

Pada musim haji 1439H ini, Kompleks TH Sepang telah digunakan sepenuhnya bagi operasi haji musim 1439H /2018M bagi menggantikan Kompleks TH Kelana Jaya.

Carta alir pergerakan jemaah haji di Kompleks TH Sepang.

Melalui pemerhatian saya, jemaah haji akan dipanggil untuk mengambil barang2 kelengkapan seperti lencana, gelang haji, stiker perumahan dan beg sandang. Kemudian jemaah boleh masukkan bagasi yang telah dilekatkan stiker perumahan. Terdapat ramai petugas2 yang akan membantu jemaah semasa pengurusan masuk bagasi ke dalam Kompleks TH . Bagasi jemaah akan ditanda dgn stiker beserta nombor bagi memudahkan pencarian bagasi ketika urusan chek in.
Apabila jemaah mula dipanggil masuk... Jemaah perlu menunjukkan Buku Kesihatan kepada petugas , seterusnya akan ambil passport ( PMA) dan Bording Pass di kaunter, Ingat ye ...Bila jemaah sudah masuk ke dalam Kompleks TH , mereka tidak dapat lagi untuk bertemu dengan keluarga .. Selesai ambil passport , jemaah perlu cari bagasi dan membawanya ke kaunter untuk urusan Serahan Dan Timbang bagasi . Jemaah akan melalui Imbasan Badan dan scan hand luggages, selesai urusan tersebut  jemaah akan melalui Imbasan 10 jari dan gambar akan diambil .selesai urusan scan 10 jari, jemaah akan  masuk ke dalam dewan dan mendengar sedikit taklimat dari TH, Sebelum bergerak ke KLIA bacaan doa dan laungan azan berkumandang. Jemaah haji diminta secara sukarela untuk melaungkan azan dan membaca doa keberangkatan ke Tanah Suci . Doa yg cukup syahduu 

Ketika bergerak ke KLIA, Jemaah tidak lagi membawa bagasi, cuma ada hand luggage shj.
Di bahagian belakang dewan menunggu  (sebelum ke klia) ada 2 kaunters yang telah disediakan untuk kemudahan jemaah haji. Iaitu kaunter TH (untuk simpan duit, bayaran dam dan korban) dan Kaunter Bank Islam ( pertukaran duit ringgit ke riyal) . 
Apabila jemaah sudah berada di dalam bas menuju ke KLIA . Bas diescort oleh PDRM trafik dari  Movenpick terus ke gate penerbangan (C11). Ahli keluarga pengiring ditinggalkan di Movenpick . Ada ambulans yang mengiring jemaah sepanjang perjalanan Movenpick ~ KLIA. 
Apabila sampai KLIA, jemaah turun bas dan mengikut petugas ke kaunter khas imigresen Malaysia ~ Saudi . Ramai petugas TH yang membantu para jemaah . Jemaah perlu pastikan passport dan kad kesihatan jemaah di simpan di dlm beg sandang agar mudah dikeluarkan apabila diperlukan. 
Dengan adanya Kaunter Imigresen  Saudi di KLIA, ia satu kemudahan yang diberikan kpd jemaah haji Malaysia kerana... jemaah tidak lagi perlu menunggu lama sehingga 3 @ 4 jam urusan imigresen di Madinah atau Jeddah.

Ketika menghantar jemaah , waris boleh bersama menunggu di ruangan menunggu yang disediakan.
Ruangan menunggu yang disediakan oleh TH
Masjid KLIA hanya bersebelahan dengan Kompleks TH . Kawasan yang luas, kemudahan parking disediakan , gerai2 jualan terletak di kawasan masjid ...banyak gerai makan di sini. Jemaah dan waris juga boleh berehat dan solat di masjid yang luas dan selesa . 

Isnin, 23 April 2018

Seminar Mutawwif Dan Mutawwifah THTS 2018


Alhamdulillah syukur kerana saya dapat menyertai  Seminar Mutawwif Dan Mutawwifah Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd  pada 31 Mac ~ 1 April 2018  bertempat di Hotel Palace Of The Golden Horses,  Sri Kembangan. Tahniah buat THTS kerana berjaya menganjurkan seminar dengan cemerlang. 541 peserta dari seluruh negeri . 

Program dua hari ini bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai mutawwif dan mutawwifah Malaysia yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda terutama mereka yang berkelulusan agama .

Peserta seminar ... mendengar penuh tekun . Program yang sangat padat dengan ilmu , disampaikan pula oleh penceramah yg hebat2 belaka ..
1. YM Tengku Aziz b. Raja Abdullah
2. Ust Hj Sirajuddin Siswadi Putera
3. Dr Hj Sapawi b. Che Mat
4. Dr Jamaluddin b. Hashim
5. Datuk Dr Zahazan b. Mohammed
6. Dr Hjh Shamsiah bt Mohamad
7. Dr Mohd Farid Ravi b. Abdullah

Alhamdulillah Syukur sangatt krn dapat menyertainya ...

Setiap peserta hanya dikenakan bayaran untuk 2 hari seminar adalah RM250 sahaja .  Sangatt MURAH !!! jika dibandingkan dgn lain2 travel.
Dengan bayaran itu , peserta duduk hotel 5 bintang , dewan yang selesa , diberi beg berisi senaskah Al Quran ...terima kasih THTS

Banyak2 seminar dan kursus yang pernah di hadiri ... nie pertama kali dpt kurma dan air zam zam .
Tp yg dalam botol tu ,air mineral je ... air zam zam kat luar

Pemerhatian saya lebih kurang  50% peserta terdiri dari anak2 muda. Seronok melihat semangat serta komitmen mereka . Semoga ada rezeki buat mereka untuk menjadi mutawwif dan mutawwifah.



Sempat selfi sebelum program bermula ..


Bakal2 Mutawwif  ..

Rabu, 22 November 2017

Jalan - Jalan Ke Lombok


Pengalaman bercuti selama 4h3m di Lombok memang sesuatu yang menarik . Lombok memang terkenal dengan gili (pulau2)  yang cantik seperti Gili Menu, Gili Air dan Gili  Terawangan . Semasa disana kami dibawa melawat ke beberapa tempat seperti Desa Sukarara untuk melihat tenunan songket , pembuatan barang perhiasan dari tanah liat, kedai mutiara , kedai Cenderahati dan melihat kehidupan dan budaya di perkampungan Sasak . Kami juga dibawa melihat keindahan pantai di Lombok serta aktiviti snorkeling di ketiga2 gili.

Selesai snorkeling... Kami bermalam di Gili Terawangan untuk satu malam. Berjalan di persisiran pantai pada waktu petang, malam dan pagi. Menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi. Bersyukur kerana diberi kesihatan,  rezeki dan juga masa untuk bersama dengan orang yang tersayang.

Apabila melihat pemandangan di Gili Terawangan... Saya memang tertarik dengan keindahan pantai dan lautnya. Malah tertarik juga dengan kerajinan tangan dan kreativiti mereka terutama yang melibatkan buluh.
Cantikk
Penggunaan buluh 
Unikk
Buluh dimana mana .. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...