Ho Chi Minh , Vietnam ... memang teringin sangat nak jejak kaki ke sana . Alhamdulillah ... cuti bulan 6 yang lalu , .. tercapai jua impian . Apabila kita nak bermusafir .. beberapa persediaan perlu dilakukan dan kadang kala persediaan itu sangat penting . Saya ingin kongsikan pengalaman ketika berada di sana. Walaupun kita pergi tempat yang sama namun pengalaman kita mungkin berbeza.
1. Tiket Flight
Tetapkan tarikh bila mahu pergi bercuti ... Apabila ada promo tambang murah dari Airasia .... apalagi ... cepat2 booking. Jika nak dapat harga tambang murah , kena rajin menjengah laman web Airasia untuk meninjau promo yang ada. Kita juga boleh melayari www.skyscanner .com.my sangat mudah untuk mengetahui harga tiket dari semua flight. Pilih sahaja waktu yang kita suka.
2. Passport
Pastikan passport belum expierd dan masih hidup lebih dari 6 bulan dari tarikh berangkat . Ada yang tak dapat pergi bercuti apabila tarikh passport kurang dari 6 bulan. Perkara ini pernah berlaku .... orang lain naik flight .... dia terpaksa balik rumah ...kesiann. Tapi ia tidak berlaku pada group kami.
3. Bagasi
Jika niat nak shopping ... tak perlu bawa banyak pakaian . Bawa sehelai dua ... lepas tu boleh beli dan tempah kat Ben Thanh Market . Bila balik bagasi tu boleh isi barang2 baru . Bagi saya barang2 kat sini murahh ... hari ni tempah baju dan seluar , esok dah siap . Ada yang tempah baju kod sepasang hanya rm200 je , tempah 2 helai seluar sleek rm130 . Jahitan memang puas hati.
4. Money Changer
Di sini ia menerima Vietnamese Dong , USD dan yang best jualbeli dalam Ringgit Malaysia.
Jika nak tukar boleh la tukar sikit je untuk bayaran teksi, makan dan beli simcard. Disediakan money changer dekat Ben Thanh Market .
5. Makanan Halal
Sekitar Ben Thanh Market ... terdapat banyak kedai makanan halal seperti Nabil Beryani , Hjh Basiroh , Kedai Hj Osman, kedai Halal Kampung Melayu dan Restoran 1 Malaysia, Harga makanan kat sini ... mahal betull . Sepinggan nasi lemak antara rm12 - rm17 , mee goreng rm18, roti canai rm18 . Air kopi, milo , teh rm5 .... tu baru sarapan pagi . Sebelum datang .. bawa la roti gardenia, jem dan maggi ..bawa sekali 3in1 kopi dan milo... ha tentu jimat sikit .
Suka buah-buahannya ... banyak dijual di night market buah ciku , mangga , dragon fruit ,.. sangat manis ...setiap malam beli . Buah durian pun besar .... lemak manis. Dah makan 2 kali baru dimaklumkan oleh tour guide ... jangan makan buah durian di sini sebab buahnya ada bahan kimia!! . Kata tour guide .... musang king kat Malaysia lagi sedapp.
Banyak yang jual kacang rebus .... jika TAK NAK BELI ... jangan ambil kacang yang dihulur . Jika ambil ... bermakna anda setuju untuk membeli kacang tersebut.
6. Line Internet
Sangat laju line internet di hotel atau di kedai2 makan . ... free wifi . Password diberi kepada pelanggan . Tak beli simcard pun ... sebab masih boleh berhubungan dengan family melalui whatsApp dan telegram . Sambil tunggu hidangan makanan disedikan ... masing2 sebok update status dan berhubungan dengan family.
7. Adaptor
Bawa adaptor supaya mudah untuk mengecas telefon dan power bank .
8. Shopping
Berada di Ho Chi Minh ...macam berada di Malaysia pulak . Ramainya pelancung Malaysia hingga peniaga Vietnam fasih berbahasa melayu . Mereka menyediakan pakaian yang mereka sendiri tak pakai ... seperti jubah dan baju kurung . Ketika shopping di pasar Ben Thanh dan night market , kena pandai tawar menawar ... pasti kita dapat harga yang murah . Elakkan memegang barangan mereka sehingga benar-benar nak beli . Kalau tak ... dia akan pegang tangan anda kuat2 hingga susah nak lepas .
Sedikit info ... Kain sutera Vietnam no 1 rm50 , sutera vietnam no 2 rm45. Jubah lelaki rm40 je. Baju kurung rm60 - rm80 . Kain cotton rm23 - rm30 sepasang. Telekung sepasang rm30 - rm60. Saya membeli barang di kedai berdekatan hotel lagi murah berbanding pasar Ben Thanh .
Pastikan bila membeli .... kita cek terlebih dahulu barang terutama dalam plastik supaya terima barang yang sama seperti yang dikehendaki . Ini untuk mengelakkan tertipu.
Ketika di sana ... jangan biarkan kasut anda dikilatkan . Tukang pengilat kasut ni ramai... mereka akan menghampiri anda terus mengilatkan kasut serta meminta anda menanggalkan kasut . Ia menampal tumit kasut tanpa disuruh. .. selesai tugas mereka akan meminta bayaran yang tinggi . Hati2 dengan taktik mereka .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan