Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Sabtu, 26 Ogos 2017

KHASIAT POKOK MULBERRY

KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu.
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini.
Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.
Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.
Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. *Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Kredit: Salimzah Mohd Tahir

Ahad, 20 Ogos 2017

LARANGAN DALAM IHRAM HAJI DAN UMRAH

MAKSUD IHRAM

Ihram bukan bermaksud pakaian yang dipakai oleh jemaah haji atau umrah

Ihram : berasal dari perkataan أَحْرَمَ يُحْرِمُ اِحْرَامًا

Dari sudut syara' : Ihram ialah perbuatan
mengharamkan beberapa perkara yang asalnya halal, bagi melakukan ibadah-ibadah tertentu.

Contoh : ketika memulakan solat kita mengangkat takbir pertama yang dikenali dengan takbiratul ihram : dengan erti kata yang lain kita mengharamkan seketika perkara-perkara seperti bercakap, makan, minum dan sebagainya yang menjadi larangan ketika solat.

Ihram bagi haji dan umrah :
Mengharamkan 13 larangan Ihram baginya

LELAKI
1. Memakai pakai yang berjahit, bercantum, dan dipakai secara bersarung.
2. Menutup kepala atau sebahagian dari kepala

WANITA
3. Menutup muka atau sebahagian dari muka

LELAKI & WANITA
4. Memakai sarung tangan
5. Berwangi wangian
6. Memakai minyak di kepala, janggut dan jambang
7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
8. Memotong, mengerat atau membinasakan kuku
9. Memburu binatang buruan yang halal dimakan di tanah haram atau di tanah halah
10. Memotong, mengerat, menebang atau membinasakan tumbuhan di tanah haram
11. Berkahwin, mengahwinkan, atau menerima waki kahwin
12. Muqaddimah bersetubuh
13. Bersetubuh

JENIS LARANGAN IHRAM

Larangan ihram juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian

1. Taraffuh : yang memberi maksud kebiasaan, keseronokkan, kesukaan, dan kegemaran. Semua perbuatan-perbuatan yang dikategorikan sebagai taraffuh (tidak dikenakan dam) jika dilakukan dalam keadaan tidak sengaja, terlupa, atau jahil.

Contohnya seperti : seorang lelaki memakai kopiah semasa ihram dalam keadaan terlupa tidak dikenakan dam.

2. Itlaf : yang bermaksud membinasakan
Semua perkara-perkara larangan yang berbentuk membinasakan jika dilakukan samada dalam keadaan terlupa, tidak sengaja, atau jahil (tetap dikenakan dam)

Contoh : seorang yang berihram mencabut bulu hidung dalam keadaan lupa tetap dikenakan dam.
Jika dilakukan dgn sengaja (berdosa) ,
jahil atau tidak sengaja ( tidak berdosa ) tetapi tetap dikenakan dam.

Wallahu A'lam

PENGALAMAN MENDAKI JABAL NUR, MEKAH

Alhamabal Nur ( Gunung ya ) pada 5 Jun 2016 yang lalu .  Ketika ziarah luar ke Jabal Rahmah ,  Jabal Nur , .. kami hanya memandang Jabal Nur dari bawah sahaja . Jemaah yang berminat untuk mendaki …perlu membayar SR25 seorang sebagai bayaran pengangkutan dari hotel ke kaki Jabal Nur .
 
Bismillah ... kami memulakan pendakian pada jam 3.12 pagi .

Mutawwif Darul Mubarak mencadangkan pendakian pada waktu malam kerana waktu malam sejuk berbanding siang yang panas . Dengan menaiki van , jam 3.12 pagi kami sampai di kaki Jabal Nur .Saya   perlu kuat semangat untuk mendaki   kerana berjalan dalam kegelapan malam . Lampu picit tak bawa .. jadi kami gunakan lampu hp untuk menyuluh jalan yang gelap . Sejam pendakian , akhirnya saya dan suami  sampai di puncak Jabal Nur . Bagi  yang banyak tenaga ..langkah mereka laju pasti tak sampai sejam , mereka sudah tiba di puncak Jabal Nur . 
Pemandangan yang cukup indah dari puncak Jabal Nur

Untuk mendaki , kami gunakan sahaja laluan bertangga dan ia memudahkan pendakian . Melangkah tangga demi tangga amat memenatkan . Banyak kali berhenti rehat untuk menggurangkan penat . Asal berhenti je minum air ... alhamdulillah kami bawa bekal air yg mencukupi. Semasa mendaki, kami berjumpa ramai peminta sedekah dan pekerja yang membuat anak tangga ( menyimin ) walaupun malam . kepayahan, kesukaran dan kepenatan mendaki pasti menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan  seumur hidup . Terasa sangat gembira apabila berjaya sampai di puncak Jabal Nur . Ya Allah ...  terbayang di ingatan bagaimana sukarnya Saidatina Khadijah menghantar makanan buat Rasulullah SAW yang bermunajat di Gua Hira .
 
Bila kami sampai di atas puncak .. azan subuh berkumandang . Kami buat saf untuk solat subuh berjemaah  . Selain hamparan carpet di atas sana terdapat juga gerai jualan minuman dan makanan ringan . Gua Hira terletak di Jabal Nur  , Ia merupakan tempat bersejarah bagi umat Islam . Disini Rasulullah SAW menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah al Alaq   
  

“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku . Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.  Yang mengajar manusia melalui perantaraan kalam . Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Kelihatan Zam Zam Tower dari puncak Jabal Nur

Oleh kerana jemaah sangat ramai hingga berasak di tangga menuju ke gua Hira , akhirnya kami ambil keputusan tidak masuk ke dalam gua Hira . Memadailah hanya sampai di puncak sahaja .
Ketika turun cuaca makin terang  

 Tempat yang sesuai untuk berehat . Inilah RnR untuk kami rehat seketika . Kami ambil masa hampir 1 jam ketika menuruni bukit . 
Jemaah yang baru sampai di kaki Jabal Nur . Selamat Mendaki !!

Pemandangan Jabal Nur dari bawah
Laluan berbukit 
Alhamdulillah ... Akhirnya kami sampai di kaki bukit dgn selamat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...