Alhamabal Nur ( Gunung ya ) pada 5 Jun 2016 yang lalu . Ketika ziarah luar ke Jabal Rahmah , Jabal Nur , .. kami hanya memandang Jabal Nur
dari bawah sahaja . Jemaah yang berminat untuk mendaki …perlu membayar SR25 seorang sebagai bayaran
pengangkutan dari hotel ke kaki Jabal Nur .
Bismillah ... kami memulakan pendakian pada jam 3.12 pagi .
Mutawwif Darul Mubarak mencadangkan pendakian pada waktu malam kerana waktu malam sejuk berbanding siang yang panas . Dengan menaiki van , jam 3.12 pagi kami sampai di kaki Jabal Nur .Saya perlu kuat semangat untuk mendaki kerana berjalan
dalam kegelapan malam . Lampu picit tak bawa .. jadi kami gunakan lampu hp
untuk menyuluh jalan yang gelap . Sejam pendakian , akhirnya saya dan suami sampai di
puncak Jabal Nur . Bagi yang banyak tenaga ..langkah mereka laju pasti tak sampai sejam , mereka sudah tiba di puncak Jabal Nur .
Pemandangan yang cukup indah dari puncak Jabal Nur
Untuk mendaki , kami gunakan sahaja laluan bertangga dan ia memudahkan pendakian . Melangkah tangga demi tangga amat memenatkan . Banyak kali berhenti rehat untuk menggurangkan penat . Asal berhenti je minum air ... alhamdulillah kami bawa bekal air yg mencukupi. Semasa mendaki, kami berjumpa ramai peminta sedekah dan pekerja yang membuat anak tangga ( menyimin ) walaupun malam . kepayahan, kesukaran dan kepenatan mendaki pasti menjadi kenangan manis
yang tidak dapat dilupakan seumur hidup
. Terasa sangat gembira apabila berjaya sampai di puncak Jabal Nur . Ya Allah ... terbayang di ingatan bagaimana sukarnya Saidatina Khadijah menghantar makanan buat Rasulullah SAW yang bermunajat di Gua Hira .
Bila kami sampai di atas puncak .. azan subuh berkumandang . Kami buat saf untuk solat subuh berjemaah . Selain hamparan carpet di atas sana terdapat juga gerai jualan minuman dan makanan ringan . Gua Hira terletak di Jabal Nur , Ia merupakan tempat bersejarah bagi umat Islam . Disini
Rasulullah SAW menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah al Alaq
“Bacalah (Wahai Muhammad)
Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia
dari sebuku darah beku . Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui perantaraan
kalam . Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Kelihatan Zam Zam Tower dari puncak Jabal Nur
Oleh kerana jemaah sangat ramai hingga berasak di tangga menuju ke gua Hira , akhirnya kami ambil keputusan tidak masuk ke dalam gua Hira . Memadailah hanya sampai di puncak sahaja .
Ketika turun cuaca makin terang
Tempat yang sesuai untuk berehat . Inilah RnR untuk kami rehat seketika . Kami ambil masa hampir 1 jam ketika menuruni bukit .
Jemaah yang baru sampai di kaki Jabal Nur . Selamat Mendaki !!
Pemandangan Jabal Nur dari bawah
Laluan berbukit
Alhamdulillah ... Akhirnya kami sampai di kaki bukit dgn selamat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan