Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 4 April 2014

Percutian Ke Surabaya

Perjalanan dari Malang  menuju ke Surabaya mengambil masa selama 3 jam .... Dalam perjalanan, kami melihat tembok tinggi yang di bina untuk mengatasi limpahan lumpur panas @ Lumpur Lapindo . Lumpur panas ini telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Hajat kami .... ingin melihat sendiri kejadian lumpur panas. Ia dibatalkan demi keselamatan diri . Maka kami dengar ajelah cerita lumpur panas ini dari pak Dwi.
Tembok yang dibina bagi menahan lumpur panas.
Inilah keadaan bermula tengelamnya perkampungan dalam lumpur panas ..
 29 Mei 2006 bermula semburan lumpur panas @ lumpur Lapindo di Sidoarjo
Sejak Mei 2006 ..... sudah 16 desa tenggelam dan 70 000 penduduk terlibat. Mereka kehilangan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini, mereka kehilangan tanah pertanian, hilang pekerjaan, masjid , sekolah dan semuanya ditelan lumpur. Sungguh besar ujian buat mereka...
Dikatakan juga bahawa gas yang keluar adalah gas beracun yang boleh membahayakan kesihatan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk laman web yang disertakan.
Sila rujuk .... http://epikproto.squarespace.com/kolom/tag/lapindo
Tanggulangin
Kami dibawa untuk melihat dan shopping di Tanggulangin , Sidoarjo . Bangunan dua tingkat yang menjual barangan kulit seperti hand bag, dompet, kasut, beg, tali pinggang, jaket dan sebagainya. Lama juga kami memilih .... dan juta2 rupiah dibelanjakan. Masa nie ...tak ambil gambar langsung sebab dok sebok belek hand bag. Last2 tak beli pun sebab tak ada yang berkenan di hati. Harga barang ....boleh tahan murah tau.
Gambar.... ihsan dari google. TQ
Perjalan diteruskan menuju ke Surabaya. Check in hotel 88 ....  tak best ......dapat bilik untuk orang yang smoking .Kesian.. Suamiku sudah demam panas .... jadi tak ada cadangan nak tukar bilik lain. 
View dari tingkat 10 .... hotel 88
Sempat snap gambar ketika sarapan pagi di aras 10.
Sebelum check out ..... kita possing jap
Sunan Ampel
Sunan Ampel merupakan tokoh Islam yang menyebarkan dakwah Islam di Indonesia. Kami menziarahi Masjid Ampel dan makam Sunan Ampel.
Pintu Gerbang ... tempat masuk ke Masjid Ampel. Ramai orang sewaktu kami sampai di sini. Kiri kanan laluannya dipenuhi dengan bermacam-macam jualan. Harga lebih murah jika dibandingkan dengan JMP  (Jambatan Merah Plaza ). Harga boleh ditawar...
Seperti  jalan di  Mekah dan Madinah ... pakaian, jubah, telekong, tasbih, songkok, kain pelikat, pelbagai jenis kurma... pilih je mana yang disukai.
Suasananya mengingatkan diriku keadaan di Mekah dan Madinah ...
Kami mendengar taklimat dari Pak Dwi
Makam Mbah Soleh ... seorang anak murid Sunan Ampel yang merupakan seorang tukang sapu masjid Ampel. Apabila ia membersihkan masjid .... lantai masjid kelihatan sangat bersih. Dikatakan bahawa Mbah Soleh telah meninggal sebanyak 9 kali. Wallahu'alam ...Allah SWT lebih mengetahui..
Orang ramai yang datang menziarahi makam Mbah Soleh..
Sedeqahkan al-Fatihah, ayat2 al-Quran atau bacaan yasin serta doakanlah agar mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang bertaqwa... di ampunkan dosanya serta dalam Rahmat Ilahi.
Pintu masuk ke makam sunan Ampel ... kawasan no camera. 
Di sini terdapat lebih ramai orang berbanding makam Mbah Soleh. Menziarahi makam ... mengingatkan diri ini bahawa suatu hari pasti kita akan mati. Mulianya mereka.... ramai yang datang menziarahi makam, mendoakan dan sedeqahkan al-fatihah buat mereka. 
 Menginsafkan diri .... ketika kita sudah tiada lagi... adakah ada orang yang sudi menziarahi kubur dan sedeqahkan al-fatihah@yasin ?? Apa yang diharapkan ... semoga ada doa dari anak2 yang soleh. 3 perkara yang tidak putus walaupun seseorang itu telah mati , iaitu ilmu yang bermanfaat, sedeqah jariah dan doa anak yang soleh.
Tempayan besar yang mengisi air dari sumber  mata air ... dingin sekali airnya.
Pelbagai jualan di sekitar Masjid Ampel... 
Selesai menziarahi Sunan Ampel ...  sesi berbelanja buat kami 
Peniaga2 kecil .... naik bas untuk mempromosikan barangan mereka. Kesungguhan dan kegigihan mereka bekerja ...

Jambatan Merah Plaza ( JMP )
Jambatan Merah Plaza ...bangunan empat tingkat yang menjual pelbagai jenis kain, pakaian, barang perhiasan, kelengkapan rumah dan barangan lain. 
Banyak pilihan pakaian wanita di sini...  
Terdapat food court di tingkat empat. Jika dah lapar sebab pusing keliling JMP ... boleh la makan di sini.
Destinasi seterusnya ialah kedai Cak Ning ... bungkus lagi apa yang patut.
Kedai yang menjual pelbagai keripik dan makanan serta barangan cenderahati. Kedai yang bersih dan selesa. Disediakan juga tempat minum bagi pengunjung untuk menghilangkan dahaga.
Macam-macam ada....
Asal berhenti je... ada saje yang di beli dan di borong .... Rezeki untuk peniaga
Gembiranya mereka ... membeli untuk keluarga yang ditinggalkan. Syukur alhamdulillah
Check in untuk pulang ke Malaysia. Mudahan sampai dengan selamat.
Orangnya dah ramai... tentu bagasi pun banyakkan... 720kg berat bagasi kami. 
Syukur alhamdulillah .... semua bagasi dan kotak2 selamat tiba di Malaysia. Tidak ada yang tercicir atau hilang.
Pasport untuk 35 orang  ... Oleh kerana kami ramai... maka kami ambil masa yang lama untuk check in dan drop bagasi. 5 hari di sini , banyak kenangan manis yang dibawa pulang. Bye Surabaya...  

Rabu, 2 April 2014

Busana Muslim vs Tabarruj

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 2 Jdl. Akhir 1435H)
Busana Muslim vs Tabarruj
Busana Muslimah sudah menjadi trend hari ini. Jubah dengan pelbagai fesyen dan fabrik, tudung dengan pelbagai corak, potongan dan cara pemakaiannya. Persoalannya ialah benarkah busana tersebut telah benar-benar menepati cara berpakaian menurut syariat Islam ? Benar-benar Busana Muslim?
Konsep yang mudah tentang menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan ialah longgar tidak fit, tidak nipis atau jarang dan tidak berlebih-lebihan. Menutup aurat atau sekadar membalut, membungkus atau packing aurat? Sebab tabarruj tetap boleh terjadi walaupun wanita itu menutup aurat.

PENCERAHAN :
Contohnya hari ini kita dapat lihat di khalayak ramai wanita yang bertudung tetapi berpakaian menampakkan bentuk tubuh atau sanggul, berfesyen hingga menjadi perhatian, memakai wangi-wangian atau solekan yang berlebihan. Ini semua dikira sebagai tabarruj.
Ibnu Manzur  berkata, "Tabarruj ialah seorang wanita mendedahkan kecantikan dan keelokannya kepada lelaki (yang bukan suaminya)". Firman Allah dalam sebahagian Surah An-Nur :
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ...َ
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..." (QS, An-Nur : 31)
Abul A’la al Maududi berkata : “ Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, mengandungi pengertian :
1. Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (bukan mahramnya)
2. Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing. (rantai leher, kaki dll)
3. Wanita yang mempromosikan dirinya, kemanjaannya, gerak-gerinya dan keharumannya.
DALIL PENGHARAMAN TABARRUJ :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” (QS,  Al-Ahzab : 33)
Sifat-sifat tabarruj di jaman jahiliyyah itu seperti :
1. Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan di antara lelaki. 
2. Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya, genit dan gedik (3G)
3. Wanita yang memakai wangian yang menggoda.
4. Wanita yang mengenakan pakaian yang dihiasi batu permata.
5. Wanita yang mengenakan kerudung namun anting-anting dan kalungnya tetap diperlihatkan.
6. Wanita yang berkerudung tetapi bersanggul tinggi seperti bonggol unta.

Tabarruj juga boleh berlaku kepada orang lelaki, walaupun aurat mereka lebih ringan, tetapi masih ada yang menampakkan aurat. Contoh memakai baju dan seluar ketat sehingga kelihatan bentuk badan yang sasa atau bentuk punggung. Sengaja mencukur janggut, bersolek atau berdandan seperti wanita, atau berhias berlebih-lebihan kerana mahu kelihatan menonjol dan dikagumi.
Berpakaian dan peliharalah penampilan agar nampak bersih dan kemas secara sederhana. Banyak wang yang dibazirkan untuk tujuan kosmetik dan fesyen, seperti tidak yakin dengan kecantikan diri yang telah diberi oleh Allah.

KESIMPULAN :
Islam tidak menentang kecantikan selagi mana ia tidak melampaui batas. Dengan suami atau isteri, silakan berhias secantiknya. Apabila terdedah kepada bukan mahram, tutupi keinginan tersebut. Cukuplah untuk berpakaian sopan menutup aurat, kemas dan bersih sekadarnya sahaja. Sebab kita nak cari redha Allah dan bukan redha manusia sahaja.
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ust Kay.

Sabtu, 29 Mac 2014

KEPUTUSAN MUZAKARAH KHAS JAWATANKUASA FATWA MENGENAI TRAGEDI MH370

KEPUTUSAN MUZAKARAH KHAS
JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI TRAGEDI MH370
Tarikh: 25 Mac 2014
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Dewan Syura JAKIM

1.Setelah mendengar dan meneliti tiga (3) kertas kerja yang telah disediakan mengenai penentuan hukum syarak dalam tragedi MH370, dan setelah berbincang serta meneliti semua pandangan ulama’ serta pandangan ahli-ahli pakar pelbagai bidang sejak daripada tragedi ini berlaku pada 8 Mac 2014 hinggalah kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth Australia, Muzakarah menegaskan bahawa pensabitan kematian seseorang mempunyai kesan dan implikasi yang besar dari perspektif syarak. Justeru dalam Islam terdapat kaedah-kaedah yang telah digariskan bagi menangani permasalahan mereka yang tidak diketahui samada masih hidup atau sudah mati, dan dalam Fiqh kes seperti ini dikenali sebagai Mafqud (orang yang hilang).

2.Muzakarah menjelaskan bahawa berdasarkan pandangan as-Syafie “Mafqud ialah orang yang tidak didengari khabarnya, dan barangkali kemungkinan besarnya dia telah mati”. (Al-Syafie, Al-Umm, 6:182). Para ulama memperincikan bahawa mafqud dibahagikan kepada dua bahagian dan hukum kedua-duanya adalah berbeza. Pertama: Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dianggap telah terkorban. Mafqud bahagian ini ialah orang yang hilang dalam suatu bencana kebinasaan. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 6:389). Kedua: Mafqud yang secara zahir dia masih hidup. Contohnya seseorang yang keluar dari rumahnya untuk berniaga atau melancong tetapi tidak kembali pulang ke rumahnya.

3.Daripada contoh mafqud yang dibawakan oleh Ibn Qudamah, Muzakarah berpandangan bahawa dalam kes pesawat MH370 yang berakhir dalam lautan yang amat luas dan dalam, mayat-mayat dan bangkai pesawat menghadapi kesukaran untuk ditemui, dan pandangan pakar mengatakan bahawa survival manusia untuk hidup adalah tipis, maka kes ini bolehlah dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dia dianggap telah terkorban.

4.Muzakarah juga menjelaskan bahawa mengenai kadar tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya, tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap. Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.
Muzakarah juga berpendapat bahawa perbezaan yang ketara dari segi uruf dan masa perlu diambilkira dalam penentuan tempoh mafqud ini kerana ia memberi kesan dalam pengsabitan hukum-hakam seterusnya.

5.Dalam hal ini, Muzakarah memutuskan bahawa dalam tragedi MH370 ini, keperluan menetapkan tempoh mafqud adalah terletak kepada pertimbangan ulil amri berdasarkan kepada ijtihadnya selaras dengan pandangan majoriti ulama, termasuk mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan satu riwayat mazhab Hanbali. (Nihayah al-Muhtaj, 6:28; Hasyiyah al-Dusuki, 4:434; Hasyiyah Ibn Abidin, 3:332; Al-Kasysyaf, 4:391).
Justeru, berasaskan kepada Kaedah Fiqhiyyah iaitu ‘Menghilangkan Kemudaratan’, lima(5) prinsip Maqasid Syariyyah iaitu menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal serta berasaskan kepada Siyasah Syariyyah dalam menjaga kemaslahahatan keluarga dan pihak-pihak yang terlibat serta bersesuaian dengan uruf dan waqi’, Muzakarah memutuskan bahawa keadaan mafqud dalam tragedi ini tidak memerlukan kadar tempoh tertentu kerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta qarinah-qarinah yang boleh diambilkira sebelum dan selepas pengumuman Kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, telah melalui tempoh munasabah bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh
Ulil Amri.

6.Sehubungan itu berdasarkan semua keterangan dan hujah-hujah yang dinyatakan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah dikategorikan sebagai “Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban”.
Oleh itu, memandangkan usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagi mafqud dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi tinggi serta kewujudan qarinah-qarinah yang boleh diambilkira, maka Muzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh dianggap telah terkorban. Walau bagaimanapun pengesahan atau pensabitan kematian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Muzakarah juga berpandangan bahawa memandangkan pihak berkuasa masih terus mencari kesan daripada tragedi tersebut termasuk mayat atau cebisan mayat penumpang yang terkorban, maka Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan lagi.

7.Muzakarah juga memutuskan bahawa jika dalam usaha pencarian kesan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa berjaya menemui mayat atau cebisan mayat, maka wajiblah diuruskan mayat tersebut seperti yang ditetapkan oleh Islam.
Oleh kerana penumpang MH370 ini terdiri daripada berbagai agama dan jika tidak dapat dibezakan antara Islam dan bukan Islam, maka untuk menguruskan mayat orang Islam dalam keadaan bercampur ini, hendaklah diuruskan kesemua mayat yang dijumpai tersebut mengikut Islam dan sewaktu Solat Jenazah hendaklah diniatkan hanya untuk orang Islam sahaja.
Jika yang ditemui itu hanya cebisan-cebisan atau sebahagian anggota kecil sahaja, maka hendaklah dikumpulkan semuanya dan diuruskan mengikut Islam dan ketika Solat Jenazah hendaklah diniatkan untuk orang-orang Islam sahaja.

8.Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, Muzakarah menegaskan bahawa ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan unda
ng-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

9.Muzakarah juga berpandangan bahawa dalam menghadapi suasana tragedi ini, pelaksanaan ibadah-ibadah seperti Solat Hajat, bacaan Yasin dan sebagainya bolehlah diteruskan oleh umat Islam.

10.Muzakarah juga memutuskan bahawa orang-orang Islam yang disabitkan kematiannya dalam tragedi MH370 ini adalah tergolong sebagai Syahid Akhirat berasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan bahawa mati kerana tenggelam termasuk dalam salah satu kategori Syahid Akhirat.

Disediakan oleh:
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Setiausaha
Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Disahkan oleh:
PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN
Pengerusi
Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
26 Mac 2014

Jumaat, 28 Mac 2014

Ladang Apel Di Malang , Indonesia

Inilah hotel kami di Malang ...Hotel Sahid Montana. Hotel yang cantik .. tapi tak de lif....aaaa syahdu. Mujurlah pekerja hotel berhati mulia.... tolong angkutkan bagasi kami yang banyak nie. Hari ini ...adalah hari keempat kami di Indonesia dan destinasi kami adalah ladang Apel di kampung Batu , Malang. Hari pertama di Solo, hari kedua dan ketiga di Ponorogo, hari keempat di Malang dan hari kelima di Surabaya. Walaupun jauh dan penat... tapi menyeronokkan.

Hotel Sahid Montana
Ruang makan yang selesa
Cikgu Mashor dan isteri
Pengerusi Kelab Guru
Rakan2 menikmati sarapan
Menu breakfast
Kota Malang
Malang adalah bandar kedua terbesar selepas Surabaya di Pulau Jawa , Indonesia. Sebuah bandar yang cantik dan merupakan bandar pendidikan kerana terdapat banyak sekolah dan Universiti di Malang.... Universiti Merdeka Malang, Universiti Negeri Malang, Universiti Brawijaya, Universiti Muhammadiah Malang, Universiti Islam Malang dan terdapat beberapa buah Universiti lagi.
Universiti Muhammadiah Malang
Madrasah Tsanawiyah Negeri Malang 1
Universiti Negeri Malang
Kedai Brawi Jaya...
Sebelum sampai ke ladang apel, kami singgah dahulu di Brawi Jaya ..sebuah kedai yang sangat luas dan selesa. Kedai yang menjual oleh2 dan cenderamata untuk dibawa pulang. Di sini disediakan kemudahan surau , ruang makan serta tandas yang cantik dan bersih. Hampir sejam kami berada disini untuk memborong bermacam2 kerepek . Kerepek apel, nangka, salak dan dodol apel ....  banyak diborong oleh rombongan kami....rasanya ada 20 kotak kerepek...emm banyakkan.
Macam-macam ada....
Pelbagai cenderahati ada di sini .... 
Luas, bersih dan selesa ... wah buat promosi pulak ye.
Sangat sedap dan  rangup ... kerepek nangka dan apel. Saya suka ...
Beraneka kerepek di sini  ... pilih je yang mana suka.
Dah siap memborong ... packing pulak yer. Biar senang nak bawa dan ia tidak akan mudah hancur. Harga sekotak 5000 rupiah je
Kita tulis nama ye... supaya tidak tertukar dengan orang lain.
Jom Ke Ladang Apel, Kampung Batu, Malang  .................
Destinasi seterusnya ke Ladang Apel yang terletak di kampung Batu, Malang. Oleh kerana bas tidak boleh sampai ke ladang apel, ada van yang menanti untuk membawa kami sampai ke sana. kehadiran kami disambut dengan " welcome drink sari apel" .  Pokok apel yang rendang memudahkan kami untuk memetiknya. Kami dibenarkan  makan buah apel sepuas hati. Tapi ... lalu ke nak makan banyak-banyak?? Nak datang ke ladang apel... sebaiknya bawa air kosong biar senang nak basuh buah tu sebelum di makan. Jika ingin dibawa pulang, harga sekilo IDR 10,000 sahaja . Masing-masing teruja nak memetik apel hingga ada yang memanjat pokok semata-mata untuk mendapatkan buah apel yang lebih besar. Selesai bergambar, makan buah apel  dan memetik apel, agenda seterusnya adalah makan tengahari. Maklumla .... perut pun dah lapar.
Menaiki van untuk ke ladang apel
Welcome drink dari sari apel... setiap seorang dapat satu 
Father and son
Rasa yang manis banget
Beg plastik yang dipenuhi apel
Panjat... jangan tak panjat.
Dah makan, dah petik apel .... jom balik
Sekilo cuma 10 000 rupiah.
Menunggu van...
Kami menjamu selera di Batu Bistro , kampung Batu, Malang. Menikmati hidangan tengahari yang meyelerakan sambil duduk bersantai di tepi kolam ikan ...mampu mewujudkan suasana damai dan tenang. Setelah perut kenyang , barulah bermula aktiviti memberi makan ikan-ikan yang pelbagai saiz dan bewarna-warni di dalam kolam. Kami meninggalkan Batu Bistro menuju destinasi seterusnya iaitu SURABAYA. Perjalanan ke Surabaya mengambil masa selama 3 jam.
Batu Bistro... di sini kami menjamu selera 
Hidangan tengahari ... ikan gurami
Menjamu selera
Cantikkan...
Memberi ikan-ikan tu makan
suasana nyaman dan damai ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...