Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Sabtu, 14 Disember 2013

Nasi Arab Makhlubah ( Terbalik )

Resepi  dari Chef Ammar Al Ali yang terkenal dengan celotehnya ... masak dari hati masak with iman. 

Resepi Nasi Arab Makhlubah diambil dari fb Masak dari hati masak with iman. Cuma ia tak berikan cara memasaknya. Bagi yg menonton rancangan ni.... mungkin boleh tahu cara memasaknya.

Nasi Terbalik Ayam Bersama Sayuran Dan Arabic Salata

Bahan-bahan untuk ayam

1. Peha ayam 6 ketul
2. Bawang besar(didadukan saiz sederhana) 2 biji
3. Garam 1 sudu makan
4. Lada hitam 5 biji
5. Buah pelaga 5 biji
6. Kayu manis 1 batang(3cm)

Bahan-bahan untuk nasi

1. Beras Basmathi 3 cawan
2. Minyak jagung atau minyak zaitun 1 sudu makan
3. Garam 1 sudu makan
4. Buah pelaga 5 biji
5. Kayu manis 2 biji

Bahan-bahan sayuran

1. Minyak zaitun atau minyak jagung 6 sudu makan
2. Bawang besar 2 biji
3. Bawang putih 6 biji
4. Serbuk kunyit 1 sudu kecil
5. Rempah campur arab 1 sudu kecil
6. Serbuk lada hitam ½ sudu kecil
7. Ubi kentang 2 biji 
8. Terung(dipotong bulat) 2 biji
9. Karot 3 biji

Tomato Salsa
Bahan-bahan untuk Salsa 

1. Tomato(didadu kecil) 3 biji
2. Bawang besar(didadu kecil) 1 biji
3. Minyak zaitun 50ml
4. Jus lemon 2 biji
5. Garam 1 sudu kecil







Bagi yang dah biasa masak nasi arab .... tak jadi masalah kan. Bagi yang baru nak belajar masak nasi maklubah ... macam saya ni , pastinya sukar..

Bila la nak masak nasi nie ...

Apa Dosa Bayi Ini !!!!

Bayi yang tidak berdosa, kenapa ia dibuang, ditinggalkan oleh ibunya dalam kesejukan, dalam  kelaparan dan tangisan .... Tersentuh lagi hati ini apabila membaca isu pembuangan bayi yang disiarkan oleh akhbar hari ini.

PUCHONG - Penduduk di Bandar Kinrara gempar apabila seorang bayi perempuan yang hanya dibalut sehelai sarung bantal ditemui dibelakang sebuah rumah dekat sini, awal pagi tadi. Bayi berkenaan ditemui seorang wanita selepas dia terdengar tangisan yang tidak henti-henti di belakang rumah didiaminya.

Terlalu banyak berita seperti ini..... 

Lihat gambar di bawah..

Apa dosa bayi ini?

Seorang bayi perempuan berusia 13 hari masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai  jam 5.30 pagi pada 18 Oktober 2013 ... dipercayai ditinggalkan.

Mayat lelaki baru lahir ditemui terapung

Bayi itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan tanpa pakaian. Dipercaya ia baharu dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih ada pada bayi itu...Ipoh 31 Ogos 2013.

 Bayi ditemui di hadapan kuil

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi 8 Jun 2013, bayi lelaki yang baru berusia seminggu itu ditinggalkan di kuil Sitiawan, Perak dalam keadaan lengkap berpakaian.

kejam bayi dibuang dari tingkat 3 flat desa mentari kes buang bayi dari tingkat 3 flat : gadis kilang direman

Pembunuhan Kejam..... Bayi ini mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari.

Kenapa masih berlaku perkara sedemikian ... ia amat menyedihkan. Kenapa dibuang ? ditinggalkan ... dibunuh ??. Banyak pasangan yang berkahwin .. tapi tiada anak. Mereka dikurniakan anak, tapiii ... ini pula yang berlaku. 

Ingatlah....
Anak adalah amanah Allah. Kelahirannya bukan untuk dizalimi apatah lagi dibunuh. Anak yang telah dilahirkan perlu dijaga dan diberi haknya. Walaupun ia anak hasil dari hubungan sulit / anak luar nikah ..... bayi itu tidak berdosa. .. Ia tidak bersalah. Jadi ... ia jangan dibuang atau dibunuh . Allah SWT memberi amaran dalam
 surah al-An'am : 151


Dalam surah al-An'am ayat 140 , manusia diingatkan lagi agar jangan membunuh ...


Seandainya bayi tadi ditinggalkan di mana2 tempat .... dan bila ditemui ia sudah tidak bernyawa.... kedudukannya ... sama seperti bayi itu dibunuh. Ada bayi yang ditinggalkan/dibuang di hadapan rumah, dibelakang rumah, di surau, di masjid dan tempat2 lain.... ada yg masih hidup dan ada yg sudah tidak bernyawa. 
Perkara ini cukup menyedihkan dan memalukan

Oleh itu... bagi mereka yang telah terlanjur atau terfikir nak berbuat demikian.... , Insaflah dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat hamba2 Nya.

Apabila dosa serta maksiat begini berleluasa... apa yang dibimbangi ialah datangnya azab dan kutukan dari Allah.

Jumaat, 13 Disember 2013

Ketahui Tentang Kencing Tikus !!!

Leptospirosis / Kencing Tikus
Pejelasan ringkas Pengarah Kesihatan Pahang
(Melalui WhatsApp, 12 Dis 2013)


1. Untuk makluman semua, sebelum ni tidak banyak dikatakan tentang Leptospirosis atau kencing tikus sebab penyakit ini tidak digazet di dalam Akta Penyakit Berjangkit yang mandatori untuk doktor merawat melaporkannya sehingga 9 Dis 2010 baru mandatori dilaporkan.

2. Lepto disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini dibawa oleh tikus dan boleh juga dibawa oleh binatang-binatang lain seperti anjing, lembu. Air kencing binatang pembawa kuman Lepto upaya untuk mencemari air serta tanah. Oleh itu manusia boleh dijangkiti bila mana terdedah kepada air atau tanah yang dicemari kuman Lepto.

3. Namun untuk menjangkiti ia perlu memasuki tubuh manusia melalui permukaan tubuh yang mempunyai luka yang membolehkan kuman Leptospira memasuki tubuh dan menyebabkan jangkitan. Kuman ini boleh juga memasuki tubuh melalui lapisan mukosa mata serta melalui mulut dan saluran pernafasan bila terdedah kepada 'splashes' atau semasa permukaan tubuh ini tersentuh tanah atau air tercemar, juga melalui air minuman dan makanan tercemar.

4. Apabila kuman memasuki tubuh manusia, kebiasaanya dalam tempoh 10 hari terdedah kepada jangkitan maka gejala dan tanda baru dirasai oleh pesakit. Namun tempoh ini boleh berlaku diantara 2 hingga 30 hari selepas dijangkiti.

5. Tanda dan gejala Leptospirosis ini pelbagai, dan adakalanya diperingkat awal ianya boleh mengelirukan kerana tanda dan gejala awal seakan denggi, tifoid dan meliodosis. Antara tanda dan gejala penyakit Leptospirosis adalah sakit kepala, sakit otot dan sendi, ruam di badan, loya, muntah, sakit perut dan cirit. Selepas itu akan muncul tanda-tanda kesan jangkitan ke atas organ-organ tubuh badan spt buah pinggang, hati, selaput otak, jantung. Jaundice atau kuning dan perdarahan usus dan paru2 boleh berlaku.

6. Kesan jangkitan turut berbeza ada yang cuma tanda-tanda ringan dan ada yang mendapat jangkitan yang serius dan menyebabkan kematian. Diagnosa dibuat melalui pemeriksaan darah. Terdapat antibiotik utk merawat penyakit ini di hospital.

7. Apa yang dapat dinyatakan adalah kita harus berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah terbaik untuk lindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan Leptospirosis.

Saya kongsikan info yang sangat penting ini supaya kita  beringat. Sekarang waktu cuti sekolah.... hati2 bila bawa family pergi bercuti atau makan diluar. Keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan.


Sekian.

KUIH KERIA

Entri kali ini umi masukkan resepi kuih keria. lepas ni ... anak2 umi boleh membuatnya sendiri . Ok



Bahan - Bahannya :

500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 cawan gula
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya : 


  1. Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil
  2. Masukkan  keledek, sedikit garam dan air secukupnya dan rebus hingga empuk
  3. Apabila keledek sudah lembut, toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat
  4. Masukkan tepung gandum dan uli rata
  5. Uli adunan menjadi gegelang kecil
  6. Goreng hingga kuning keemasan , angkat dan toskan minyaknya
  7. Masak gula dan air dalam kuali hingga mendidih dan pekat 
  8. Masukkan kuih , tutup api dan gaul hingga gula rata melekat pada kuih
  9. Siap untuk dihidang.


Keledek direbus hingga empuk


Buat gegelang ...


Dah siap digoreng


Gula yang sudah pekat


Biar gula melekat macam nie


Khamis, 12 Disember 2013

JANGAN TERTIPU ..... KAD KREDIT

Dari FB MAZIDUL AKMAL SIDEK
PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA



Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.
Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.

"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.
"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.
Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.

"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.
Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.

"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.

"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.

"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.

"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.
"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis.
Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.

Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.
Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.

"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami  attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali  kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.

Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan
Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.

"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos.  Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.
"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.

"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer.  Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600  Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.

Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.
"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.

"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.

Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.
"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan

"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan  tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua  tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira  menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis.

"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.

"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.

Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.

"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.

Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.
"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.
Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.

"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.
"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.
"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi  atau ...?," tanya saya.
Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.

"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk  pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.
"Wow! Semurah itu?
Saya terkejut.
"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.

NOTA

Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.
Justeru telemarketer lain, tidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.

KITA AMBIL IKTIBAR  AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.

Rabu, 11 Disember 2013

Wedding Day Noor Azizah & Khairul

Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah buat Mu... Noor Azizah & Khairul. Majlis kenduri telah selamat diadakan pada 23 November 2013. Begitu ramai jemputan, kenalan, saudara mara jauh dan dekat yang datang meraikan hari bersejarah buat dirimu.

Biar gambar berbicara .....



Majlis khatam al-Quran .... Atirah dan Hidayah



Setelah selesai majlis khatam al-Quran

bersama teman2 mu




Guest Book ..Tetamu menulis ucapan dan doa buat pengantin


Lucky Draw .... memeriahkan majlis









Semoga bahagia dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.

Majlis Pernikahan Noor Azizah & Khairul

Selamat Pengantin Baru buat anak buahku ....Noor Azizah Bt Hj Sabali dan Khairul Faisal Bin Hj Mohamad Shah . Keduanya telah selamat dijabkabulkan pada 22 November 2013.  Gambar di hari pernikahan....

wajah ceria dan gembira .... cantik sekali







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...