Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Isnin, 24 Mac 2014

Percutian ke Solo Part 2

Selesai urus diri di bilik hotel. .... kami meneruskan agenda untuk hari sabtu. Destinasi seterusnya ialah  membeli belah Pusat Grosir... terdapat banyak kedai yang menjual pakaian batik Solo . Bangunan shopping 4 tingkat dan sewaktu kami sampai banyak kedai yang hampir tutup kerana waktu perniagaan  hingga jam 5.00 petang sahaja ...sedangkan kami baru je sampai.
Banyak juga barang yang dibeli kerana harga yang murah.... Best shopping di sini cuma tak cukup masa .
Di Indonesia terdapat banyak peniaga kecil - kecilan yang berniaga terutama di kawasan kunjungan pelancong. Kami jumpa mereka semasa di Istana juga di sekitar pusat membeli belah Grosir. Sentiasa memujuk kami untuk membeli barang hingga menimbulkan rasa tidak selesa apabila ia mengikut kami sampai ke dalam bas. Aduhh. .. sungguh tak selesa apabila 10 orang peniaga naik bas. Ada yang jual kerepek, jamu, alat urutan kepala dan macam2 lagi. 

Panorama di Solo
Keadaan rumah di Solo
Kata pak Dwi ( Tour guide ).... mereka memandu suka hati je. Lampu merah pun masih jalan. Hon kenderaan sebagai tanda minta laluan.
Possing dulu sebelum shopping
Murah... sehelai seluar slack cuma IDR80,000 @ RM24
Baju Tshirt  pun murah.... pasti kami beli . 
Aduhh ...takut lebih kg bagasi nie 
Peniaga2 kecil..... mempromosikan barang2 mereka. 
Kami dah jumpa mereka masa di Istana Mangkunegaran
Kata Pak Dwi ... jika tak mau beli, jangan di pegang/sentuh barang yang dijual...
Seandainya di pegang  nanti peniaga akan ikut ke mana sahaja. Ingat tuu...
Jual dompet .... engak mau beli buk ! 
Suasana sepetang di Solo
Mereka rajin, sangat kreatif dan tidak malu untuk berniaga. Itulah pengajaran yang dapat di ambil.
Kesusahan kehidupan di sana menjadikan mereka gigih untuk mencari sesuap nasi.
Pusat Membeli Belah Grosir, Solo
Selesai shopping. ... kami dibawa ke Rumah Makan Adem Ayem .  Masih lagi masakan jawa di Solo. Makan malam bersama jus jeruk... Jus jeruk adalah fresh orange. Syukur Alhamdulillah. ... kenyang sudah , kami perlu berehat sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya.
Sebelum balik ...saya dan beberapa rakan singgah di kedai telefon untuk membeli sim card Indonesia. Oleh kerana perkhidmatan yang terlalu lambat akhirnya hasrat hati terpaksa dibatalkan.
Rumah Makan Adem Ayem
Ada telur pindang,  empulur nangka, kulit sapi/lembu dan sup
Ayam goreng yang enak .... mesti cuba tau
Segala ulaman ....
cili hijau .... kami tak pandai makan macam tu
Masakan Solo .... cili @ sambal mesti ada
Syukur Alhamdulillah kenyang sudah ..... 

Percutian Dan Lawatan Ke Solo

Percutian dan lawatan kami  ke Solo ( Surakarta ) , sudah lama dirancang . Akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Jam 1.00 am kami  bergerak ke LCCT dengan menaiki bas ....doa di aminkan agar perjalanan kami selamat . Tiba di LCCT kami uruskan  bagasi dan terus ke balai berlepas. Kami dapat lakukan solat subuh secara berjemaah di surau.  Syukur Alhamdulillah.. .. setelah 2 jam 30 minit penerbangan  , kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Adi Soemarmo Solo jam 8.25 pagi waktu tempatan pada 22 Mac 2014 . Menaiki kapal terbang kali ini .... ada rasa kebimbangan dan ketakutan juga kerana tragedi MH370 masih jadi bualan hangat seluruh dunia dan peristiwa itu  baru berlaku dan ia masih belum dijumpai. Syukur ya Allah ... kami selamat.
Di Lapangan Terbang, ketibaan kami disambut oleh wakil ajen dan kami diberi taklimat mengenai  perjalanan hari ini. Sekali lagi doa diaminkan agar perjalanan kami terus selamat.
Tempat lawatan pertama kami ialah kedai Souvenir. .. .. key chain,  fridge magnet,  baju, beg ,pelbagai jenis kerepek dan bermacam2 aneka barang dijual disini. Harga barang pasti lebih murah di Indonesia. Bagi saya orang Indonesia sangat kreatif... ia dapat dilihat dari hasil kraft tangan, ukiran , seni halus batik dan  produk makanan. Kripik daun singkong (daun ubi), cakar ayam, usus ayam, kulit ikan kakap dan paru sapi dijadikan kiripik. Cuma saya je tak mampu nak makan. 

Kami dibawa untuk shopping di Batik Beteng Solo dan perusahaan batik memang terkenal di Solo Indonesia.
Seterusnya kami check in  di Loji Hotel. Alhamdulillah ia selesa.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Adi Soemarmo Solo
Bergambar sebelum berlepas ke Solo
Sempat lagi possing sejurus mendarat... senyum semua 
suasana di Solo
  kedai Souvenir tempat pertama untuk shopping
Banyak betul patung2 kecil nie
kerepek usus ayam dan cakar ayam ( kulit yg ada di kaki ayam )
ini kerepek Paru Sapi ( paru lembu )
kerepek kulit ikan
kerepek daun bayam.... sama seperti di Malaysia
Masing2 membeli sebagai ole2 dari Solo
Saya hanya membeli kerepek Paru Sapi je ... 

Selepas memborong apa yang disukai... kami dibawa untuk makan tengahari di rumah makan "Taman Sari" . Oleh kerana perut dah lapar, kami makan je apa yg terhidang iaitu masakan Solo yang dihidangkan secara buffet. 
Rumah Makan Taman Sari
Masakan Solo ... 
Ada mee yang seperti maggi... alhamdulillah kenyang

Air Apokado yang enak 

keropok udang yang sedap..
Tempat lawatan kedua  ialah Istana Mangkunegaran yang terletak di Kota Surakarta, Solo . Ia dibina sejak  tahun 1757 . kami meluangkan masa lebih 1 jam untuk meninjau kawasan Istana dan kami diberi penerangan oleh penyambut tetamu Istana . Pembinaan Istana yang sangat cantik dan sebahagiannya Istana dijadikan tempat pameran ( museum ) barang2 purba yang dikumpul sejak 1926.Koleksi yang dipamerkan adalah barang2 dari emas seperti gelang, subang, kalong, anting-anting, rantai ,badong, jam dan banyak lagi. Selai itu terdapat juga koleksi topeng, senjata, pakaian, peralatan dari logam, koleksi kristal , lukisan dan banyak lagi. Di sini ada ruangan untuk persembahan kebudayaan seperti tarian dan gamelan . Sebahagian Istana masih di diami oleh keluarga Raja. Gambar tak banyak sebab ada kawasan " no camera ". 
Istana Mangkunegaran
Penyambut tetamu Istana
Bergambar suatu kemestian sebagai tanda kenangan..
Melawat sekitar Istana

Kami sekeluarga
Seterusnya kami ke Batik Beteng Laweyan Solo
Batik Solo sudah  terkenal dengan perusahaan batik yang terbesar di Indonesia ... ada dua jenis batik iaitu batik lukis dan batik cap. Batik yang mahal adalah dari sutera dan batik lukis tangan. 
Produk yang berkualiti ...
Selesai shopping .... check in Hotel Loji.
Selesa buat kami . Jika datang Indonesia bawalah adopter agar mudah nak caj telefon dan kamera. 
Penting tu..

Sabtu, 15 Mac 2014

JEREBU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI )Sabtu 13 Jdl. Awal 1435H)
J.E.R.E.B.U

Hari ini, Allah SWT uji kita dengan jerebu yang memenuhi ruang udara yang tercemar dengan asap tebal yang menyesakkan untuk bernafas dan memedihkan mata yang memandang. Sama ada ianya ad-Dukhan sebagai mana tanda2 kiamat atau pun bukan itu belum pasti.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah asap (ad-Dukhan) yang memenuhi timur dan barat. Asap itu berada di bumi selama 40 hari. Bagi orang mukmin yang kena asap itu, ia hanya akan diserang gejala semacam selsema. Tetapi bagi orang kafir ia akan mabuk. Asap itu keluar dari lubang hidung, kerongkongan, mata, telinga dan duburnya" (HR. Imam Qurtubi)
Oleh sebab itu manusia perlu beradab terhadap alam sekitar dengan cara ; Tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Tidak membuat kerosakan kepada makhluk  Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan serta menggunakan sumber-sumber alam untuk tujuan kebaikan bersama.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud
“ Telah berlaku pelbagai kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dlakukan oleh tangan-tangan manusia….” (QS: Ar-Rum ayat 41)
PENCERAHAN :
Antara punca berlakunya pencemaran alam seperti pembakaran terbuka ini adalah kerana : Perasaan tamak dan keinginan untuk mendapat keuntungan semata-mata.. Tidak ada kesedaran tentang pentingnya memelihara alam dan sikap ambil mudah serta akhlak yang buruk orang ramai terhadap alam sekitar.
Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi SAW pernah menyebut:
مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ
“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka” (HR: Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)
Amaran dan doa Nabi SAW agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka ancamannya adalah neraka.
KESIMPULAN :
Sebenarnya ada jerebu yang lebih bahaya lagi dari jerebu udara ini. Iaitu Jerebu Akidah, Jerebu Syariat dan Jerebu Akhlak :
J = Jahil ilmu sehingga melakukan kerosakan
E = Engkar pada peraturan Tuhan
R = Remehkan syariat Allah yang telah ditentukan
E = Endah tak endah pada aspek kebersihan
B = Bakar sesuka hati tanpa peduli persekitaran
U = Ulama disiasat ahli khurafat pula dibiarkan
Kerap kali manusia sangat bimbangkan kehidupannya di dunia yang sementara ini terjejas, tetapi jarang bimbangkan kehidupannya di akhirat yang kekal abadi terjejas !
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ust Kay.
kebakaran menambah teruk kualiti udara

Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat Mas MH370 KL-Bejing Dilapor Hilang

PM arah lakukan semua yang terdaya untuk kesan pesawat hilang
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini( 8 Mac 2014 ). 
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. 

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. 

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu. 

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa. Sumber Berita Harian.
Senarai Jumlah penumpang mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:
1. China – 152 dan  1 bayi
2. Malaysia – 38
3. Indonesia – 12
4. Australia – 7
5. France – 3
6. United States of America – 3 dan 1 bayi
7. New Zealand – 2
8. Ukraine – 2
9. Canada – 2
10. Russia – 1
11. Italy – 1
12. Taiwan – 1
13. Netherlands – 1

14. Austria – 1

Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Bejing dipandu oleh Kpt. Zaharie Ahmad Shah 53, warganegara Malaysia. Beliau mempunyai 18.365 jumlah jam penerbangan dan menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1981. Pembantu juruterbang adalah Fariq Ab.Hamid  27, seorang warganegara Malaysia dengan sejumlah 2,763 jam penerbangan. Beliau telah menyertai Malaysia Airlines sejak tahun 2007.

Sama2 kita doakan agar kesemua penumpang dan anak kapal akan selamat.

Jumaat, 7 Mac 2014

Ubat Penyakit Hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI 
Ubat Penyakit Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a: “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di 1/3 malam. Keempat, memperbanyakkan zikrullah di sepanjang malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Berbagai nikmat yang telah Allah kurnia kepada kita. Lihat pada diri kita, MasyaAllah, bukan sedikit nikmat yang telah kita peroleh dengan sifat Rahman dan Rahim Allah. Antaranya ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah punca segalanya...
Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap pencipta-Nya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang merosakkan.
PENCERAHAN :
1. Al-Quran yang diturunkan kepada kita kepada insan agung, Nabi Muhammad SAW, merupakan mukjizat yang tiada tolok bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah.
2. Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan diri dari segala penyakit yang memudaratkan.
3. Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bangun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhaan dari Allah SWT.
4. Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakkan zikrullah . Allah SWT telah berfirman :
الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Arra’d : 28)
5. Kemudian, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT.
Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang-orang yang soleh) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
KESIMPULAN :
Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT.
Wallahu a'lam - Terima kasih Ust Kay.
ustaz Hj Kamil Bin Sidek ( ustaz kay )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...