Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 7 Mac 2014

Ubat Penyakit Hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI 
Ubat Penyakit Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a: “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di 1/3 malam. Keempat, memperbanyakkan zikrullah di sepanjang malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Berbagai nikmat yang telah Allah kurnia kepada kita. Lihat pada diri kita, MasyaAllah, bukan sedikit nikmat yang telah kita peroleh dengan sifat Rahman dan Rahim Allah. Antaranya ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah punca segalanya...
Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap pencipta-Nya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang merosakkan.
PENCERAHAN :
1. Al-Quran yang diturunkan kepada kita kepada insan agung, Nabi Muhammad SAW, merupakan mukjizat yang tiada tolok bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah.
2. Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan diri dari segala penyakit yang memudaratkan.
3. Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bangun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhaan dari Allah SWT.
4. Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakkan zikrullah . Allah SWT telah berfirman :
الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Arra’d : 28)
5. Kemudian, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT.
Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang-orang yang soleh) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
KESIMPULAN :
Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT.
Wallahu a'lam - Terima kasih Ust Kay.
ustaz Hj Kamil Bin Sidek ( ustaz kay )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...