Percutian dan lawatan kami ke Solo ( Surakarta ) , sudah lama dirancang . Akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Jam 1.00 am kami bergerak ke LCCT dengan menaiki bas ....doa di aminkan agar perjalanan kami selamat . Tiba di LCCT kami uruskan bagasi dan terus ke balai berlepas. Kami dapat lakukan solat subuh secara berjemaah di surau. Syukur Alhamdulillah.. .. setelah 2 jam 30 minit penerbangan , kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Adi Soemarmo Solo jam 8.25 pagi waktu tempatan pada 22 Mac 2014 . Menaiki kapal terbang kali ini .... ada rasa kebimbangan dan ketakutan juga kerana tragedi MH370 masih jadi bualan hangat seluruh dunia dan peristiwa itu baru berlaku dan ia masih belum dijumpai. Syukur ya Allah ... kami selamat.
Di Lapangan Terbang, ketibaan kami disambut oleh wakil ajen dan kami diberi taklimat mengenai perjalanan hari ini. Sekali lagi doa diaminkan agar perjalanan kami terus selamat.
Tempat lawatan pertama kami ialah kedai Souvenir. .. .. key chain, fridge magnet, baju, beg ,pelbagai jenis kerepek dan bermacam2 aneka barang dijual disini. Harga barang pasti lebih murah di Indonesia. Bagi saya orang Indonesia sangat kreatif... ia dapat dilihat dari hasil kraft tangan, ukiran , seni halus batik dan produk makanan. Kripik daun singkong (daun ubi), cakar ayam, usus ayam, kulit ikan kakap dan paru sapi dijadikan kiripik. Cuma saya je tak mampu nak makan.
Kami dibawa untuk shopping di Batik Beteng Solo dan perusahaan batik memang terkenal di Solo Indonesia.
Seterusnya kami check in di Loji Hotel. Alhamdulillah ia selesa.
Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Adi Soemarmo Solo
Bergambar sebelum berlepas ke Solo
Sempat lagi possing sejurus mendarat... senyum semua
suasana di Solo
kedai Souvenir tempat pertama untuk shopping
Banyak betul patung2 kecil nie
kerepek usus ayam dan cakar ayam ( kulit yg ada di kaki ayam )
ini kerepek Paru Sapi ( paru lembu )
kerepek kulit ikan
kerepek daun bayam.... sama seperti di Malaysia
Masing2 membeli sebagai ole2 dari Solo
Saya hanya membeli kerepek Paru Sapi je ...
Selepas memborong apa yang disukai... kami dibawa untuk makan tengahari di rumah makan "Taman Sari" . Oleh kerana perut dah lapar, kami makan je apa yg terhidang iaitu masakan Solo yang dihidangkan secara buffet.
Rumah Makan Taman Sari
Masakan Solo ...
Ada mee yang seperti maggi... alhamdulillah kenyang
Air Apokado yang enak
keropok udang yang sedap..
Tempat lawatan kedua ialah Istana Mangkunegaran yang terletak di Kota Surakarta, Solo . Ia dibina sejak tahun 1757 . kami meluangkan masa lebih 1 jam untuk meninjau kawasan Istana dan kami diberi penerangan oleh penyambut tetamu Istana . Pembinaan Istana yang sangat cantik dan sebahagiannya Istana dijadikan tempat pameran ( museum ) barang2 purba yang dikumpul sejak 1926.Koleksi yang dipamerkan adalah barang2 dari emas seperti gelang, subang, kalong, anting-anting, rantai ,badong, jam dan banyak lagi. Selai itu terdapat juga koleksi topeng, senjata, pakaian, peralatan dari logam, koleksi kristal , lukisan dan banyak lagi. Di sini ada ruangan untuk persembahan kebudayaan seperti tarian dan gamelan . Sebahagian Istana masih di diami oleh keluarga Raja. Gambar tak banyak sebab ada kawasan " no camera ".
Istana Mangkunegaran
Penyambut tetamu Istana
Bergambar suatu kemestian sebagai tanda kenangan..
Melawat sekitar Istana
Kami sekeluarga
Seterusnya kami ke Batik Beteng Laweyan Solo
Batik Solo sudah terkenal dengan perusahaan batik yang terbesar di Indonesia ... ada dua jenis batik iaitu batik lukis dan batik cap. Batik yang mahal adalah dari sutera dan batik lukis tangan.
Produk yang berkualiti ...
Selesai shopping .... check in Hotel Loji.
Selesa buat kami . Jika datang Indonesia bawalah adopter agar mudah nak caj telefon dan kamera.
Penting tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan