Kami check out Loji Hotel seawal jam 5.00 pagi kerana perjalanan ini mengambil masa 4 jam dari Solo untuk sampai ke Ponorogo. Destinasi yang dituju adalah Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo. Program bersama pihak Gontor telah dirancang dan pihak Gontor telah kami hubungi 2 bulan sebelum tarikh program. Pihak Travel juga membantu pengurusan program di Gontor.
Perjalanan yang lama menyebabkan kami perlu singgah di beberapa lokasi. Kamar kecil yang paling utama . Sepanjang perjalanan , kami dapat melihat rumah penduduk tempatan dan budaya mereka, melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas. Kelihatan petani menjemur benih padi sebelum proses penggilingan. Letusan gunung berapi menjadikan tanah di sini sangat subur dan setiap tanah diusahakan untuk pertanian.
Stesen minyak ...
Rumah2 di sepanjang perjalanan ke Ponorogo
Maaf ... gambar tak clear kerana ambil gambar ketika dalam bas
Sepanjang perjalanan dari Solo ke Ponorogo ....halaman rumah2 mereka sangat bersih. Membersihkan rumah dan halaman di pagi hari sudah menjadi amalan mereka
Panorama yang cukup indah. Tanaman padi ... tanaman secara bertingkat dan setahun 3 kali
Pengairan padi ... sumber air dari gunung
Menjemur padi .... situasi ini tiada lagi di rumah2 di Malaysia.
Lebih 30 tahun yang lalu saya juga membantu ayah menjemur padi , turun ke bendang untuk menarik semaian, menanam dan mengerat padi.... sekarang ia hanya tinggal kenangan .
Kami sempat singgah di Ayam Panggang Mbak Tiyem Asli Jatisrono. Bukan sekadar makan ayam tapi sempat meninjau dapur masak mereka yg masih mengamalkan cara tradisional. Ayam kampung dan isi dagingnya lembut sungguh enak lagi menyelerakan.
Dalam perjalanan kami singgah pula di kedai buah-buahan. Buat makan2 di dalam bas. Rambutan Acheh kecil tapi isinya cukup manis.. 1 kg baru IDR13000. ...memang puas hati. Buah-buahan yang lain sama je macam kat Malaysia.
Di sini .... kenangan buat kami
Bergambar lagii....
Ayam panggang Mbok Tiyem
Mengekalkan cara tradisional ....
Asal bas berhenti je .... pasti kami akan turun. 4 jam perjalanan ... lama tu.
Rambutan Acheh .... kecil dan sangat manis.
Aneka buah-buahan ...
Alhamdulillah Setelah 4 jam perjalanan. ....akhirnya kami sampai di Wisma Darussalam Gontor. Kami akan bermalam satu malam di rumah tamu Wisma Darussalam. Sudah menjadi amalan pihak Gontor ... tetamu boleh menginap selama 3 hari tanpa bayaran. Oleh kerana kami seramai 35 orang dan makan minum minta pihak Gontor sediakan untuk 2 hari maka pihak Travel membayar sejumlah IDR yang sepatutnya kpd pihak Gontor. Pondok Gontor ditubuhkan oleh 3 bersaudara sejak tahun 1926 dan kini mempunyai 12 Gontor putra dan 7 Gontor puteri serta sebuah University Darussalam. Pelajar mereka seramai 22 000 orang. Di Gontor 1 sahaja ada 4500 pelajar. Pondok Modern Darussalam Gontor tidak di bawah pentadbiran kerajaan Indonesia dan tidak bergantung kepada kerajaan , mereka mencari dana dengan menjalankan banyak perniagaan yang diurus , diusahakan dan ditadbir oleh semua pelajar Pondok Gontor.
Semua pekerja terdiri dari pelajar ... mereka tidak dibayar gaji. Malah guru2 mereka juga tidak dibayar gaji . Kehidupan keluarga ( guru ) mereka akan di tanggung oleh pihak Gontor. Itulah keunikan dan keistemewaan Pondok Modern Darussalam Gontor. Mereka berjaya dengan hebat sekali kerana amalan Panca Jiwa . Inilah maklumat yang kami terima semasa berkunjung ke sana.
Selesai check in ... slot pertama adalah sesi taaruf dan perbincangan bersama pihak Gontor. Taklimat disampaikan oleh ustaz Imam Bukhari. Saya sudah ceritakan tentang Pondok Morden Darussalam Gontor dalam blog yang lepas.
Selesai check in ... slot pertama adalah sesi taaruf dan perbincangan bersama pihak Gontor. Taklimat disampaikan oleh ustaz Imam Bukhari. Saya sudah ceritakan tentang Pondok Morden Darussalam Gontor dalam blog yang lepas.
Rumah Tamu Wisma Darussalam
Kami gembira berada di sini...
Pembahagian kunci bilik di Rumah Tamu
Suasana bilik di Rumah Tamu Wisma Darussalam
Ketika kami sampai di Wisma Darussalam Gontor. ..setiap kerusi telah diletakkan satu kotak kecil yang berisi kuih dan minuman. Ada cili padi bersama kuih tapi saya tak makan pun cilinya ..... pedass.
Selesai taklimat dan perbincangan bersama pihak Gontor Cenderahati diberi tanda ingatan dan sumbangan tanda kasih sayang agar ukhwah Islamiah terus terjalin.
Welcome to Gontor .... bungkusan kecil disediakan pada setiap kerusi. Menarik kerana ia di urus oleh semua pelajar lelaki
Kami terpegun mendengar penerangan yang di berikan ... cukup hebat Gontor dalam membangunkan institusi serta memberi pendidikanan kepada pelajar.
Setiap apa yang dilakukan oleh pelajar ..... itu adalah proses PENDIDIKAN. Ketika pelajar makan, urus diri, bersukan, bergaul dan belajar ..... semua itu proses pendidikan.
Ucapan dari pihak Gontor ( ustaz Imam Bukhari )
Cenderahati tanda ingatan
Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami
Berpakaian kemas, berjalan pantas untuk solat zohor. Setiap mereka sentiasa membawa buku ke mana sahaja sama ada siang atau malam. Itulah yang kami saksikan...
Santri/pelajar lelaki ... waktu rehat untuk makan dan solat zohor sebelum memulakan kelas seterusnya jam 2.00 petang.
Masjid Gontor ... santri Gontor 1 seramai 4500 orang. Ramainya pelajar mereka
Pondok Modern Darussalam Gontor ... sangat luas
Bangunan yang cantik
Panca Jiwa
Menu tengahari kami .... ada Es Degan
Makan tengahari .... simple je. Syukur Alhamdulillah
Es Degan .... Air dan isi kelapa muda , gula campur jus laici. Sangat bestt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan