Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 27 Mac 2014

Pondok Modern Gontor Part 2

Pertemuan dengan pelajar Malaysia di Gontor
Selesai solat jamak takdim dan makan tengahari , program seterusnya ialah perjumpaan bersama pelajar2 Malaysia yang belajar di Gontor. Ada 95 pelajar Malaysia di Gontor pusat @ Gontor 1. Gontor 1 dan Gontor 2 adalah santri (pelajar) lelaki. Mereka belajar akademik dan Pendidikan Agama. Waktu belajar @ Pendidikan yang agak padat.
Pelajar Malaysia yang ingin belajar di mana2 cawangan Pondok Gontor. ... tak perlu apa2 kelulusan untuk belajar di sini. Ada yg lepasan darjah 6@ UPSR, lepasan SPM dan lepasan STPM. Yuran bulanan hanya IDR500 ribu rupiah atau RM150 sahaja. Belajar selama 6 tahun dan boleh menyambung pengajian ke Universiti Darussalam (ISID yang dinaik taraf menjadi Universiti) .
Kenangan di Pondok Modern Darussalam Gontor
Lawatan kerja dari SMK Sungai Besar 
Mereka adalah pelajar( ISID ) dan waktu yang sama menjadi guru di Pondok Gontor.
Guru2 di sini tiada gaji tetapi kehidupan mereka dibiayai oleh Pondok Gontor. Sangat menarik ...
Majlis pertemuan dengan pelajar-pelajar dari Malaysia. Berkongsi pengalaman bersama kami.
Pengalaman yang cukup indah dan sangat berharga
Mereka berkongsi pengalaman  menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ... hebat !!
Bila mereka menggunakan bahasa Arab .... minta translate sebab ada yang tak faham
Sayu dan sebak hati kami mendengar pengalaman mereka di sini... 
Mula-mula datang ... kami ingat rumah, kami ingat ibu dan ayah, menangis dalam tandas. Bila dah lama duduk sini, makin sayang ....
Tanda kasih dan sayang .... 
Kenangan ...
Lawatan kerja ...
Semoga anakku mengambil iktibar 
Selesai solat Asar berjemaah ... sebahagiannya membersihkan kawasan
Pelajar yang lain membaca al-Quran di luar bilik asrama dengan diawasi oleh pelajar yang lebih senior
Memakai kain palikat tapi name tag masih bersama
Bersama pelajar Malaysia
Waktu petang , kami mencuba Es Dawet Jabung ( seperti cendol ) di Ponorogo
Adat di Ponorogo ... jika diberi mangkuk ... ambil mangkuk sahaja tanpa piringnya.
Jika diambil piringnya... tanda setuju untuk memperisterikannya.
Selepas makan Es Dawet Jabung ... kami menikmati pula " sate ayam Pak Gareng "
 Ponorogo .. memang terkenal dengan Es Dawet dan sate ayam
Jika datang ke Ponorogo ... 
carilah Sate Ayam Pak Gareng....  sangat SEDAP.Wahh...siap promo lagi.Kat situ banyak jenama sate...cari sate P.Gareng.
Menunggu sate dibakar .... 
Sabar menunggu ...mata dah pedih ni kena asap
Lontong yang sgt lembut dan kuah sate yang enak. Oleh kerana sedap sangat kuahnya... kami beli kuah sate yang belum dibancuh untuk dibawa pulang ke Malaysia. Sangat murah ... 1 kg cuma 70 ribu rupiah (RM21 )
Emmmm Sedapnya.....
berbaloi menunggu walaupun mata pedih terkena asap
Pada waktu malam kami dibawa melihat aktiviti "public speaking"  yang bermula jam 8.00 hingga 10.30 malam dan ia merupakan satu latihan agar mereka (pelajar2)lebih mahir dalam bahasa Inggeris dan pandai berpidato. Semua pelajar terlibat dan mereka perlu mencatat apa yang diucapkan oleh teman mereka . Pelajar senior akan mengendali aktiviti ini. Walaupun malam .. .mereka hadir dengan pakaian lengkap , berkasut,  name tag dan semuanye bersongkok.... cukup berdisiplin . Kelas ceria dan tiada yang mengantuk.
Mereka dididik dengan kesederhanaan... tidur hanya dengan tilam tanpa katil, tiada kipas dalam semua kelas dan asrama , tiada sandaran untuk kerusi ketika belajar. MasyaAllah ..... didikan yang cukup hebat.. dididik dgn keikhlasan dan kesederhanaan. 
Panca Jiwa...
sesi "public speaking"  .
Masih lengkap berpakaian seragam dan bersongkok... hebat
Tajuk diberi seminggu lebih awal agar pelajar lebih bersedia.
Pelajar di hadapan melukis dan menulis aturcara
Setiap kelas melakukan aktiviti yang sama..
Kami mengkagumi apa yang pihak Gontor lakukan.
Memiliki bangunan sekolah yang cantik

3 ulasan:

  1. Asslamualaikum,
    perkongsian yg sangat menarik.

    BalasPadam
  2. Sek saya ingin mengadakan lawatan ke pondok modern gontor ini tahun ini.
    Oleh itu amat berharap agar puan dpt berkongsi susur galur pengurusan dan travel cadangan untuk saya hubungi. Mohon puan berikan email or no phone puan (jika tak keberatan) agar dapat saya berhubung dengan puan.

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam abuMundzir.
    Alhamdulillah kerana ramai yang ingin mengunjungi Pondok Modern Gontor. Sesiapa ingin membuat lawatan ke sana sila hubungi 0133001471 .. call@ whatsapp.
    Juga boleh email kembara_ilmu@ymail.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...