Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Sabtu, 8 Februari 2014

Kem Kepimpinan Pengawas 2014

Tarikh    : 8 Februari 2014
Hari       : Selasa
Tempat  : Dewan Bestari SMK Sg Besar
Masa      : 7.30 - 5.45 petang

Hari ini ada 2 program di sekolah... pertama Kem Kepimpinan Pengawas dan yang kedua ialah gotong royong  peringkat sekolah. Oleh kerana saya guru badan pengawas.... sudah tentu ,  saya akan terlibat dengan kem... cabaran tau ... sebab program sehari suntuk. Pegang pada kata2 ini... kita mudahkan urusan orang... in sha Allah , Allah SWT akan permudahkan urusan kita. Dan tazkirah untuk diri ini ... buat sesuatu dengan ikhlas untuk dapat keredhaan Allah ... semoga amalan ini dinilai ibadah di sisi-Nya dan diberikan ganjaran pahala .

Tahniah buat Unit Bimbingan  Dan Kaunseling serta unit HEM khususnya Badan Pengawas kerana telah berjaya melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas bagi tahun 2014 . Tahniah juga kepada 120 pengawas SMK Sg Besar yang telah berjaya mengikuti kem kepimpinan hingga selesai.
Semua yang hadir telah memberikan kerjasama dan komitmen  yang cukup baik dalam semua aktiviti yang diadakan.  

Aktiviti yang dilakukan....
1   Ice breaking
2   Pengurusan Perhimpunan Sekolah
3   Peranan Pengawas
4   Team Building
5   Solat Berjemaah
6   LDK
Pelbagai kemahiran diberikan kepada pengawas agar mereka menjadi pengawas yang berkemahiran , berketerampilan , dedikasi dan berdisiplin.In Sha Alllah..... sama2 kita doakan.
Sesi pendaftaran.... lihat mereka senyum gembira sebab dapat ikut kem... syabas

Slot ice breaking bersama Pn Lila
Kemahiran mendengar, fokus, menepati masa dan kerjasama amat diutamakan
Antara kumpulan ..... siapa hidung paling mancung
Siapakah yang paling rendah .....
Mereka dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim seterusnya memupuk perpaduan.
Murid lelaki dan perempuan yang paling putih kulitnya .... aktiviti ice breaking

Pengurusan Perhimpunan Sekolah bersama Pn Rohaida Yasin
Ketua pelajar ....Mohd Fahren Fadzir
Latihan ikrar .... 
Murid diberi bimbingan .... terbaik 

Tekun mendengar ....
Peranan pengawas bersama Ustaz Ahmad Muhid Bin Saian ... 
Alhamdulillah mereka cukup berdisiplin
Makanan untuk murid dan guru .... Alhamdulillah syukur
santai.... menikmati makan tengahari
Walaupun tanpa tikar, tanpa meja dan kerusi....mereka selesa dengan cara begini. Kesukaran , sedikit ketidakselesaan adalah satu proses mendidik mereka menjadi insan yang tabah menghadapi cabaran, rintangan serta membina jati diri yang kental dan cekal.
Bukan sahaja murid... malah guru2 juga sudah biasa makan dalam situasi begini.
Bakal2 pemimpin akan datang..

Aktiviti seterusnya LDK dan Team Bulding... Baca dalam entry seterusnya ye


Jumaat, 7 Februari 2014

Puding Karamel Gula Hangus

Assalamualaikum ....

Dah banyak kali buat menu nie.... almaklum family suka sangat dengan puding karamel  . Walaupun sekarang nie banyak kerja-kerja sekolah yang nak diurus , ku tinggalkan dulu  fail panitia, kertas kerja, laporan program,  pbs .... jomm masak puding . Happy2 di dapur ....masak dari hati masak with iman ( teringat kata2 Chef Ammar ) 

Resepi yang mudah, ringkas dan senang untuk disediakan . Dan yang penting ianya SEDAP.

RESEPI PUDING KARAMEL GULA HANGUS

Baha-bahannya :
  • 5 biji telur ayam
  • 1 tin susu cair 
  • 5 sudu gula
  • 1 sudu teh esen vanila 

Bahan untuk karamel :
  • 5 sudu gula pasir
  • 4 sudu air

Masukkan loyang dalam periuk kukus yang telah panas
Cara-caranya :
  1. Cara membuat gula hangus ... Masukkan  gula dalam kuali dan masak hingga gula menjadi keperangan ( masak dengan api yang sederhana ). Kemudian masukkan air dan gaul sebati dan tutup api.
  2. Tuang dalam loyang dan ketepikan.
  3. Pukul telor bersama gula, masukkan telur dan esen vanila.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang karamel dan kukus hingga masak.  kukus selama 30 minit je.
  5. Kukus dan tutup loyang guna aluminium foil.( tak guna aluminium foil pun tak pe )


Apabila Suami Terlebih Manja

WAHAI isteri-isteri, ketahuilah bahawa kajian The Engage Mutual menunjukkan 57 peratus lelaki mengharapkan perhatian dan simpati ketika sakit. Dua pertiga lagi suka merengek dan merungut.”

Anda sendiri bagaimana reaksi apabila suami berkeadaan begini? Saya selama  ini, tidak pernah sedar malah menyangka hanya saya yang berubah terlebih manja apabila demam, sakit perut atau sakit kepala. Rupa-rupanya ramai lagi!

Menurut The Engage Mutual, lelaki menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti anak kecil apabila dilanda sedikit masalah kesihatan.

Keadaan itu berpunca daripada gen micronas yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

“Wanita sebaliknya lebih berupaya untuk menentang komplikasi yang berpunca daripada kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki lelaki,” hujah penyelidik yang juga pakar perbidanan dan sakit puan Sekolah Perubatan Yale, Prof Dr Mary Jane Minkin dalam laporan yang disiarkan BioEssays, baru-baru ini.

Menurut Dr Minkin, lelaki memerlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun jarang bertemu doktor.
“Lelaki pada usia itu biasanya takut untuk jumpa doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau,” katanya.

Dikatakan lelaki berubah menjadi lebih manja ketika sakit malah begitu mengada-ada sikapnya hanya ketika demam disebabkan terbawa-bawa oleh pengalaman semasa kecil.

“Mereka teramat merindui kenangan itu... dilayan dan dibelai oleh ibu. Sentuhan lembut dan penuh kasih sayang oleh seorang wanita jadi pengalaman terindah hidup mereka dan mahu terus diulang walaupun setelah mereka dewasa.

“Ini berbeza dengan wanita, yang juga punya pengalaman sama pada zaman anak-anak namun wanita sebaliknya berupaya menangani diri mereka sendiri tatkala terkena flu atau sakit ringan,” kata Dr Minkin.

“Inilah kekuatan yang ada pada wanita, yang sangat berguna untuk mereka pula merawat, membelai dan memanjakan anak-anak yang sakit,” katanya lagi.

Dr Minkin mengakui, dia sendiri sering dihadapkan dengan keluhan ramai isteri yang gagal untuk memahami perubahan sikap suami mereka dalam keadaan seperti itu.

“Hal yang seperti ini, jika tidak difahami atau tidak ada persefahaman dalam hidup berpasangan, kadang kala boleh jadi masalah,” katanya.

Dihadapkan dengan fakta kajian ini, semoga kita sama-sama lebih memahami. Janganlah dirungutkan atau dileteri apabila suami yang badannya gagah perkasa seperti Sazali Samad atau Arnold Schwarzenegger tiba-tiba merengek minta itu ini.

Janganlah pula berasa geli geleman jika dia minta diusap seperti anak kecil.

Memang, kita selalunya akan dihadapkan dengan pelbagai perbezaan. Wanita yang lemah lembut sifatnya, gebu gebom pula kulitnya, dalam keadaan tertentu dikurniakan tuhan kekuatan semula jadi yang tidak mudah untuk difahami oleh lelaki!

Manakala lelaki yang gagah perkasa fizikalnya, ada ketika menjadi sangat manja hanya kerana diserang selesema.

Itulah perbezaan-perbezaan yang kita perlu fahami dalam hidup berpasangan kerana lelaki dan wanita sememangnya dijadikan dengan seribu satu ketidaksamaan.

Dan jurang ketidaksamaan itu bukan untuk diperbesarkan sebaliknya untuk sama-sama difahami, dihadami dan dihayati sebagai pasak tugu cinta yang akan kekal teguh hingga ke syurga.

Sumber : Sinar Harian

Selasa, 4 Februari 2014

Dinner Keluarga Guru Pendidikan Islam

Alhamdulillah berjalan lancar  ....
Dinner keluarga Guru Pendidikan Islam  sambil meraikan rakan  yang telah bersara  di  Restoren Sekin, di Sekinchan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang2 untuk majlis ini.

Cukup meriah dengan kehadiran rakan2 guru bersama family masing2. Kami datang awal .... jadi sempat beri ikan2 tu makan. Bagi rakan2 yang berpuasa mereka berbuka puasa ala kadar dahulu sebelum menikmati hidangan makan malam. Jazakallah khairan kasira .... buat semua.... syukur alhamdulillah program yang dirancang telah berjaya. Semua yang hadir berpuas hati dengan menu dan hidangan yang disediakan.
Antara yang datang awal ...
Sempat beri ikan2 tu makan .... nampak kelaparan je ikan2 yang banyak nie
Ceria di petang hari..

Banyaknya ikan ... ada lebih 50 ribu ikan kat kolam nie

Boleh beli makanan ikan dengan harga RM2 je. 
Possing dulu sebelum sesi makan malam
Keluargaku .... sporting 


keluarga ustazah Rasyidah Jaapar .... kehadiran mereka memeriah suasana di samping dapat berkenalan lebih akrab
Menanti kehadiran teman2 ..
Ukhuwwah yang cukup indah
Di sini kami berkumpul menjamu selera sambil mengeratkan silaturrahim
Ustazah Seribanun Ngarip .... teman yang dirai. Semoga silaturrahim terus terjalin bersama kami ...guru2 Pendidikan Islam
Terima kasih Ustazah Zainab yang menyumbang pencuci mulut yg cukup enak
Terima Kasih Zuraidah dan Rohaida
Terima kasih ustazah Seribanun yang membawa puding karemal yg lazat
Cenderahati buat Ustazah Seribanun .... rakan yang telah bersara
Cenderahati buat yang hadir ..... salam sayang buat ustazah Seribanun
Memohon rahmat dan keberkatan
Kehadiran Pengetua Tn Hj Mokhtar Manijo ....memeriahkan majlis
Keluarga Zuraidah Mumin

Pn Sazuna dan keluarga ustaz Ahmad Muhid
Keluarga Sofiatun dan ustaz Redzuan


Keluarga Rohaida dan Pn Roziyah Tori

Keluarga Ida Rahayu

ustazah Rasyidah with family

Anak ustaz Muhid dan Ustazah Zainab
Keluarga Ustazah Zainab
Anak2 yang ku sayang
Selesai makan malam .... sekarang acara memotong kek sempena birthday mereka.
Semoga dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, bahagia bersama keluarga,  dimurahkan rezeki, dilimpahi Rahmat dan keberkatan dalam kehidupan....Aminnnn

Suapan tanda sayang ...

Kasih seorang anak ... anak yang soleh
Terima kasih buat  Pn Seribanun, Tn Pengetua, PK Kokurikulum.. Pn Sazuna, Ketua Bidang ... Pn Roziyah dan semua jemputan yang hadir. Kerjasama semua pihak .... kita dapat bersama pada malam yang cukup indah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...