Percutian ke Medan selama 4 hari 3 malam ....
Day 1
Day 1
Tiba di airport baru Medan .... Kualanamu International Airport
Taman bunga menyambut kehadiran tetamu .. view yang cantik
Salah satu tempat bersejarah di Medan yang pasti akan dilawati oleh pengunjung iaitu Istana Maimon Medan , Sumatera Utara. Istana yang megah dan memiliki nilai sejarah yang cukup tinggi . Istana Maimon merupakan istana peninggalan Kerajaan Deli yang dipimpin Sultan Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada tahun 1973.
Senibina yang indah yang memadukan unsur-unsur warisan kebudayaan Melayu, dengan gaya Islam, Sepanyol, India dan Itali.
Singgahsana Diraja ...
Banyak barang peninggalan Kerajaan Deli seperti foto, pakaian Diraja, alat senjata dipamerkan.
Banyak barang peninggalan Kerajaan Deli seperti foto, pakaian Diraja, alat senjata dipamerkan.
Rombongan anakku ke Medan 4D3N ... 27-30 Mac 2014
Pelawat boleh memakai pakaian Diraja dengan harga RP10,000.
Di Medan pun ada persembahan ghazal di Istana Maimon... pakaian mereka pun sama seperti orang2 Malaysia.
Pemandangan Istana Maimon dari hadapan
Salah satu tempat persinggahan ... makan durian di Berastagi. Durian ada 4 rasa ... masam , manis, pahit dan .... lupa la. Peminat durian pastinya suka acara makan2 nie. Anakku.... duduk dalam bas sebab tak suka makan durian.... baunya pun dia tak suka. Durian sedap ... ada juga yang tak suka...rugi2.
Masjid Al-Kamal di Berastagi
Berastagi Hills adalah tempat sejuk seperti di Cameron Highland... banyak buah-buahan, bunga, sayuran dan pakaian yang dijual di sini. Perjalanan dari Medan ke Berastagi mengambil masa
selama 3 jam
Kakak yang seorang nie( ahli rombongan ) siap buat promosi jual buah-buahan ...
Ada buah-buahan yang tak pernah jumpa pun kat Malaysia nie...
Jika nak beli souvenier ... kat Berastagi nie harga okey berbanding di Medan.
Cantikkan ...
Suasana waktu petang di Berastagi Hills ... sejuk tau
Sama seperti di Cameron ... banyak jualan bunga .
Datang ke Medan ... berhati-hati memilih tempat makan dan pastikan halal. Daging anjing dan daging babi di jual bersebelahan dengan kedai makan orang Islam...
Menginap di Hotel Sinabung Hills ...4*. . Hotel yang cantik dan view menarik ... memang puas hati mereka menginap di sini. Internet pun ada bagi pengunjung yang nak on line..
View di Sinabung Hills
View di belakang hotel... Masing2 dok possing kat belakang hotel yang cantik nie
View di hadapan Hotel Sinabung Hills
Amboiii cantiknya bilik ....
Day 2
Day 2
Keesokan harinya ... perjalanan di teruskan ke Istana Raja kaum Batak.
Istana raja kaum Batak ... yang berkahwin dan mempunyai 12 orang isteri.
Tanah perkuburan kaum Batak
Ukiran dinding oleh kaum Batak.
Perjalanan dari Berastagi menuju jeti Danau Toba memakan masa hampir 3 jam, membuatkan ramai yang pening, mabuk dan muntah-muntah kerana jalan yang sempit, curam dan berliku-liku. Rasa terseksa nak sampai ke sini .... tapi berbaloi melihat keindahan dan kecantikan Danau Toba... Bestnyaa Akhirnya ... sampai jua ke jeti Danau Toba.
Menaiki feri ... menyeberang ke Pulau Samosir
Pemandangan Danau Toba... Danau Toba merupakan danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau vulkanik iaitu Pulau Samosir .
Perjalanan ke pulau Samosir memakan masa 45 minit .
Perjalanan ke pulau Samosir memakan masa 45 minit .
Ada penghibur cilik di atas feri ... lepas tu boleh beri sedikit wang bukannya gratis ya
Singgah sebentar di Horas ..... jalan-jalan membeli belah dan banyak kedai jualan kat sini
Selesai membeli belah di Horas , menaiki bot semula meneruskan perjalanan
Alhamdulillah ... dah sampai di jeti Pulau Samosir
Kedai jualan di jeti Pulau Samosir ... nak shopping , boleh je
Hutasiallagan menempatkan rumah2 kaum Batak , ia merupakan tempat lawatan di Pulau Samosir
Unik..kerusi batu yang digunakan oleh Raja2 Kaum Batak mengadakan mesyuarat
Menaiki feri menuju ke Toledo Inn
Subhanallah .... cantik ciptaan Ilahi
Menginap di Toledo Inn
Wellcome to Toledo Inn
Subhanallah ...
Menunggu hidangan makan malam .. Perjalanan menggunakan pakej lebih mudah kerana makan minum , transport serta penginapan sudah termasuk sekali. ..tak payah pening2 fikir. Malah kita dapat mengetahui maklumat tempat lawatan dan sejarahnya dari pemandu pelancung.
Persembahan tarian mangkuk sewaktu dinner ... ada 4 mangkuk yang pecah ketika persembahan.
Day 3
Check out hotel dan meneruskan lawatan ..
Bergambar di Toledo Inn sebelum menaiki feri
Berangkat pulang ke Medan
Singgah di Masjid Raya Medan... menunaikan solat jamak zohor dan asar.
Masjid Al Mashun Medan atau lebih dikenali dengan Masjid Raya Medan merupakan masjid yang bersejarah di Indonesia. Ia didirikan tahun 1906 dan selesai pembinaannya tahun 1909....
Inilah warisan Kerajaan Melayu Deli
Masjid ini berbentuk segi lapan dan memiliki sayap di bahagian selatan, timur, utara dan barat.
Masjid Al Mashun Medan atau lebih dikenali dengan Masjid Raya Medan merupakan masjid yang bersejarah di Indonesia. Ia didirikan tahun 1906 dan selesai pembinaannya tahun 1909....
Inilah warisan Kerajaan Melayu Deli
Masjid ini berbentuk segi lapan dan memiliki sayap di bahagian selatan, timur, utara dan barat.
Check in di Polonia Hotel
cantik ..
Day 4
Berangkat pulang ..
Singgah shopping
Pendapat kakakku ..... Medan cantik untuk dilawati tapi ia tidak sesuai untuk pemborong sepertinya. Pergilah ke Bandung atau Padang Bukit Tinggi jika ingin memborong pakaian.
Mengemaskan barang2 sebelum drop bagasi ....
Selamat tinggal Medan...
Tiba di LCCT, bagasi tiada. Apalagi ... masam la muka anakku, semua barang yang dibeli ada di dalam tu.
Terus buat laporan .... 2 hari selepas tu Airasia menghantar semula beg yang tertinggal di Medan.
Syukur Alhamdulillah .
Tahniah buatmu duhai anakku ... Hadiah pencapaian dalam akademik. Gembira sangat dirimu mendapat hadiah ini...
Terima kasih buat penaja ... kakakku Masiah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan