Bermula 21 September 2013 semua penerbangan dari Malaysia yang membawa jemaah haji akan mendarat di Jeddah seterusnya memasuki Makkah Al-Mukarramah.
Jemaah haji akan memasuki kota Mekah lengkap berpakaian ihram . Penerbangan terakhir musim haji 1434H akan tiba di Jeddah pada 9 Oktober 2013.
Wukuf pada tahun ini dijangka pada 14 Oktober 2013.
Mari kita lihat apakah kelebihan Tanah Haram Makkaah Al-Mukarramah...
- Bumi kelahiran Rasulullah SAW
- Digandakan 100 ribu kali bagi setiap solat yang dilakukan di Masjidil Haram
- Di bumi Mekah ... tiada waktu haram untuk menunaikan solat-solat sunat. contohnya di Malaysia..selepas solat fardu subuh dan asar, ia adalah waktu yang diharamkan untuk menunaikan solat sunat
- Bumi Mekah terpelihara dari wabak taun dan fitnah Dajjal
- 120 rahmat turun ke atas kaabah setiap hari
- 60 rahmat untuk orang yang tawaf
- 40 rahmat untuk orang yang solat
- 20 rahmat untuk orang yang memandang kaabah
gambar ini diambil ketika musim haji 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan