Tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Besar telah merancang beberapa aktiviti sebagai pengisian untuk Program Ihya' Ramadhan. Aktiviti bermula sebelum bulan puasa ramadhan hinggalah hari terahkir sekolah sebelum cuti Aidil Fitri.
Objektif Program Ihya’
Ramadhan:
- Melahirkan murid yang bersyukur dengan rezeki dan nikmat Allah SWT.
- Melahirkan murid yang mencintai al-Quran dan membacanya dengan bacaan yang betul.
- Mendidik jiwa murid supaya menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
- Melahirkan insan yang dapat menghayati kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan.
- Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aktiviti :
1) Tadarus al-Quran
2) Bacaan Yasin
3) Ceramah sempena Ihya Ramadhan
4) Bingkisan Ramadhan ( Tazkirah )
5) Pertandingan membuat kad ucapan Hari Raya
6) Pertandingan Kuiz sempena Nuzul Al-Quran
7) Menghasilkan Replika ketupat
8) Majlis Khatam Al-Quran
9) Program Nur Kasih
10) Edaran Pamplet mengenai bulan Ramadhan
Penuh dewan.... |
Bacaan yasin di Laman Malaysiana setiap pagi Jumaat |
Guru bertugas mingguan memberi tazkirah |
Ustaz Shahren menyampaikan tazkirah sebelum PdP bermula |
Murid juga mengambil bahagian untuk memberi tazkirah.....Tahniah |
Itu diantara ketupat yang dihasilkan....supaya meriah sikit |
Ustaz Ahmad Muhid memberi tazkirah |
Nur Kasih......pemberian duit raya untuk murid dan pelajar |
Penyampaian hadian sempena pertandingan kuiz dan mencipta kad hari raya |
Majis khatam al-Quran |
Bestnya mereka mengaji |
Hadiah untuk murid yang bertuah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan