Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 4 Oktober 2013

JERUK MANGGA ( PELAM )


Hari nie saya nak kongsikan cara untuk membuat jeruk mangga ( pelam ). Oleh kerana buah pelam banyak kat rumah... apa lagi... buat jeruk la , baru sedapp dimakan. Makan mentah... masam tau. Tapi bagi orang yang suka masam... mestinya mereka tak kisah pun.

Sebenarnya .... pokok pelam putih ni ada sepokok je. Tapiii.... buahnye banyak dan tak berhenti berbuah. Syukur Alhamdulillah. ..

Suamiku nak tebang pokok pelam putih nie...tapi tak jadi ... sebab kerap berbuah . Jom saya tunjukkan caranye.

JERUK MANGGA

Bahannya :

Buah mangga 5 kilo ( sudah dihiris )
Gula 2 kilo
Garam  kasar 5 sudu
1 botol air untuk jeruk buah-buahan
Sedikit air kapur sirih

Cara - caranye ;

  • Buangkan  kulit buah pelam dan potong ikut suka. Bijinya  buang tau..
  • Cuci dan bersihkan buah yang telah dipotong tadi
  • Rendam buah tadi dengan air biasa serta campurkan garam dan sedikit air kapur sirih.
  • Kacau dan simpan sekurang-kurangnya 24 jam
  • Selepas itu buangkan kesemua air
  • Buah jeruk tak perlu dibasuh lagi
  • Masukkan buah ke dalam balang atau tupperware
  • Masukkan air gula secukupnya dan air untuk jeruk buah (ubat jeruk tu la )
  • kacau rata dan simpan selama 3 hari
  • Selepas 3 hari... bolehlah anda menikmati jeruk yang sungguh sedapp

Selamat mencuba.......


sedapnya jeruk
inilah pokok pelam yang sentiasa berbuah...alhamdulillah

buah pelam yang sudah tua... tapi boleh lg utk buat jeruk
dh masuk dalam bekas.... 
inilah air untuk jeruk ( ubat jeruk )

7 ulasan:

  1. memang sedap..terima kasih kak sebab bagi kami rasa..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. ... jika ada rezeki akk akan bawa lg

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. ... jika ada rezeki akk akan bawa lg

    BalasPadam
  4. Maaf tanya kak. Dimana boleh sy beli ubat jeruk mcm dlm botol tu ye?

    BalasPadam
  5. Maaf tanya kak. Dimana boleh sy beli ubat jeruk mcm dlm botol tu ye?

    BalasPadam
  6. Ada jual di pasaraya dan kedai runcit.

    BalasPadam
  7. Assalam Puan....boleh dapatkan no telefon syarikat yang keluarkan ubat jeruk tu? Saya mencari di kawasan rumah saya tiada. Terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...