25 November 2009.... kami menaiki bas dari Arafah untuk di bawa mabit ke Mudzalifah. Setelah sampai , kami membawa barang masing2 menuju tempat yang disediakan. Saya bersama suami dan Bibik ( makcik suami ) . Jemaah sudah banyak berada di bumi Mudzalifah. Masing2 sebok mengambil tempat dan bersedia untuk solat jamak takhir.
Oleh kerana saya membawa botol spray ... mudah bagi saya untuk berwuduk . Dan saya tidak berhajat untuk ke tandas jadi tak perlu berbaris panjang . Bersama rombongan kami tadi ada dua orang makcik yang bermadu ( isteri tua dan isteri muda ) bersama suaminya yang uzur. Mereka terpisah ketika turun dari bas. Maklumla jemaah haji memang ramai dan berpakaian ihram warna putih yang kelihatan sama sahaja. Nak mencari memang sukar kerana waktu malam dengan bilangan jemaah yang terlalu ramai.
Pakcik bersama suamiku |
Gambar pakcik bersama isteri |
Kami meminta pakcik tadi duduk bersama kami agar dia tak pergi jauh dari kumpulan kami.... Saya dan suami cuba mencari dua orang isterinya tetapi tak berjaya. ... bilangan jemaah yang terlalu ramai ditambah cahaya yang samar2 . Rupa2nya dua orang isterinya pusing keliling sebok mencari suami yang hilang. Setelah lama mencari...akhirnya isteri tua dapat menemui kedudukan suaminya. Alhamdulillah.... walaupun penat, marah tetapi dia tetap bersyukur apabila suaminya telah ditemui..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan