Taklimat akhir program i-TR1M telah diadakan di Dewan Bestari SMK Sungai Besar pada 17 Oktober 2013. Ratusan pelajar dan guru dijemput hadir hingga menyebabkan dewan penuh sesak.
Bila saya diminta hadir ke program ini... dapatlah saya mengetahui lebih lanjut berkenaannya. Program petang itu diserikan lagi dengan ceramah motivasi kepada murid2 calon SPM tahun ini.
Apa itu i-TR1M :
interaktif - Tuisyen Rakyat 1 Malaysia
Objektif program i-TR1M ialah :
- Program i-TR1M adalah bertujuan untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti di samping membudayakan dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pembelajaran serta kehidupan seharian di kalangan pelajar terlibat.
- Program i-TR1M juga boleh menambahkan contact hour pelajar dengan guru.
- Menambahkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti khususnya untuk menghadapi peperiksaan.
- Jurang pencapaian di antara pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan berada akan dapat dikurangkan.
- Secara tidak langsung program i-TR1M juga dapat membantu pihak sekolah dalam memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang lemah dan usaha ini tentunya akan dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik sekolah.
Gambar semasa program taklimat akhir i-TR1M....
|
Meja pendaftaran |
|
Pegawai PPD |
|
semak nama |
|
Wajah-wajah ceria |
|
suka2 |
|
ceria |
|
Tetap ceria |
|
Pelajar SMK Sg Besar |
|
Sebok bergambar.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan