Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 13 Oktober 2013

TOT Kursus Kejurulatihan kokurikulum Pendidikan Islam

Kursus kejurulatihan kokurikulum Pendidikan Islam peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 9 - 11 Oktober 2013 bertempat di Mega Crystal, Kuala Selangor. Seramai 42 ustaz dan ustazah hadir untuk menyertai kursus ini. Kehadiran sepatutnya seramai 50 orang. Tiada wakil dari daerah Sabak Bernam.  Menurut pihak jabatan ....mereka yang tidak hadir akan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab. Ini adalah kumpulan kohort  ke -3 yg dilatih utk menjadi seorg Jurulatih.

Kursus ini adalah satu sesi latihan untuk melayakkan seseorang menjadi  jurulatih  dakwah.  Menurut ustaz Shopuan ,  Seseorang yang ingin menjadi  "Jurulatih " ia mesti mengikuti kursus kejurulatihan terlebih dahulu.
Negeri Selangor  memiliki team jurulatih yang mantap . Dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar team jurulatih Selangor untuk beberapa program di penjara . Syabas dan Tahniah di atas pencapaian anda semua.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh ustaz dan ustazah nie . Mereka perlu melakukan semua aktiviti sebagaimana seorg murid melakukannya. Walaupun guru2 ini memiliki gred perjawatan DG 48, 44 , 41, 32 tetapi mereka sgt sporting utk bersama melompat, berlari, bermain, bersorak, menyanyi, berzikir dan saling bekerjasama dlm melakukan aktiviti.

Untuk TOT... Saya pun terlibat sebagai fasilitator bersama team jurulatih yang lain. Pengalaman yang indah... kerana sebelum ini saya hanya terlibat dgn prgm pelajar2 sekolah. Antaranya kem Jati Diri  , Nadwah kepemimpinan Islam SABK,  Nadwah kepemimpinan Islam SMK. Yang nie saya akan cerita dlm entri yg lain.
Jom kita layan gambar kursus kejurulatihan kokurikulum Pendidikan Islam 2013 ini.....
Barisan jurulatih bersama pegawai JPNS
Aktiviti Kumpulan
Riadhah Pagi ..... sporting guru ni
Taklimat sebelum mendaki bukit Melawati, Kuala Selangor
Mereka juga berjalan dalam satu barisan sahaja
Menguji ketahanan fizikal ...... jauh berjalan tu
Berjalan sambil melihat keindahan alam 
Tetap ceria walaupun kepenatan...
Perigi beracun, Kuala Selangor tempat bersejarah
Di bukit Melawati .... mendengar taklimat dari JU
Mendengar taklimat sebelum solat duha dan munajat alam
Menuruni tangga bukit Melawati
Program penutupan kursus Kejurulatihan Kokurikulum Pendidikan Islam
Solat sunat Duha dan munajat alam
TOT kohort 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...