Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi resepi Nasi Arab Madhghut. Saya dapatkan resepi ini ketika saya dan suami menunaikan umrah pada bulan Mei yang lepas melalui seorang mutawif.
Masa tu pihak travel telah mendapatkan mutawif tambahan dari penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Madinah... untuk program ziarah luar. Seorang yang sangat arif mengenai bumi Madinah dan sirahnya.
Melalui mutawif ini... kami meminta dia agar mendapatkan rempah nasi arab. Maklum la.... kami sangat suka dengan nasi arab . Ada pelbagai jenis nasi arab... nasi mandi, nasi arab maklubah dan nama lain. Bila dah dapat....diajarkan pula cara memasaknya.
Sejak itu... saya selalu masak nasi arab untuk keluarga dan saudara mara yang datang bertandang ke rumah. Menu yang disukai keluarga dan saudara mara ....
Menu yang sedap, cepat dan mudah sahaja.....
Bahan2 untuk Nasi Arab Madhghut :
4 cawan beras Basmathi
4 1/2 pot air
1 ekor ayam - dipotong 12
4 susu rempah Nasi Madhghut
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 " halia dihiris
2 biji buah tomato dipotong dadu
4 1/2 pot air
1 ekor ayam - dipotong 12
4 susu rempah Nasi Madhghut
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 " halia dihiris
2 biji buah tomato dipotong dadu
3 sudu minyak jagung
sedikit kunyit biar nasi kekuningan
garam secukup rasa
sedikit kunyit biar nasi kekuningan
garam secukup rasa
Cara memasak :
- Beras dicuci dan direndam selama 30 minit .... kemudian toskan.
- Ayam yang telah dibersihkan diperap dengan kunyit dan 2 sudu rempah Nasi Arab Madhghut selama 20 minit je .
- Gunakan periuk tekanan untuk memasak nasi arab nie.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
- Masukkan buah tomato yang dipotong dadu ... kacau hingga layu.
- Masukkan rempah nasi arab dan tumis seketika.
- Masukkan ayam yang diperap tadi dan tumiskan seketika.
- Masukkan garam .
- Tuangkan air dan masukkan beras. Tutup periuk dan masak selama 10-15 minit je dengan api yang sederhana. Boleh juga guna rice cooker yang biasa.
Anda akan rasai nasi arab dengan ayam yang cukup enak.
Cadangan untuk sos :
5 biji cili merah
2 biji tomato
sedikit garam
sedikit gula
air perahan limau nipis
Blend semua bahan tersebut... dah siap.
cadangan untuk side dish :
makan nasi dengan sos dan salad
makan dengan sup daging
sediakan acar mentah
~Selamat Mencuba ~
Bahan yang ditumis |
Ayam yang diperap dengan rempah nasi arab |
Setelah dimasukkan ayam dan air |
Masak menggunakan periuk tekanan ( pressure cooker ) |
Nasi Arab Madhghut.... enak sekali |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan