Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Sabtu, 19 Oktober 2013

MELONTAR DI JAMRAH KUBRA

Menurut sunnah, melontar 7 biji anak batu di Jamrah Kubra merupakan amalan yang pertama dilakukan oleh jemaah haji pada 10 zulhijjah di Mina. Ia merupakan penghormatan bagi Mina.

Masa untuk melontar di Jamrah Kubra bermula  selepas separuh malam 10 zulhijjah dan berakhir dan berakhir apabila terbenam matahari pada 13 zulhijjah.

Waktu afdal untuk melontar pada 10 zulhijjah ialah apabila masuk waktu duha hingga gelincir  matahari ( masuk waktu zuhur  ) pada hari tersebut.

Tempat untuk mengutip anak batu bagi lontaran di Jamrah Kubra:

  • Tempat yang afdal ialah di Mudzalifah ketika mabit di sana. 
  • Tempat yang diharuskan ialah mana2 tempat sekitar Mina dan Mekah.
  • Adalah Makruh;

  1. Mengutip anak batu di tempat bernajis
  2. Menggunakan anak batu  yang dipecahkan daripada batu yang besar.
  3. Menggunakan anak batu yang telah dilontar oleh diri sendiri ataupun orang lain.
  4. Mengutip anak batu dari Tanah halal.
Syarat Melontar Jamrah Kubra :
  1. Melontar selepas masuk waktu ( selepas separuh malam 10 zulhijjah ).
  2. Lontaran anak batu tersebut hendaklah ditujukan ke arah takungan Jamrah.
  3. Hendaklah dilakukan dengan gaya melontar.
  4. Anak batu yang dilontar hendaklah masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin.
  5. Hendaklah melontar dengan anak batu atau jenisnya.
  6. Hendaklah melontar dengan tangan.
  7. Hendaklah melontar anak batu satu persatu, bukan beberapa biji sekaligus.
  8. Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali setelah  melontar untuk diri sendiri.
Amalan Sunat Melontar Jamrah Kubra :
  • Berhenti bertalbiah apabila melakukan lontaran yang pertama dan digantikan dengan takbir.
  • Bertakbir setiap kali melontar.
  • Melontar dengan tangan kanan. Bagi lelaki disunatkan mengangkat tangan dengan tinggi. Jemaah wanita tidak disunatkan berbuat demikian.
  • Anak batu yang dilontar hanya sebesar kacang kuda.
  • Melontar dengan keadaan kiblat disebelah kirinya dan Arafah disebelah kanannya dengan menghadap takungan Jamrah.
  • Melontar secara muwalat ( berturutan ).
  • Melontar dengan batu yang tidak bernajis.
Setelah Mabit di Muzdalifah.... kami sampai di Mina  hampir jam 3 pagi. Kami merehatkan diri sebelum bergerak ke tempat melontar selepas solat subuh. Perlu rehat yang cukup kerana selesai melontar Jamrah Kubra ... saya dan suami akan terus berjalan menuju ke Mekah untuk Tawaf Ifadah/ tawaf rukun.

Perjalanan dari khemah di Mina ke tempat melontar.... boleh tahan jauhnya. Masuk terowong  , laluan yang berbukit dan terus ke tingkat 3 untuk melontar... lebih kurang 3 km untuk pergi dan balik. Di sini memang memerlukan kekuatan fizikal untuk berulang alik selama 4 hari. Saya kagum dengan kekuatan dan kesungguhan... warga emas dan mereka yang kurang upaya... sanggup bersusah payah untuk melontar Jamrah.
Tempat Melontar 

sempat bergambar setelah selesai bergunting

selesai melontar  di Jamrah Kubra pada 10 zulhijjah

Kenangan indah di Mina

Dalam perjalanan ke Mekah untuk Tawaf Ifadah pada 10 zulhijjah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...